Friday, February 17, 2017

Sekatan MBSA Ke Atas Pemilik Yang Ada Bayaran Bil, Denda & Saman Tertunggak

Notis sekatan kepada pemilik yang mempunyai bayaran bil/denda tertunggak di MBSA

Assalamualaikum & Salam sejahtera! Jika anda ingin mengubahsuai rumah & telah melantik akitek/perunding untuk kemukakan pelan ke MBSA tapi masih ada tunggakan bayaran bil MBSA atau kompaun/denda dengan MBSA maka anda perlu jelaskan dulu bayaran bil/denda/saman MBSA yang tertunggak itu.

Ini kerana di awal 2017 ini MBSA telah mengenakan syarat baru iaitu sekatan kepada setiap permohonan permit/pelan yang dikemukakan yang masih mempunyai bayaran bil/denda/saman MBSA yang belum dibayar. Sekatan ini dikenakan kepada semua jenis permohonan pelan/permit termasuk permohonan pelan ubahsuai rumah/kedai/pejabat/kilang dan sebagainya.

MBSA hanya akan memproses permohonan pelan/permit anda selepas semua bil/denda/saman MBSA yang tertunggak dijelaskan di kaunter bayaran MBSA tingkat G. 

Saya telah kemukakan pelan pertama ke MBSA di awal 2017 dan waktu semakan pelan/dokumen di kaunter, pegawai bertugas telah menyemak nama/alamat kediaman klien saya dalam sistem komputer MBSA untuk pastikan beliau tiada tunggakan bayaran bil/saman MBSA

Lepas semakan, satu resit/notis ungu saiz A4 dicetak keluar mengesahkan pemilik tiada tunggakan & baru pelan dibenarkan submit di kaunter. Resit/notis tersebut dikemukakan bersama pelan/dokumen lain untuk proses kelulusan pelan ubahsuai rumah.

Jadi sebelum anda melantik akitek/perunding untuk kemukakan pelan ubahsuai rumah ke MBSA, sila jelaskan mana-mana bil/denda/saman yang tertunggak dengan MBSA. Jika tidak, permohonan pelan anda akan disekat dan tidak akan diproses oleh MBSA.

Selamat membayar bil tertunggak & selamat mengubahsuai rumah di tahun 2017!