
Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada para pengunjung blog!
Saya dengan rendah hati menyusun 10 jari memohon ribuan kemaafan kerana sudah lama tidak mengemaskini blog panduan & tips ubahsuai rumah ini sejak bulan April lalu. Hal ini bukanlah disengajakan, tapi disebabkan oleh kelemahan diri saya sebagai seorang manusia dan makhluk Tuhan yang lemah.
Di antara sebabnya ialah hal yang melibatkan masalah perniagaan, kesihatan diri dan kesihatan keluarga. Jadi saya terpaksa menghentikan sementara penulisan di blog ini untuk menyelesaikan hal-hal tersebut sekadar termampu.
Sebenarnya semua tips dan panduan ubahsuai yang saya titipkan disini adalah secara spontan dari hati dan pengalaman diri dan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk tips dan panduan ubahsuai yang telah saya senaraikan. Berpandukan tajuk-tajuk inilah saya terus menaip tips dan panduan ubahsuai ke dalam blog secara spontan seolah-olah seperti menyiram air kepada tanaman. Tapi buat masa ini fikiran saya lebih difokuskan untuk menyelesaikan masalah peribadi sepertimana yang telah saya maklumkan.
Insya-Allah saya akan kembali menulis dengan tips dan panduan ubahsuai terkini dalam jangkamasa terdekat. Saya berharap anda sudi mendoakan agar Tuhan segera menyelesaikan masalah saya, keluarga dan perniagaan saya. Jasa anda hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Terimakasih dan jumpa lagi!
p/s; Sekadar berkongsi maklumat, jom lihat antara tanda dan bukti kebesaran Tuhan yang Maha Mencipta ===> klik sini