Assalamualaikum & salam sejahtera! Terimakasih kerana masih sudi melawat blog yang tenggelam timbul ni (haha). Agak lama saya tak update blog ini & untuk makluman anda, pada bulan April yang lalu blog ini pernah 'disekat' oleh Google! AARRGH!
Rujuk masalah tersebut di sini ;-
http://panduan-ubahsuai-rumah.blogspot.com/Tapi alhamdulillah..dah selesai masalah tu..
OK! Ada klien yang bertanya, berapa harga untuk
1 set pelan banglo? Secara jujur saya akui,
pelan banglo 1 tingkat atau
pelan banglo 2 tingkat boleh didapati dengan percuma! Caranya ialah membuat carian di Google/Yahoo/Bing dengan menaip
targeted keywords di bawah seperti ;
- pelan banglo
- pelan banglo 1 tingkat
- pelan banglo setingkat
- free bungalow plans- download free bungalow plans
- free single storey bungalow plans- download free 2 storey bungalow plans- download free 2 storey bungalow plansdan lain-lain variasi keyword longtail berkenaan
'pelan banglo' atau
'bungalow plans' yang boleh anda cari dengan menggunakan keyword tools percuma seperti
AKT &
Wordtracker.
Pelan-pelan percuma ini biasanya boleh dimuatturun dalam bentuk fail pdf atau jpeg. Dengan berpandukan
pelan percuma ini, lebih mudah untuk anda berbincang dengan perunding/akitek anda untuk mendapatkan
konsep & rekabentuk rumah yang sesuai dengan citarasa anda kerana sudah ada
pelan rumah untuk rujukan.
Dengan
pelan rumah percuma ini, anda boleh mendapatkan idea awal sebelum
membina rumah atau
banglo idaman anda. Pelan rumah percuma juga boleh anda gunakan untuk perbincangan dengan kontraktor bagi mendapat sebutharga asas untuk kos pembinaan rumah tersebut.
Dari pengalaman saya, kerja
merekabentuk rumah banglo amat memudahkan saya jika klien sudah mempunyai
pelan rumah banglo asas, hanya memerlukan pindaan kecil dari segi
susunatur ruang serta lain-lain tambahan yang sesuai. Biasanya hasil perbincangan bersama klien akan dilakarkan di atas pelan percuma tersebut dan akan saya bina semula lakaran 2d serta 3d dengan komputer untuk dipersembahkan kepada klien melalui email & video
seperti di SINI.
Pelan rumah percuma amat menjimatkan masa akitek/perekabentuk daripada membuang masa memerah otak (memecah otak?) untuk melakarkan
rekabentuk rumah dan
susunatur ruang yang diperlukan.
Jadi, sebelum anda berjumpa dengan akitek/perunding/pereka untuk mendapatkan tips dan idea
rumah banglo idaman anda, dapatkan
pelan rumah percuma dari internet dahulu! (Download lah banyak2 sampai pengsan!)
Selamat mencuba tips di atas!
NOTA PENTING!
Pelan banglo percuma yang anda download di internet biasanya adalah pelan asas & tidak boleh digunakan untuk dikemukakan ke pihak majlis untuk mendapat kelulusan pelan pembinaan. Anda masih perlu melantik akitek/perunding untuk menyediakan pelan rekabentuk & 'working drawing' yang lebih 'detail' sesuai dengan syarat majlis bandaran di kawasan anda.