Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Showing posts with label Contoh. Show all posts
Showing posts with label Contoh. Show all posts

Wednesday, April 8, 2015

Cara Membuat Rayuan Ubahsuai Rumah Ke MBSA & Contoh Surat Rayuan



CONTOH REKABENTUK UBAHSUAI RUMAH YANG SEDANG SAYA SIAPKAN
CONTOH REKABENTUK UBAHSUAI RUMAH YANG SEDANG SAYA SIAPKAN

Assalamualaikum & salam sejahtera! Ramai juga klien saya yang ingin ubahsuai rumah melebihi had anjakan atau lebih malang ada yang dah bina dulu kemudian kena saman & ingin membuat rayuan supaya binaan dikekalkan tanpa dirobohkan, tapi tak tahu cara membuat rayuan tersebut dan dokumen sampingan yang perlu dikemukakan ke pihak PBT.

Walaupun dalam artikel2 lama di blog ini saya pernah jelaskan cara membuat rayuan ubahsuai, khusus untuk artikel kali ini saya akan bincangkan secara ringkas tapi detail bagaimana cara untuk membuat rayuan ubahsuai rumah ke MBSA jika anda tinggal di Shah Alam. Panduan yang akan saya berikan ini berdasarkan pengalaman saya membuat rayuan ubahsuai bagi pihak klien ke MBSA sejak tahun 1999 hingga sekarang.

Berikut adalah masalah & rayuan ubahsuai rumah yang sering saya hadapi & selesaikan bagi pihak klien ;

1. Rayuan Ubahsuai Rumah Teres melebihi had anjakan tepi, depan & belakang.
2. Rayuan Ubahsuai Rumah Teres 1 tingkat menjadi 2 tingkat
3. Rayuan Ubahsuai Rumah semidi melebihi had anjakan tepi, depan & belakang.
4. Rayuan Ubahsuai Rumah banglo melebihi had anjakan tepi, depan & belakang.
5. Rayuan Ubahsuai porch rumah melebihi had anjakan depan & tepi
6. Rayuan Ubahsuai Rumah yang telah dibina melebihi had anjakan & mendapat notis roboh
7. Rayuan membina balkoni melebihi had anjakan bahagian depan rumah


Tujuh contoh di atas adalah masalah yang selalu saya hadapi dalam menguruskan pelan ubahsuai rumah ke MBSA hingga mendapat kelulusan ubahsuai. Jadi saya telah sediakan 7 contoh surat rayuan dalam 1 folder yang saya zipkan & anda boleh download percuma dengan menekan link dibawah. File zip boleh dibuka dengan perisian winzip @ winrar percuma dari internet.


KLIK SINI & DOWNLOAD CONTOH SURAT RAYUAN

CARA MEMBUAT RAYUAN UBAHSUAI MELEBIHI HAD ANJAKAN & SUBMIT KE MBSA

a. Download file contoh surat rayuan ubahsuai rumah di SINI
b. Pilih mana2 contoh surat yang berkaitan dengan rumah anda
c. Gunakan surat tersebut sebagai template untuk anda merangka rayuan ubahsuai rumah anda
d. Ambil pelan dalam dokumen S&P anda & buat lakaran kasar bahagian rumah yang nak ditambah & nyatakan ukuran tambahan
e. Cetak surat rayuan 2 salinan, tandatangan & hantar bersama lakaran pelan ke kaunter 1, tingkat 8 Jabatan Bangunan Wisma MBSA.
f. 1 salinan submit ke MBSA & minta MBSA cop 1 salinan rayuan untuk simpanan anda supaya anda boleh follow-up rayuan dalam masa 14 hari dengan merujuk kepada salinan surat anda.

CARA MEMBUAT RAYUAN UBAHSUAI YANG DIBINA TANPA PERMIT & SEBELUM MENDAPAT KELULUSAN

a. Download file contoh surat rayuan ubahsuai rumah di SINI
b. Pilih contoh surat ubahsuai rumah yang telah dibina sebelum mendapat kelulusan
c. Gunakan surat tersebut sebagai template untuk anda merangka rayuan ubahsuai rumah anda
d. Ambil gambar rumah yang dah dibina bahagian depan, tepi dan belakang.
e. Cetak surat rayuan 2 salinan, tandatangan & hantar bersama gambar ke kaunter 1, tingkat 8 Jabatan Bangunan Wisma MBSA.
f. 1 salinan submit ke MBSA & minta MBSA cop 1 salinan rayuan untuk simpanan anda supaya anda boleh follow-up rayuan dalam masa 14 hari dengan merujuk kepada salinan surat anda.
g. Jika anda ada terima notis henti kerja dari MBSA, submit salinan notis tersebut bersama surat rayuan ke MBSA

APA PERLU BUAT SELEPAS RAYUAN DIKEMUKAKAN KE MBSA?

Dalam masa 14 hari bekerja anda boleh semak status rayuan di MBSA (bawa & tunjuk salinan surat) atau tunggu MBSA pos surat ke rumah anda. Jika rayuan anda diterima dan dibenarkan maka bolehlah anda lantik mana2 akitek, perunding @ pelukis pelan untuk menyediakan pelan & mengemukakan pelan ke MBSA hingga lulus.

Saya sebenarnya dah letih naik turun MBSA untuk buat rayuan bagi pihak klien kerana khidmat ini membazirkan masa yang boleh saya gunakan untuk menghadap komputer & menyiapkan pelan-pelan klien lain. Kadang2 bila saya ke MBSA untuk submit rayuan @ semak rayuan, saya bawa laptop & lepak di kantin MBSA sampai petang untuk buat kerja2 design/plan sebab dah malas balik ofis.

Diharap panduan di atas dapat membantu anda membuat rayuan ubahsuai rumah ke MBSA; selamat membuat rayuan & selamat mengubahsuai rumah anda!


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Wednesday, April 11, 2012

Contoh Rekabentuk Ubahsuai Rumah di Shah Alam


Assalamualaikum & salam sejahtera! Kali ini saya nak kongsikan beberapa contoh rekabentuk ubahsuai rumah di Shah Alam yang telah mendapat kebenaran ubahsuai di Shah Alam. Pelan ubahsuai rumah bagi projek-projek tersebut telah saya kemukakan ke MBSA secara berselang-seli sejak Januari 2012 hingga Mac 2012 dan pelan-pelan tersebut telah diluluskan MBSA untuk pembinaan.

Contoh rekabentuk rumah yang diubahsuai ialah rumah kelompok 2 tingkat lot tepi, rumah teres 1 tingkat lot tepi, rumah berkembar 1 tingkat dan rumah banglo 2 tingkat, semuanya di Shah Alam.

Untuk menjaga privasi klien saya, nama dan alamat pemilik rumah serta nombor fail pelan lulus MBSA tidak dapat saya paparkan dalam blog ini, cuma saya paparkan video rekabentuk secara umum dan kawasan/seksyen di mana rumah tersebut diubahsuai.

NOTA PENTING!
Paparan video dibawah ada yang menunjukkan rekabentuk ubahsuai rumah yang melebihi had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA, jadi visual yang dipaparkan hanyalah ilustrasi 3D yang saya sediakan sebagai persembahan kepada klien. Pembinaan yang sedang dijalankan di tapak mungkin berbeza kerana pemilik/klien perlu mematuhi garispanduan ubahsuai rumah yang telah ditetapkan oleh MBSA. Tapi kalau depa tak ikut nasihat saya & MBSA (jangan bina lebih had), itu depa kena tanggung risiko sendiri daaa...










Oleh kerana skop kerja saya sangat terhad; hanya melibatkan kerja rekabentuk pelan 2d/3d & mendapatkan kelulusan pelan ubahsuai dari pihak MBSA, saya tidak dapat menunjukkan gambar rumah yang sedang dibina @ telah siap dibina kerana saya tidak menjaga tapak binaan hingga rumah siap diubahsuai. Skop kerja ini diamanahkan kepada kontraktor yang dilantik oleh klien.

Diharap paparan video yang serba kekurangan ini dapat menjadi panduan bagi anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Jumpa lagi!

 KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Mutiara Pengubat Jiwa