
Assalamualaikum para pengunjung yang dihormati!
Semoga anda & keluarga dalam rahmat & kasih sayang Tuhan. Salam Aidilfitri saya ucapkan & saya mohon ampun & maaf sedari awal saya memulakan blog ini jika ada salah bahasa & salah maklumat yang memudaratkan para pembaca, harap sudi maafkan & betulkan saya.
Hari ini hampir seminggu kita meraikan Aidilfitri, malangnya masih ramai lagi golongan yang susah yang bagi mereka Hari Raya tidak langsung memberi kegembiraan. Antara golongan ini ialah fakir miskin, anak yatim piatu, janda & ibu tunggal yang tidak mendapat pembelaan dari masyarakat.
Saya sendiri agak sebak hari ini bila terjumpa artikel tentang kesusahan seorang ibu tunggal cina muslim yang malang. Beliau tinggal bersama 3 anaknya menumpang di tempat orang dalam keadaan hidup yang tidak menentu. Saya dengan rendah hati menyeru para pembaca agar sudilah kiranya membantu beliau & anak-anaknya dari mana-mana sudut yang termampu.
Untuk melihat keadaan beliau, sila klik di sini . Marilah sama-sama kita menyumbang & bantu beliau, kerana Allah! Jasa anda Tuhan sahajalah yang mampu membalasnya, insyaAllah!