Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Friday, February 17, 2017

Sekatan MBSA Ke Atas Pemilik Yang Ada Bayaran Bil, Denda & Saman Tertunggak

Notis sekatan kepada pemilik yang mempunyai bayaran bil/denda tertunggak di MBSA

Assalamualaikum & Salam sejahtera! Jika anda ingin mengubahsuai rumah & telah melantik akitek/perunding untuk kemukakan pelan ke MBSA tapi masih ada tunggakan bayaran bil MBSA atau kompaun/denda dengan MBSA maka anda perlu jelaskan dulu bayaran bil/denda/saman MBSA yang tertunggak itu.

Ini kerana di awal 2017 ini MBSA telah mengenakan syarat baru iaitu sekatan kepada setiap permohonan permit/pelan yang dikemukakan yang masih mempunyai bayaran bil/denda/saman MBSA yang belum dibayar. Sekatan ini dikenakan kepada semua jenis permohonan pelan/permit termasuk permohonan pelan ubahsuai rumah/kedai/pejabat/kilang dan sebagainya.

MBSA hanya akan memproses permohonan pelan/permit anda selepas semua bil/denda/saman MBSA yang tertunggak dijelaskan di kaunter bayaran MBSA tingkat G. 

Saya telah kemukakan pelan pertama ke MBSA di awal 2017 dan waktu semakan pelan/dokumen di kaunter, pegawai bertugas telah menyemak nama/alamat kediaman klien saya dalam sistem komputer MBSA untuk pastikan beliau tiada tunggakan bayaran bil/saman MBSA

Lepas semakan, satu resit/notis ungu saiz A4 dicetak keluar mengesahkan pemilik tiada tunggakan & baru pelan dibenarkan submit di kaunter. Resit/notis tersebut dikemukakan bersama pelan/dokumen lain untuk proses kelulusan pelan ubahsuai rumah.

Jadi sebelum anda melantik akitek/perunding untuk kemukakan pelan ubahsuai rumah ke MBSA, sila jelaskan mana-mana bil/denda/saman yang tertunggak dengan MBSA. Jika tidak, permohonan pelan anda akan disekat dan tidak akan diproses oleh MBSA.

Selamat membayar bil tertunggak & selamat mengubahsuai rumah di tahun 2017! 




Ubahsuai Rumah Shah Alam 2017 - Kadar Baru Fee Bil Proses Pelan MBSA


Assalamualaikum & salam sejahtera! Terimakasih kerana masih sudi mengunjungi blog yang kerdil ini. Salam tahun baru 2017 dari saya walaupun dah masuk tengah bulan Februari 2017 hehehe! Alhamdulillah untuk tahun ini saya telah kemukakan pelan pertama awal 2017 ke MBSA tapi rupanya MBSA telah menaikkan fee proses pelan. Dibawah adalah notis dari lamanweb MBSA;

KADAR BARU FI PROSES PELAN BANGUNAN
 
SUKACITA DIMAKLUMKAN PIHAK MAJLIS AKAN MEMULAKAN PEMAKAIAN PERKIRAAN FI BARU BAGI MENIMBANGKAN PELAN, PERMIT DAN LAIN-LAIN UNTUK KELULUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MENGGUNAKAN JADUAL PERTAMA UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN  SERAGAM  SELANGOR (PINDAAN) (NO. 2) 2012.

PERKIRAAN FI BARU INI DIGUNA PAKAI DAN BERKUATKUASA BERMULA PADA 16 JANUARI 2017.

BAGI MANA-MANA BUKU PELAN SETARA (PELAN SETARA BAGI TAMBAHAN/PINDAAN KEDIAMAN, STRUKTUR TELKOS ATAS BUMBUNG, BINAAN SEMENTARA – AWNING, DINDING SESEKAT DAN TAMBAHAN/PINDAAN PADA BANGUNAN KEDIAMAN YANG DIJADIKAN TADIKA TASKA) YANG TELAH TERJUAL SEBELUM 3 JANUARI 2017, PENGGUNAAN FI LAMA MASIH TERPAKAI SEHINGGA TARIKH AKHIR SEBELUM KUATKUASA IAITU 
15 JANUARI 2017.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
 
teks di atas diambil dari lamanweb MBSA ==> http://www.mbsa.gov.my/ms-my/Halaman/perkiraan-F1.aspx 

Bagi tahun baru ini, kadar fee proses pelan ubahsuai rumah MBSA telah meningkat 2x ganda, cuma berita baiknya MBSA telah melupuskan bayaran deposit pelan & deposit permit letak bahan binaan.

 
1. Fee proses pelan - RM397 (anggaran ini tertakluk pada keluasan tambahan)
2. Fee permit letak bahan binaan - RM648 (fee tetap)
3. Fee Proses tong roro - RM273 (fee tetap)
4. Deposit Tong roro - RM1000 (fee tetap)
Deposit pelan & deposit permit bagi tahun 2017 telah dilupuskan! Yahoooo!

5. Anggaran bayaran denda ubahsuai tanpa kebenaran X5
- tingkat bawah = RM350
-
tingkat atas = RM300
(anggaran denda 5x ganda tertakluk pada keluasan tambahan)

6. Anggaran bayaran denda ubahsuai melebihi had anjakan X20
- tkt bawah = RM1400
- tkt atas = RM1200
(anggaran denda 20x ganda tertakluk pada keluasan tambahan)
 
Jumlah yang saya nyatakan di atas tertakluk kepada keluasan tambahan rumah yang dibuat dan dikira mengikut formula yang diberikan dalam borang jadual perkiraan bil proses pelan tambahan kediaman MBSA.

Jika anda ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam, sila lantik mana-mana akitek/perunding untuk menguruskan kerja penyediaan pelan ke MBSA dan anda boleh dapatkan maklumat yang lebih tepat jumlah fee yang perlu dibayar ke MBSA selepas akitek/perunding anda membuat kiraan ke atas keluasan tambahan rumah anda.

Diharap artikel ini akan membantu anda membuat bajet untuk menyediakan bayaran bagi membayar bil proses pelan ubahsuai rumah ke MBSA sebelum akitek/perunding mengemukakan pelan ubahsuai rumah ke MBSA. Selamat mengubahsuai rumah di tahun 2017!



Mutiara Pengubat Jiwa