Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Showing posts with label seksyen U13. Show all posts
Showing posts with label seksyen U13. Show all posts

Friday, June 12, 2026

Masalah ubahsuai rumah yang dihadapi oleh pemilik rumah banglo di kawasan komuniti berpagar Setia Eco Park, Setia Alam, seksyen U13 Shah Alam

Di atas adalah video 3d rekabentuk ubahsuai banglo Setia Alam yang saya uruskan sehingga mendapat kelulusan pelan ubahsuai rumah dari MBSA


Assalamualaikum & salam sejahtera! Berdasarkan amalan biasa di komuniti berpagar seksyen U13 Setia Alam seperti Setia Eco Park, masalah ubahsuai yang sering dihadapi oleh pemilik banglo biasanya bukan berpunca daripada kekurangan ruang, tetapi lebih kepada sekatan komuniti, kelulusan, logistik dan kos. 

Walaupun tiada data rasmi yang menyenaraikan aduan khusus semua pemilik banglo di Setia Eco Park, beberapa isu berikut lazim berlaku dan konsisten dengan peraturan renovasi komuniti SP Setia. 

Masalah yang sering timbul:

  • Pelan mengambil masa untuk diluluskan.

  • Rekabentuk moden yang terlalu berbeza daripada tema asal mungkin ditolak.

  • Sambungan yang mengganggu jiran atau kawasan hijau boleh mendapat bantahan.


2. Had waktu kerja kontraktor

Di komuniti berpagar, waktu renovasi biasanya terhad kepada hari dan masa tertentu sahaja. Kerja pada Ahad dan cuti umum lazimnya tidak dibenarkan. 

Kesan:

  • Tempoh projek menjadi lebih panjang.

  • Kos buruh meningkat kerana produktiviti harian lebih rendah.

  • Kerja bising seperti hacking dan piling sukar dijadualkan.


3. Akses kontraktor dan kenderaan

Setia Eco Park mempunyai kawalan keselamatan yang ketat dengan sistem akses dan rondaan keselamatan. 

Cabaran biasa:

  • Semua pekerja perlu didaftarkan.

  • Lori bahan binaan memerlukan permit masuk.

  • Mesin berat mungkin dihadkan.

  • Kesesakan di pondok pengawal pada waktu puncak.


4. Deposit kerosakan dan tuntutan gantirugi

Pengurusan biasanya mengenakan deposit renovasi yang hanya dipulangkan selepas pemeriksaan selesai. Sebarang kerosakan jalan, longkang, landskap atau kemudahan awam boleh menyebabkan sebahagian deposit ditolak. 


5. Konflik dengan jiran

Banglo di Setia Eco Park bernilai tinggi dan kebanyakan penduduk sangat menjaga privasi.

Aduan yang lazim berlaku:

  • Bunyi bising berpanjangan.

  • Habuk pembinaan.

  • Lori menghalang laluan.

  • Sambungan bangunan yang menjejaskan pandangan tasik atau taman.

  • Kedudukan tingkap baru yang menjejaskan privasi jiran.


6. Kawasan hijau dan landskap yang sensitif

Salah satu daya tarikan utama Setia Eco Park ialah taman ekologi, tasik, pokok matang dan landskap semula jadi. 

Masalah yang sering berlaku:

  • Pemilik ingin menebang pokok untuk pembesaran rumah.

  • Kerja tanah berhampiran tasik atau saliran memerlukan kawalan tambahan.

  • Pengurusan mungkin menghadkan perubahan landskap yang ketara.


7. Kos renovasi yang sangat tinggi

Banglo di Setia Eco Park biasanya bersaiz besar (4,000–10,000 kaki persegi atau lebih). 

Akibatnya:

  • Kos ubah suai sering mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit.

  • Kolam renang, basement, lift rumah atau extension premium memerlukan kos struktur yang tinggi.

  • Kos pengurusan projek meningkat kerana syarat komuniti berpagar.


8. Had terhadap penginapan pekerja

Banyak komuniti premium tidak membenarkan pekerja binaan tinggal di tapak projek pada waktu malam.

Ini menyebabkan:

  • Kontraktor perlu menyediakan asrama luar.

  • Kos logistik meningkat.

  • Tempoh projek boleh menjadi lebih panjang.


9. Sambungan bangunan yang melibatkan struktur asal

Ramai pemilik banglo lama di Setia Eco Park ingin menambah:

  • Dapur basah besar.

  • Bilik tetamu tambahan.

  • Home theatre.

  • Gym.

  • Kolam renang.

  • Sky garden.

Contoh projek renovasi di Setia Eco Park menunjukkan extension untuk ruang tamu kedua, kolam renang dan taman bumbung memerlukan kerja struktur yang kompleks. 


Ringkasan

Jika dibandingkan dengan kawasan banglo biasa, tiga masalah terbesar pemilik banglo di Setia Eco Park biasanya ialah:

  1. Kelulusan dan pematuhan peraturan komuniti.

  2. Kesukaran logistik akibat kawalan keselamatan komuniti berpagar.

  3. Kos renovasi yang tinggi kerana standard kejiranan premium dan saiz rumah yang besar.


ANDA ADA PERTANYAAN?

Saya berpengalaman menyediakan pelan ubahsuai rumah di Setia Alam & kemukakan pelan ke MBSA hingga mendapat kelulusan, jika ada pertanyaan boleh hubungi saya di 011-28889537 atau emel ke pelukispelan1@gmail.com

Hasil kerja saya berkaitan ubahsuai rumah di Setia Alam boleh dilihat di sini;

==> https://www.youtube.com/@imosdesign/videos


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA


Saturday, April 15, 2023

Case Study Proses Mendapatkan Permit Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Teres Lot-Tepi di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam

 

Rumah teres lot tepi seksyen U13 Shah Alam

Case Study Proses Mendapatkan Permit Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Teres Jenis Lot-Tepi di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam, Selangor D.E.

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca blog!

Kali ini saya nak kongsi case study ringkas proses penyediaan pelan ubahsuai rumah teres 2 tingkat jenis lot-tepi di seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam & proses perjalanan mendapatkan kelulusan permit ubahsuai rumah dari MBSA.

SEPTEMBER - OKTOBER 2022

1. Klien telah melantik saya sebagai perunding untuk menguruskan rekabentuk pelan ubahsuai rumah & mendapatkan kelulusan pelan dari MBSA. Kami bertemu & berbincang di rumah yang akan diubahsuai. Klien bercadang untuk membuat tambahan rumah bahagian tepi & belakang untuk keselesaan keluarga beliau. Perbincangan dibuat berpandukan lakaran kasar pelan tambahan rumah yang disediakan klien.

2. Tempoh 14 hari ; Saya sediakan 1st proposal layout plan & visual 3d tambahan rumah & emel kepada klien. Dibawah adalah gambaran 3d tambahan rumah serta video presentation yang diberikan kepada klien ;


Gambar perspektif cadangan ubahsuai rumah lot-tepi seksyen U13 Shah Alam


Video cadangan rekabentuk ubahsuai rumah lot-tepi seksyen U13 Shah Alam


3. Selepas menyemak 1st proposal, klien mencadangkan sedikit pindaan dalam pelan/3d; saya buat pindaan rekabentuk & sediakan 2nd proposal layout plan/3d untuk semakan beliau.

4. Klien setuju dengan design kedua & saya mulakan kerja penyediaan pelan submission ke MBSA. Proses penyediaan pelan submission mengambil masa lebih kurang 14 hari (hari bekerja).


Gambar pelan submission yang siap


NOVEMBER 2022

1. Pelan submission siap & saya emel kepada jurutera untuk penyediaan pelan struktur tambahan 2 tingkat.

2. Jurutera ambil masa dalam 7 hari sediakan pelan struktur & beliau emel kembali pelan struktur tambahan 2 tingkat yang telah siap.

3. Pelan-pelan yang siap saya emel kepada klien untuk di tandatangani & klien emel semula pelan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan ke MBSA.


ONLINE SUBMISSION KE MBSA

1. Saya kemukakan semua dokumen secara online ke MBSA pada 7 November 2022. 

2. Dalam tempoh 1-2 hari MBSA menjawab kembali emel dan maklumkan bahawa dokumen didapati lengkap; MBSA berikan tarikh 10 November 2022 untuk saya hadir temujanji bagi semakan pelan/dokumen di kaunter.


Gambar emel jawapan MBSA selepas pelan dikemukakan online


3. Saya cetak semua dokumen & pelan & hadir ke temujanji semakan pelan di MBSA. Hasil semakan & perbincangan dengan pegawai yang semak pelan didapati ada sedikit pindaan yang perlu dibaiki dalam pelan. Pegawai cetak dokumen semakan & berikan sokongan bertulis untuk kemukakan pelan & dokumen lengkap setelah pindaan dibuat ke atas pelan.


Gambar surat semakan/komen/sokongan MBSA selepas pelan disemak oleh pegawai


4. Saya ambil masa 2-3 hari buat pindaan kepada pelan & cetak semula kemudian kemukakan semua dokumen lengkap ke MBSA pada 15 November 2022. Saya maklumkan kepada klien yang pelan telah dikemukakan & tunggu kelulusan dalam jangkamasa 14 hari bekerja.

Gambar surat bukti pelan/dokumen lengkap dikemukakan ke MBSA


KELULUSAN PELAN 30 NOVEMBER 2022

1. Selepas 2 minggu submission, saya semak status kelulusan online pada 30/11/2022 & didapati pelan telah lulus & klien perlu bayar fee MBSA sebanyak RM1874. Saya maklumkan pada klien & beliau transfer jumlah yang perlu dibayar ke akaun saya.

2. Saya ke MBSA pada tarikh sama, bayar bil proses pelan & ambil pelan lulus serta permit ubahsuai MBSA. Saya maklumkan pada klien & buat temujanji untuk serahkan dokumen pada beliau.

Gambar bil MBSA yang telah dibayar & pelan lulus serta permit ubahsuai rumah seksyen U13



NOTA PENTING ;

a. Nama klien, alamat rumah, akitek, pegawai MBSA & nombor file saya padamkan dalam gambar untuk menjaga privasi mereka.

b. Tempoh proses mendapatkan kelulusan boleh menjadi panjang lebih 4-5 bulan jika ;

- klien banyak buat pindaan rekabentuk 3-4 kali,

- selepas submission ke MBSA, ada banyak pembetulan perlu dibaiki selepas disemak pegawai,

- ada dokumen tambahan yang MBSA minta klien sediakan untuk kemukakan ke pegawai,

- ada banyak cuti umum dalam sebulan menjadikan masa proses pelan akan bertambah


JANGKAMASA & TEMPOH MENDAPAT KELULUSAN PELAN;

Anggaran tempoh masa diambil untuk kerja rekabentuk ubahsuai rumah, penyediaan pelan submission, submission pelan ke MBSA hingga mendapat kelulusan adalah sekitar 3 bulan, bermula dari awal bulan September hingga akhir November 2022.

KESIMPULAN;

Saya harap perkongsian kali ini bermanfaat kepada pemilik rumah yang ingin mendapatkan kelulusan pelan dari MBSA. Nasihat saya, buat permohonan sekurang-kurangnya 3-4 bulan sebelum memulakan kerja ubahsuai rumah supaya anda mendapat permit dalan tempoh yang di jangka.

Jumpa lagi dalam artikel akan datang, selamat berpuasa, selamat berbuka & selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Mutiara Pengubat Jiwa