Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Friday, December 5, 2014

Ubahsuai Rumah 2 Tingkat ke 3 Tingkat di Shah Alam

Contoh ubahsuai rumah 2 tingkat ke 3 tingkat

Assalamualaikum & salam sejahtera! Terimakasih kerana masih sudi mengunjungi blog yang kerdil ini.... Kali ini saya nak bincangkan masalah ubahsuai rumah di Shah Alam, bolehkah Ubahsuai Rumah 2 Tingkat Jadi 3 Tingkat? Nak tau jawapannya; sila baca artikel case study dibawah sampai habis, kalau tak baca nanti tak laku pulak blog ni hehehehe...

Case Study Ubahsuai Rumah 2 Tingkat Jadi 3 Tingkat di Shah Alam

Ogos 2014
- Klien melantik saya untuk menguruskan pelan ubahsuai rumah teres 2 tingkat lot tepi di seksyen U13 & beliau bercadang untuk membuat tambahan rumah bahagian depan, tepi & tambahan loteng serta stor tangki air di atas bumbung flat roof sediada.
- Tambahan rumah bahagian tepi/depan takda masalah, tapi saya maklumkan bahawa untuk tambahan loteng serta stor tangki air di atas bumbung flat roof sediada perlu buat rayuan ke MBSA & jika dibenarkan baru saya boleh sediakan pelan untuk dikemukakan ke MBSA.
- Saya sediakan surat rayuan & ditandatangani klien & saya submit bersama lakaran pelan ubahsuai ke MBSA.

September 2014
- MBSA keluarkan surat jawapan kepada rayuan. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tambahan rumah bahagian depan & tepi 2 tingkat dibenarkan
- TAPI dukacita dimaklumkan bahawa tambahan loteng baru & stor tangki air tidak dibenarkan menjadi 3 tingkat.
- Selepas mendapat surat jawapan dari MBSA, saya buat temujanji di MBSA & berbincang dengan pegawai in-charge ubahsuai rumah seksyen U13.
- Hasil perbincangan tersebut, klien hanya dibenarkan membuat stor tangki air terbuka dengan flat roof & grill sahaja dan tidak dibenarkan membuat bilik loteng dengan tangga bersambung ke tingkat 2 dibawah. Bumbung stor tangki air tidak dibenarkan melebihi paras bumbung asal rumah.
- Klien setuju dengan syarat tersebut & saya mulakan kerja-kerja penyediaan pelan ke MBSA bermula Oktober 2014.

Dibawah ini adalah video rekabentuk ubahsuai rumah seksyen U13 yang saya cadangkan kepada klien merujuk kepada tambahan yang dibenarkan MBSA. 




November 2014
- Pelan siap dicetak & ditandatangani klien & telah dikemukakan ke MBSA
- 1st submission; Pelan telah disemak & dikomen oleh pegawai & perlu buat pembetulan/pindaan ke-1
- 2nd submission; Pelan telah disemak & dikomen oleh pegawai & perlu buat pembetulan/pindaan ke-2
- 3rd submission; Pelan telah disemak & diterima oleh MBSA, bil dikeluarkan & bayaran dibuat di kaunter G, MBSA
- Suka dimaklumkan bahawa submission plan di atas adalah 3x dalam 3 hari berasingan kerana saya perlu membawa pulang pelan2 untuk dibaiki/dipinda
- Dibawah adalah gambar surat akuan pelan diterima oleh MBSA & saya perlu datang hari berikutnya untuk mengambil pelan lulus & permit ubahsuai rumah.



Surat akuan pelan diterima MBSA


Akhirnya MBSA keluarkan permit ubahsuai rumah & pelan lulus dibawah! Alhamdulillah...



Jawapan kepada soalan; Bolehkah Ubahsuai Rumah 2 Tingkat Jadi 3 Tingkat di Shah Alam?

Ya dan tidak! Ya jika ubahsuai tersebut dibenarkan selepas rayuan anda diterima MBSA, tidak jika rayuan kena rejek! hehehe jangan marah nanti kena jual daaa. Ringkas cerita, jika anda perlu tambahan 3 tingkat, buat rayuan dulu ke MBSA & kemukakan sebab2 yang munasabah dalam surat tersebut beserta lakaran kasar saiz A4 tambahan 3 tingkat yang dicadangkan & submit ke tingkat 8, Jabatan Bangunan MBSA.

Saya harap tips ubahsuai rumah kali ini dapat membantu anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Jumpa lagi & selamat mengubahsuai rumah anda di tahun 2015!




Mutiara Pengubat Jiwa