Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Showing posts with label Rekabentuk. Show all posts
Showing posts with label Rekabentuk. Show all posts

Thursday, February 22, 2024

Tips Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rekabentuk Ubahsuai Rumah

 

Contoh penggunaan AI dalam rekabentuk hiasan dalaman rumah

Menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk rekabentuk ubahsuai rumah boleh memudahkan dan mempercepat proses tersebut. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin berguna:


1. Pilih Platform atau Aplikasi yang Sesuai:

Pilih platform atau aplikasi AI yang dirancang khusus untuk rekabentuk rumah. Pastikan ia menyokong fungsi-fungsi seperti pemasukan dimensi bilik, penataan perabot, dan visualisasi 3D.


2. Pemahaman Terhadap Dimensi dan Susun Atur Bilik:

Masukkan dengan betul dimensi bilik dan susun atur ruangan yang sedia ada. Ini memberi AI maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan reka bentuk yang lebih tepat.


3. Pilih Gaya Reka Bentuk:

Tentukan gaya reka bentuk yang anda idamkan sebelum memulakan proses. Beberapa aplikasi AI mungkin memerlukan anda untuk memilih pilihan seperti warna, tema, atau gaya perabot.


4. Eksperimen dengan Pelbagai Pilihan:

Gunakan AI untuk mencuba pelbagai pilihan reka bentuk. Eksperimen dengan penempatan perabot, kombinasi warna, dan elemen-elemen reka bentuk lain.


5. Kustomisasi Reka Bentuk:

Sesetengah platform membenarkan kustomisasi yang lebih mendalam. Modifikasi reka bentuk asal dengan menukar penempatan perabot, mengganti warna, atau menambah aksesori mengikut citarasa anda.


6. Visualisasi 3D:

Jika boleh, gunakan fungsi visualisasi 3D untuk melihat bagaimana reka bentuk akan kelihatan dalam ruangan sebenar. Ini membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih baik.


7. Dapatkan Cadangan Perabot dan Dekorasi:

Beberapa aplikasi mungkin menawarkan cadangan untuk perabot dan hiasan dalaman berdasarkan reka bentuk yang anda pilih. Ini dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih baik.


8. Simpan dan Kongsi Reka Bentuk:

Simpan pelbagai versi reka bentuk untuk dibandingkan. Kongsi dengan rakan atau ahli keluarga untuk mendapatkan pandangan mereka.


9. Pantau Perkembangan dan Kemas Kini:

Jika platform AI yang anda gunakan mempunyai kemas kini atau penambahbaikan, pastikan untuk mengikuti perkembangannya. Ini mungkin membawa kepada penambahan ciri-ciri baru yang berguna.


10. Rujuk Panduan dan Sokongan:

Selalu rujuk kepada panduan pengguna atau sumber sokongan yang disediakan oleh platform AI. Ini dapat membantu anda memahami sepenuhnya fungsi dan ciri-ciri yang ditawarkan.


KESIMPULAN;

Ingatlah bahawa penggunaan AI untuk rekabentuk rumah boleh menjadi satu alat yang berguna, tetapi keputusan akhir masih bergantung kepada citarasa dan keperluan peribadi anda. Selalu ambil kira keperluan praktikal dan estetika semasa membuat keputusan rekabentuk ubahsuai rumah dengan AI.


KLIK SINI UNTUK MEMBUAT REKABENTUK UBAHSUAI RUMAH DENGAN AI




Saturday, April 15, 2023

Case Study Proses Mendapatkan Permit Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Teres Lot-Tepi di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam

 

Rumah teres lot tepi seksyen U13 Shah Alam

Case Study Proses Mendapatkan Permit Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Teres Jenis Lot-Tepi di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam, Selangor D.E.

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca blog!

Kali ini saya nak kongsi case study ringkas proses penyediaan pelan ubahsuai rumah teres 2 tingkat jenis lot-tepi di seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam & proses perjalanan mendapatkan kelulusan permit ubahsuai rumah dari MBSA.

SEPTEMBER - OKTOBER 2022

1. Klien telah melantik saya sebagai perunding untuk menguruskan rekabentuk pelan ubahsuai rumah & mendapatkan kelulusan pelan dari MBSA. Kami bertemu & berbincang di rumah yang akan diubahsuai. Klien bercadang untuk membuat tambahan rumah bahagian tepi & belakang untuk keselesaan keluarga beliau. Perbincangan dibuat berpandukan lakaran kasar pelan tambahan rumah yang disediakan klien.

2. Tempoh 14 hari ; Saya sediakan 1st proposal layout plan & visual 3d tambahan rumah & emel kepada klien. Dibawah adalah gambaran 3d tambahan rumah serta video presentation yang diberikan kepada klien ;


Gambar perspektif cadangan ubahsuai rumah lot-tepi seksyen U13 Shah Alam


Video cadangan rekabentuk ubahsuai rumah lot-tepi seksyen U13 Shah Alam


3. Selepas menyemak 1st proposal, klien mencadangkan sedikit pindaan dalam pelan/3d; saya buat pindaan rekabentuk & sediakan 2nd proposal layout plan/3d untuk semakan beliau.

4. Klien setuju dengan design kedua & saya mulakan kerja penyediaan pelan submission ke MBSA. Proses penyediaan pelan submission mengambil masa lebih kurang 14 hari (hari bekerja).


Gambar pelan submission yang siap


NOVEMBER 2022

1. Pelan submission siap & saya emel kepada jurutera untuk penyediaan pelan struktur tambahan 2 tingkat.

2. Jurutera ambil masa dalam 7 hari sediakan pelan struktur & beliau emel kembali pelan struktur tambahan 2 tingkat yang telah siap.

3. Pelan-pelan yang siap saya emel kepada klien untuk di tandatangani & klien emel semula pelan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan ke MBSA.


ONLINE SUBMISSION KE MBSA

1. Saya kemukakan semua dokumen secara online ke MBSA pada 7 November 2022. 

2. Dalam tempoh 1-2 hari MBSA menjawab kembali emel dan maklumkan bahawa dokumen didapati lengkap; MBSA berikan tarikh 10 November 2022 untuk saya hadir temujanji bagi semakan pelan/dokumen di kaunter.


Gambar emel jawapan MBSA selepas pelan dikemukakan online


3. Saya cetak semua dokumen & pelan & hadir ke temujanji semakan pelan di MBSA. Hasil semakan & perbincangan dengan pegawai yang semak pelan didapati ada sedikit pindaan yang perlu dibaiki dalam pelan. Pegawai cetak dokumen semakan & berikan sokongan bertulis untuk kemukakan pelan & dokumen lengkap setelah pindaan dibuat ke atas pelan.


Gambar surat semakan/komen/sokongan MBSA selepas pelan disemak oleh pegawai


4. Saya ambil masa 2-3 hari buat pindaan kepada pelan & cetak semula kemudian kemukakan semua dokumen lengkap ke MBSA pada 15 November 2022. Saya maklumkan kepada klien yang pelan telah dikemukakan & tunggu kelulusan dalam jangkamasa 14 hari bekerja.

Gambar surat bukti pelan/dokumen lengkap dikemukakan ke MBSA


KELULUSAN PELAN 30 NOVEMBER 2022

1. Selepas 2 minggu submission, saya semak status kelulusan online pada 30/11/2022 & didapati pelan telah lulus & klien perlu bayar fee MBSA sebanyak RM1874. Saya maklumkan pada klien & beliau transfer jumlah yang perlu dibayar ke akaun saya.

2. Saya ke MBSA pada tarikh sama, bayar bil proses pelan & ambil pelan lulus serta permit ubahsuai MBSA. Saya maklumkan pada klien & buat temujanji untuk serahkan dokumen pada beliau.

Gambar bil MBSA yang telah dibayar & pelan lulus serta permit ubahsuai rumah seksyen U13



NOTA PENTING ;

a. Nama klien, alamat rumah, akitek, pegawai MBSA & nombor file saya padamkan dalam gambar untuk menjaga privasi mereka.

b. Tempoh proses mendapatkan kelulusan boleh menjadi panjang lebih 4-5 bulan jika ;

- klien banyak buat pindaan rekabentuk 3-4 kali,

- selepas submission ke MBSA, ada banyak pembetulan perlu dibaiki selepas disemak pegawai,

- ada dokumen tambahan yang MBSA minta klien sediakan untuk kemukakan ke pegawai,

- ada banyak cuti umum dalam sebulan menjadikan masa proses pelan akan bertambah


JANGKAMASA & TEMPOH MENDAPAT KELULUSAN PELAN;

Anggaran tempoh masa diambil untuk kerja rekabentuk ubahsuai rumah, penyediaan pelan submission, submission pelan ke MBSA hingga mendapat kelulusan adalah sekitar 3 bulan, bermula dari awal bulan September hingga akhir November 2022.

KESIMPULAN;

Saya harap perkongsian kali ini bermanfaat kepada pemilik rumah yang ingin mendapatkan kelulusan pelan dari MBSA. Nasihat saya, buat permohonan sekurang-kurangnya 3-4 bulan sebelum memulakan kerja ubahsuai rumah supaya anda mendapat permit dalan tempoh yang di jangka.

Jumpa lagi dalam artikel akan datang, selamat berpuasa, selamat berbuka & selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Friday, April 3, 2020

Merancang Rekabentuk Ubahsuai Rumah Semasa PKP Covid-19

PKP punya pasal - Kerja di rumah diselangi bunyi bising anak-anak! Arggh!

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pengunjung blog. Saya doakan anda & keluarga sihat sejahtera di waktu PKP ini. Waktu artikel ini ditaip, sudah masuk 3hb April 2020 dan saya sedang bekerja dari rumah menyiapkan pelan & rekabentuk ubahsuai rumah yang masih berbaki dari klien yang melantik saya sebelum lockdown 18 Mac 2020.

Merancang Rekabentuk Ubahsuai Rumah

Jika anda bercadang untuk mengubahsuai rumah tapi tak sempat merancang sebelum ini kerana kesibukan bekerja, waktu lockdown inilah anda ada banyak masa lapang di rumah dan sesuai untuk membuat perancangan berkaitan ubahsuai rumah anda. Di bawah adalah 4 perkara yang saya cadangkan kepada anda ;

1. Cari idea rekabentuk ubahsuai rumah

Bergantung kepada jenis rumah anda, samada rumah teres 1 tingkat @ 2 tingkat, rumah corner-lot atau end-lot, rumah banglo atau rumah berkembar, gunakan internet dan cari idea untuk ubahsuai rumah anda dengan melihat contoh rumah yang telah diubahsuai. Berikut adalah katakunci umum yang boleh digunakan dalam carian internet ;

- rekabentuk ubahsuai rumah banglo 
- rekabentuk ubahsuai rumah semidi @ rumah berkembar
- rekabentuk ubahsuai rumah teres lot tepi
- rekabentuk ubahsuai rumah teres end-lot
- rekabentuk ubahsuai rumah 1 tingkat ke 2 tingkat

Dari hasil carian internet dengan katakunci di atas, anda akan jumpa pelbagai contoh gambar, video, artikel dan sebagainya yang boleh anda gunakan sebagai rujukan dalam merancang rekabentuk ubahsuai rumah anda. Download & simpan mana-mana gambar tambahan rumah yang anda suka sebagai rujukan.

2. Semak garis panduan had ubahsuai rumah di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) anda

Selepas langkah no.1 selesai, anda boleh semak pula had ubahsuai rumah yang dibenarkan oleh PBT di kawasan anda samada DBKL, MBSA, MBPJ, MBSJ, MPKlang dan sebagainya. Buat carian website pihak PBT kawasan rumah anda dan layari website PBT tersebut, cari maklumat tentang had anjakan yang dibenarkan kepada rumah anda. 

Ini kerana terdapat perbezaan antara had anjakan ubahsuai rumah teres, banglo, semidi & rumah lot tengah. Juga dimaklumkan bahawa had tambahan & ubahsuai rumah bagi setiap PBT yang berlainan adalah agak berbeza. 

Sebagai contoh, rumah anda dalam kawasan Shah Alam dibawah pentadbiran MBSA, maka anda boleh layari lamanweb MBSA untuk dapatkan maklumat tentang syarat & had ubahsuai rumah di Shah Alam. 

Untuk kemudahan pemilik rumah di Shah Alam, anda boleh rujuk artikel & video had tambahan ubahsuai rumah dalam blog saya di sini ==> http://had-ubahsuai-rumah.blogspot.my

3. Mencari akitek @ pelukis pelan (perunding)

Selepas selesai langkah no.2 dan anda telah faham tentang had ubahsuai yang berkaitan dengan rumah anda, bolehlah anda mula mencari akitek @ pelukis pelan untuk menyediakan rekabentuk pelan ubahsuai rumah & kemukakan pelan ke PBT hingga mendapat kelulusan. Sebagai contoh, jika anda tinggal di Shah Alam, anda boleh buat carian online katakunci seperti contoh dibawah ;

- pelukis pelan di shah alam
- pelukis pelan rumah di shah alam
- pelukis pelan berdaftar di shah alam
- akitek shah alam
- akitek berdaftar shah alam

Dari hasil carian katakunci di atas, anda akan jumpa pelbagai senarai akitek & pelukis pelan yang berkaitan. Semak dalam internet jika akitek & pelukis pelan tersebut mempunyai lamanweb, blog atau video hasil kerja mereka. 

Hubungi mereka, buat pertanyaan & minta sebutharga bagi perkhidmatan mereka dengan mengemukakan lakaran kasar pelan tambahan yang dicadangkan. Bandingkan sebutharga antara perunding, jika sebutharga sesuai dengan bajet anda, anda boleh buat pertimbangan sendiri dalam memilih dan seterusnya melantik mana-mana akitek atau pelukis pelan yang dirasakan sesuai dilantik untuk menguruskan kerja pelan ubahsuai rumah anda. 

4. Mencari kontraktor ubahsuai rumah

Selepas selesai langkah no.3 dan anda telah melantik perunding bagi menguruskan pelan ubahsuai rumah anda, anda boleh mencari kontraktor ubahsuai rumah anda. Sebagai contoh, jika anda tinggal di Shah Alam maka buatlah carian online katakunci dibawah ;

- kontraktor ubahsuai rumah shah alam
- kontraktor renovation rumah shah alam
- kontraktor ubahsuai rumah berdaftar
- kontraktor ubahsuai rumah berdaftar CIDB

Sama seperti langkah no.3, anda akan jumpa senarai kontraktor yang banyak. Semak samada mereka ada lamanweb, blog & video hasil kerja mereka. Anda boleh emelkan pelan kepada 2-3 orang kontraktor & minta sebutharga dari mereka. Jika ada sebutharga yang bersesuaian dengan bajet anda maka eloklah berjumpa & berbincang berpandukan pelan rekabentuk yang telah disiapkan oleh perunding anda samada boleh jimatkan kos atau lain2 keperluan yang berkaitan. 

NASIHAT SAYA

Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, gunakan masa lapang anda sebaiknya bagi mencari maklumat dalam merancang ubahsuai rumah anda. Marilah sama2 kita berdoa setiap hari agar Tuhan segera menghapuskan wabak Covid19 ini dan kita dapat kembali bekerja mencari rezeki, berkhidmat menyelesaikan masalah orang lain dan berbakti kepada keluarga & masyarakat. Selamat berehat di rumah bersama keluarga & jumpa lagi dalam artikel yang akan datang!


Thursday, January 16, 2020

Case Study Kelulusan Pelan Ubahsuai Banglo 2 Tingkat di Seksyen U9, Shah Alam, Selangor D.E.


Kerja-kerja penyediaan perspektif 3d rekabentuk ubahsuai banglo seksyen U9

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pengunjung blog. Selamat tahun baru 2020 saya ucapkan & saya doakan agar tahun ini membawa kebaikan dalam segala usaha yang kita lakukan, amin. 

Kali ini saya nak kongsikan satu projek yang saya uruskan dari kerja lawatan tapak, rekabentuk pelan & visual 3d tambahan ubahsuai rumah, penyediaan detail drawing pelan submission serta submission plan ke MBSA hingga mendapat kelulusan ubahsuai rumah. Kali ini saya merekabentuk pelan ubahsuai banglo 2 tingkat yang dibina mengikut had anjakan yang dibenarkan kerana rumah tersebut mempunyai tanah yang besar.

JUN 2019
- Klien saya kali ini adalah kontraktor yang mewakili pemilik rumah banglo 2 tingkat di Kelab Golf Subang Monterez, seksyen U9, Shah Alam Selangor.
- Kontraktor melantik saya untuk menguruskan submission plan banglo hingga mendapat kelulusan.
- Saya & kontraktor berjumpa di lokasi untuk kerja2 ukurtapak & berbincang tentang rekabentuk tambahan & ubahsuai banglo tersebut
- Klien mahukan design rumah yang moden dan simple serta praktikal dan memberikan contoh2 design rumah yang dimahukan
- Dibawah ini adalah video proposal rekabentuk tambahan ubahsuai banglo seksyen U9 yang saya cadangkan




JULAI 2019
- Klien akhirnya telah bersetuju dengan proposal setelah beberapa pindaan dibuat kepada design tambahan banglo tersebut
- Selepas design disahkan klien, saya memulakan kerja penyediaan detail drawing pelan submission banglo ke MBSA
- Pelan yang siap saya emel ke jurutera untuk penyediaan pelan struktur tambahan 2 tingkat 
- Pelan yang siap dicetak dan diserahkan ke kontraktor untuk mendapat tandatangan klien.
- dibawah ini adalah pelan submission yang telah saya siapkan sebelum dicetak


Pelan submission banglo yang disiapkan sebelum dicetak

OGOS 2019
- Kontraktor telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan serta pelan-pelan yang telah ditandatangani pemilik
- saya telah kemukakan pelan tersebut ke MBSA untuk semakan awal
- Hasil semakan MBSA didapati ada beberapa pembetulan yang perlu dibuat dalam pelan
- Saya telah membuat pembetulan ke atas pelan & mengemukakan semula ke MBSA


Komen MBSA ke atas pelan yang telah disemak

SEPTEMBER 2019
- Sementara menunggu proses kelulusan pelan dari MBSA, klien mengarahkan kontraktor memulakan kerja ubahsuai rumah
- Ini adalah satu kesalahan kerana saya telah maklumkan dari awal bahawa kerja pembinaan tidak boleh dimulakan sebelum mendapat permit & kelulusan MBSA
- Kerja2 pecah rumah tanpa kelulusan tersebut mengganggu jiran & jiran telah membuat aduan ke MBSA
- Pihak mbsa datang ke tapak pembinaan dan memberi notis henti kerja kepada kontraktor
- Saya telah dimaklumkan oleh kontraktor tentang notis tersebut & saya mengarahkan beliau supaya patuh kepada arahan MBSA & hentikan kerja di tapak pembinaan.

OKTOBER 2019
- Selepas pelan dipinda & dikemukakan semula ke mbsa, MBSA mendapati bahawa pemilik mempunyai saman letak kereta & cukai pintu tertunggak
- Saya mengarahkan pemilik rumah membayar saman parking & cukai pintu kerana pelan tidak akan diproses jika pemilik ada tunggakan bayaran dengan MBSA
- Klien telah membayar cukai pintu & saman letak kereta & salinan resit bayaran tersebut saya kemukakan ke MBSA
- MBSA telah mengeluarkan bil proses pelan & denda kepada klien kerana memulakan kerja sebelum kelulusan pelan
- Dibawah adalah notis saman parking & resit bil proses pelan+denda yang dikeluarkan oleh MBSA


Notis tunggakan saman letak kereta & tunggakan cukai pintu

Resit bil proses pelan, bil tong roro & bil denda memulakan kerja ubahsuai tanpa permit

- Klien telah bank-in wang bayaran bil proses pelan & denda kepada saya & saya membuat bayaran di MBSA
- Salinan resit saya serahkan kepada MBSA untuk proses kelulusan pelan & sesalinan lagi resit diserahkan kepada klien

NOVEMBER 2019
- Alhamdulillah pelan telah diluluskan oleh MBSA dan saya serahkan semua dokumen & salinan pelan lulus serta permit mula kerja kepada klien
- dibawah adalah salinan pelan lulus & permit ubahsuai rumah banglo seksyen U9 Shah Alam.


Pelan yang telah diluluskan oleh MBSA


NOTA PENTING
- Nama klien, alamat rumah & nombor file dokumen2 contoh di atas saya kaburkan untuk menjaga privasi klien
- Elakkan kerja ubahsuai rumah sebelum mendapat kelulusan walaupun perunding anda telah kemukakan pelan ke MBSA. Jika ada aduan dari jiran maka MBSA akan datang ambil tindakan
- Jangan anggap pelan telah dikemukakan ke MBSA akan terus mendapat kelulusan; kebiasaannya pelan-pelan yang disemak MBSA pasti mempunyai kesilapan & pindaan kecil@besar yang perlu dibetulkan oleh perunding dan perlu dikemukakan 2-3 kali ke MBSA hingga mendapat kelulusan. Proses ini mungkin memakan masa berhari-hari atau berminggu-minggu bergantung kepada hari kerja, musim cuti umum dan sebagainya
- Jika anda ada saman parking & cukai pintu yang belum dijelaskan, sila bayar segera sebelum pelan dikemukakan ke MBSA oleh perunding. Mbsa takkan proses mana2 permohonan pelan ubahsuai rumah jika anda ada tunggakan bayaran. 

Sempena tahun baru 2020 ini, saya harap ramai pemilik rumah akan lebih berhati-hati sebelum mengubahsuai rumah. Dapatkan maklumat tentang ubahsuai rumah di PBT kawasan anda & lantik perunding samada pelukis pelan @ akitek untuk kemukakan pelan ke PBT hingga pelan diluluskan. 

Patuhi undang2 bangunan PBT kawasan anda semasa mengubahsuai rumah dan saya jamin semuanya akan selamat insyaAllah. Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang & selamat mengubahsuai rumah anda.



Wednesday, April 11, 2012

Contoh Rekabentuk Ubahsuai Rumah di Shah Alam


Assalamualaikum & salam sejahtera! Kali ini saya nak kongsikan beberapa contoh rekabentuk ubahsuai rumah di Shah Alam yang telah mendapat kebenaran ubahsuai di Shah Alam. Pelan ubahsuai rumah bagi projek-projek tersebut telah saya kemukakan ke MBSA secara berselang-seli sejak Januari 2012 hingga Mac 2012 dan pelan-pelan tersebut telah diluluskan MBSA untuk pembinaan.

Contoh rekabentuk rumah yang diubahsuai ialah rumah kelompok 2 tingkat lot tepi, rumah teres 1 tingkat lot tepi, rumah berkembar 1 tingkat dan rumah banglo 2 tingkat, semuanya di Shah Alam.

Untuk menjaga privasi klien saya, nama dan alamat pemilik rumah serta nombor fail pelan lulus MBSA tidak dapat saya paparkan dalam blog ini, cuma saya paparkan video rekabentuk secara umum dan kawasan/seksyen di mana rumah tersebut diubahsuai.

NOTA PENTING!
Paparan video dibawah ada yang menunjukkan rekabentuk ubahsuai rumah yang melebihi had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA, jadi visual yang dipaparkan hanyalah ilustrasi 3D yang saya sediakan sebagai persembahan kepada klien. Pembinaan yang sedang dijalankan di tapak mungkin berbeza kerana pemilik/klien perlu mematuhi garispanduan ubahsuai rumah yang telah ditetapkan oleh MBSA. Tapi kalau depa tak ikut nasihat saya & MBSA (jangan bina lebih had), itu depa kena tanggung risiko sendiri daaa...










Oleh kerana skop kerja saya sangat terhad; hanya melibatkan kerja rekabentuk pelan 2d/3d & mendapatkan kelulusan pelan ubahsuai dari pihak MBSA, saya tidak dapat menunjukkan gambar rumah yang sedang dibina @ telah siap dibina kerana saya tidak menjaga tapak binaan hingga rumah siap diubahsuai. Skop kerja ini diamanahkan kepada kontraktor yang dilantik oleh klien.

Diharap paparan video yang serba kekurangan ini dapat menjadi panduan bagi anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Jumpa lagi!

 KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Wednesday, April 20, 2011

Lukisan 3D Contoh Rekabentuk Ubahsuai Rumah

Assalamualaikum & Salam sejahtera!
Maaf kerana sudah lama saya tak update blog ini. Straight 2 the point, ramai klien yang ingin melihat hasil kerja saya, tapi kebanyakan klien biasanya sibuk bekerja dan tidak berkesempatan untuk datang ke pejabat saya untuk melihat contoh pelan ubahsuai rumah.

Biasanya saya akan ke rumah klien untuk berbincang sambil membawa beberapa contoh pelan rekabentuk yang telah mendapat kelulusan majlis sebagai rujukan sebagai memberi idea awal kepada klien.


Jadi untuk memudahkan hal ini, saya telah menyiapkan beberapa sample video yang mengandungi presentation lukisan 3D hasil kerja yang telah saya propose kepada klien; ada yang dah lulus & hampir siap dibina & ada yang masih dalam proses draf atau perubahan rekabentuk. Saya akan cuba update channel video youtube imosdesign dengan video hasil kerja saya dari masa ke semasa, insyaAllah! Jangan lupa subscribe channel imosdesign ya!

Selamat menonton video di bawah!










Mutiara Pengubat Jiwa