Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Showing posts with label dapur. Show all posts
Showing posts with label dapur. Show all posts

Monday, April 12, 2021

Susunan Perabot Yang Menarik Meningkatkan Gaya Dekorasi Ruang Anda

CONTOH SUSUN ATUR PERABUT DALAM RUANG RUMAH

Menyusun perabot dengan cara yang betul memastikan kawasan bilik digunakan dengan cekap. Susunan perabot yang sesuai juga dapat menonjolkan perabot kegemaran. Namun, mencari jalan terbaik untuk memanfaatkan ruang dan mewujudkan suasana yang selesa boleh menjadi tugas yang sukar. Tetapi dengan beberapa perancangan dan kreativiti, ia dapat dicapai dengan lebih mudah daripada yang anda fikirkan.


Sebelum anda memindahkan apa-apa, anda harus memutuskan titik fokus bilik apa yang akan menjadi tumpuan kegunaan. Fokuskan usaha anda di lokasi atau item tersebut. Sebelum mengatur perabot di dalam bilik, tentukan apa yang akan menjadi tumpuan bilik. Pusatkan susunan perabot anda di sekitar titik fokus itu. Ia boleh menjadi apa sahaja; perapian, tingkap bergambar, pusat hiburan rumah atau lukisan dinding.


Kerusi sebaiknya diletakkan dalam jarak kira-kira 8 kaki antara satu sama lain untuk mendorong perbualan. Posisikan meja sedemikian rupa sehingga mudah diakses dari setiap kerusi. Simpan sumber cahaya berhampiran kawasan tempat duduk. 


Meja kopi mesti mempunyai jarak sekitar 14 hingga 18 inci dari sofa. Meja sisi sekurang-kurangnya setinggi lengan kerusi atau sofa untuk memudahkan penyajian dan mencegah tumpahan yang tidak disengajakan. Semasa mengatur perabot, pastikan anda menyediakan ruang yang cukup untuk bergerak di sekitar bilik.


Di ruang serbaguna, aturkan perabot dengan cara anda membahagikan bilik menjadi ruang tamu dan ruang makan yang berasingan. Skrin atau langsir yang diletakkan secara strategik yang digantung dari siling adalah cara mudah dan murah untuk mencapainya. 


Pastikan bilik tetap seimbang dan bahagian atau bahagian tidak saling bertentangan. Permaidani kawasan adalah kaedah terbaik untuk menentukan kawasan dan pengelompokan. Potongan kecil mudah tersesat di ruangan besar, jadi pastikan untuk mengelompokkannya dengan elemen yang lebih besar.


KLIK SINI UNTUK LIHAT REKABENTUK PERABOT MODEN TERBARU 2021


Tuesday, January 24, 2012

Tips & Panduan Menghias Semula Rumah


Selamat Tahun Baru 2012! Err, walaupun dah tak berapa hari lagi nak masuk bulan Februari! Ok tahun baru ni, anda nak hias rumah supaya jadi cantik dengan bajet yang murah? Takde masalah beb! Sebenarnya rumah anda boleh dihias semula secara percuma atau hanya dengan menggunakan kos yang rendah. Antaranya dengan mengosongkan sebahagian ruang atau bilik dari perabot atau perkakas yang jarang digunakan dan cara ini akan memberikan suasana luas dan besar kepada ruang tersebut.

Pilihan warna yang neutral
, terang atau cerah dalam mengecat dinding rumah akan lebih menyerlahkan keluasan ruang daripada penggunaan warna gelap kepada dinding. Mengecat dinding dengan warna cerah juga akan menukar suasana dan mood sesuatu ruang. Begitu juga dengan menukar kertas dinding atau karpet dalam sesuatu ruang akan memberikan suasana ruang yang baru dan moden. Berikut adalah 3 tips mudah untuk menghias semula rumah anda.

1. Menyusun Semula Perkakas & Perabot Rumah

Bergantung kepada keluasan sesuatu bilik atau ruang, semua perabot dalam ruang itu perlulah dipilih mengikut kesesuaian ruang. Sesetengah orang yang mempunyai rumah kecil membuat kesilapan dengan meletakkan perabot yang besar dalam rumah mereka. Untuk mendapatkan keselesaan dalam sesuatu ruang/bilik dan menjadikan seolah-olah ruang tersebut luas, adalah baik jika anda menghiasnya secara sederhana.

Sebagai permulaan, cuba periksa setiap ruang/bilik dalam rumah anda dan tentukan atau asingkan jenis perabot yang perlu dikekalkan dan jenis perabot yang menyemakkan bilik; keluarkan perabot yang tak digunakan (dan simpan atau jual!). Jika anda ada ruang tamu yang kecil, cukuplah dengan set sofa 3-seater dan 2-seater yang sederhana besarnya, elakkan dari menggunakan set sofa yang besar dan berat giller macam set sofa eropah! Kita kan orang Asia beb?!

Sama juga dengan bilik makan, tak guna jika anda letakkan meja makan besar dengan 8-seater jika ruang makan anda kecil. Sebaiknya dapatkan set meja makan dan kerusi yang bersaiz sederhana untuk bilik makan yang kecil. Satu hal lagi, ada orang suka meletakkan apa sahaja perabot dan segala macam mak-nenek di mana-mana sudut rumah yang kosong. Ape barang beb?!

Bagi saya, ini satu kesilapan dalam teknik dekorasi rumah kerana ia akan menjadikan rumah anda yang sediada kecil menjadi semakin sempit beb! Saya cadangkan elok semua benda-alah dan segala mak-nenek perabot hiasan yang tah-hape-hape tu disimpan dalam stor sahaja.

2. Memilih Warna Cat Yang Sesuai

Dalam pemilihan warna cat untuk dekorasi rumah anda, yang terbaik ialah memilih warna cat yang neutral. Kenape? Tak pecaye ke? Cuba lihat dalam mana-mana majalah hiasan dalaman dan anda akan dapati kebanyakan ruang dalaman/luaran rumah di cat dengan warna yang neutral dan tidak menyakitkan mata memandang. Antara kesilapan yang dilakukan sebagai contoh, satu brader sudah suka dengan warna biru gelap. Lalu dengan bangganya brader ni mengecat semua dinding rumahnya dengan warna biru gelap!

Kesannya, bahagian luar rumahnya nampak suram dan ruang dalam rumah yang luas nampak gelap dan sempit. Ini antara kesilapan dalam memilih warna cat rumah sebab dalam hal ini anda perlu pertimbangkan jika di masa depan anda ingin jual semula rumah tersebut; adakah bakal pembeli akan berkenan dengan warna rumah yang suram/gelap macam rumah hantu? Aku pun tak nak beli beb! Jadi pilihlah warna cat neutral yang terang, cerah dan lembut serta sejuk mata memandang.

3. Mencantikkan Semula Rumah Dengan Stail Terkini

Jika ruang/bilik rumah anda menggunakan kertas dinding zaman tok-kaduk lebih 10 tahun dulu, maka inilah masanya untuk anda menukar semula dengan kertas dinding fesyen dan stail semasa yang terkini lagi sensasi (cewah!). Dapatkan idea corak kertas dinding dari mana-mana majalah hiasan dalaman yang terkini (bukan majalah lama 10-20 tahun dulu beb).

Dan jangan lupa, jika anda masih menggunakan karpet dengan corak atau stail lama 10 tahun lalu, sekarang jugek masa yang sesuai untuk menukar karpet tersebut dengan yang baru! Karpet yang lama anda boleh jual aje kat Ebay dan boleh dapat modal beli karpet baru heheh!

Anda juga boleh menghias siling anda dengan mengecat semula siling tersebut atau menukarkannya dengan rekaan siling moden iaitu 'ceiling tiles' yang mempunyai pelbagai corak dan warna yang boleh disesuaikan dengan mood sesuatu ruang. Siling jenis ini boleh ditukar ganti dengan senang dan penjagaannya juga agak mudah.

Kesimpulan

Sebenarnya kalau nak bincang bab tips dan panduan hiasan rumah memang sampai bila pun tak habis, jadi saya cadangkan anda dapatkan idea dan bacaan tambahan melalui mana-mana majalah atau lamanweb yang memaparkan tips dekorasi rumah. Tapi jika anda mencari sebuah panduan lengkap tentang tips dekorasi rumah secara jimat, sila download 77 PANDUAN HIAS RUMAH SECARA BAJET.

Jumpa lagi & selamat menghias rumah anda dengan bajet ciput! Jangan marah beb!

Monday, June 20, 2011

Tips & Panduan Ubahsuai Dapur Dengan Bajet Kecil


Adoi, letih rasanya bila teringatkan dapur yang sentiasa berkecah! Dapur yang sudah bertahun-tahun digunakan sudah tentu mendatangkan kebosanan, ditambah lagi dengan pelbagai kerosakan kecil pada kabinet, sinki, laci dapur dsb.

Jika anda bercadang untuk mengubahsuai dapur tetapi tidak mempunyai bajet yang cukup untuk menggantikan kabinet atau kaunter dapur yang baru, saya sediakan beberapa tips dan panduan untuk membantu anda menghias & mengubahsuai dapur anda menjadi ceria hanya dengan mengeluarkan sedikit belanja ubahsuai yang kecil.


Berikut adalah tujuh tips ubahsuai dapur dengan bajet kecil ;

1. Warnakan dapur dengan cat baru

Cari dan pilihlah warna cat yang ceria atau bersih dan cat semula dinding dapur anda. Jika anda suka suasana dapur yang terang dan riang, cuba pilih warna cat seperti kuning, biru segar, hijau nipis atau putih bersih untuk menghidupkan kawasan dapur anda.


2. Tukar langsir tingkap lama dengan yang baru

Tukar langsir lama anda dengan yang baru, atau jika tingkap anda sebelum ini dibiarkan kosong, letakkan langsir tingkap baru. Pilih warna langsir yang akan menyerlahkan lagi dinding yang telah dicat baru. Anda boleh mencuba kombinasi langsir putih di dinding kuning atau biru (atau apa sahaja warna dinding kecuali putih) atau bagi dinding putih cuba kombinasi langsir kuning cerah atau terang, atau separuh corak yang mana gandingan warna langsir dan cat baru akan membantu menambah suasana 'sejuk mata memandang' di ruang dapur anda.


3. Tukar alas meja baru

Beli kain alas meja baru untuk digandingkan dengan tona warna langsir dan cat dapur yang baru. Kadang-kadang benda kecil seperti ini akan menimbulkan perubahan besar dan menghasilkan suasana dapur yang ceria, tenang dan terang tanpa perlu anda berbelanja besar untuk mengubahsuai semua peralatan dapur sehingga membazir.


4. Tukar lampu dapur lama dengan yang baru

Jika bajet kecil anda masih mengizinkan, tukar lampu dapur lama dengan yang baru. Hal ini benar-benar boleh menukar gaya dan menyerlahkan seri dapur anda. Untuk dapur kecil atau dapur yang mempunyai siling rendah, anda boleh letakkan lampu dinding yang baru. Jika anda mempunyai dapur yang lebih besar dengan siling yang tinggi, anda boleh meletakkan lampu gantung yang baru.


5. Tukar sinki lama dengan yang baru
Tukar sinki lama anda dengan sinki baru yang murah tapi lebih moden dan bergaya. Lebih-lebih lagi jika sinki lama telah pudar warnanya atau banyak kesan calar, maka sinki lama memang patut terus diganti baru.


6. Tukar tombol laci & kabinet dapur baru
Satu lagi kaedah ubahsuai dapur dengan bajet kecil ialah dengan menukar tombol laci & tombal kabinet dapur lama dengan yang baru. Ramai yang tak sedar bahawa perubahan yang kecil dan mudah seperti menukar tombol besi lama laci/kabinet kepada tombol besi yang baru dan bersinar akan lebih menyerlahkan suasana 'eksklusif' dapur lama anda.

7. Hias sebahagian dinding dapur dengan jubin atau kertas bercorak

Untuk menyerlahkan lagi keindahan dapur, anda boleh letakkan kepingan jubin bercorak atau kertas dinding bercorak kepada sebahagian ruang dinding di atas kabinet dapur. Hiasan ini akan menambahkan lagi kehebatan dapur anda serta menyerlahkan sebahagian dinding dapur.
Untuk menghias sebahagian dinding dapur dengan jubin bercorak, anda boleh membeli jubin dekorasi stok lama atau lebihan jubin ubahsuai yang tidak digunakan dengan harga murah di mana-mana kedai jubin atau kedai hardware.

Kesimpulan;

Sebenarnya ada banyak lagi tips & panduan ubahsuai dapur dengan bajet kecil, tapi cukuplah dulu 7 tips diatas sebagai pemangkin untuk anda mengubahsuai dapur dengan ringkas serta berjimat cermat. Yang penting ialah kerja ini boleh anda lakukan sendiri dan hasil ubahsuai dapur ini sudah pasti akan menggembirakan anda; dapur lama menjadi cantik semula & jimat kos ubahsuai dapur!

Mutiara Pengubat Jiwa