Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Friday, December 17, 2010

3D GOOGLE SKETCHUP: Panduan Belajar Melukis 3D Berkomputer


Salam sejahtera! Post kali ini agak lari sedikit daripada tips ubahsuai rumah, tapi masih dalam niche yang sama. Sebut saja Google, siapa tak kenal? Syarikat gergasi dalam bidang IT yang sangat berjaya. Kita kenal Google melalui enjin cariannya yang popular, google.com. Kita juga tahu Google mempunyai beberapa produk/program lain yang terkenal seperti Youtube, Blogspot, Gmail, Google Adsense dan lain- lain.

Tetapi apabila sebut saja 3D Google Sketchup, ramai yang tak tahu. Mungkin ada yang tahu, tapi mula berfikir untuk apa saya gunakan program tersebut ? Boleh buat duit ke ? Ada manfaat ke untuk saya ? Untuk makluman pembaca, saya sendiri menggunakan software 3D Google Sketchup sejak awal 2009 untuk kerja-kerja 3D presentation kepada klien yang ingin melihat rekabentuk rumah yang bakal didirikan dalam bentuk 3D dan kesannya amat hebat dan ketara. Saya menggalakkan pembaca dan seisi keluarga untuk memiliki software percuma ini. Sila baca sampai habis pendedahan pertama kali di Malaysia ini.

PENGENALAN GOOGLE SKETCHUP

1. Google Sketchup adalah program 3D yang dibuat untuk digunakan oleh profesional seperti arkitek, jurutera, pembuat filem, pembuat game, grafik designer dan profesion yang berkaitan.

2. Google Sketchup mempunyai U.S. Patent 6,628,279 dalam penggunaan teknologinya, Push and Pull (Tekan dan Tarik) serta pernah memenangi beberapa anugerah perisian terbaik termasuklah Community Awards 2000.

3. Kunci kejayaan awal Google Sketchup adalah masa yang diperlukan untuk mempelajari Google SketchUp lebih singkat berbanding program 3D yang lain.


3D GOOGLE SKETCHUP UNTUK SIAPA?

3D Google Sketchup ini sesuai digunakan oleh pelbagai golongan terdiri daripada:
1. PROFESIONAL seperti Arkitek, Jurutera, Designer, Kontraktor

2. TENAGA PENGAJAR seperti guru sekolah, guru tuisyen.

3. PELAJAR sekolah Rendah dan Menengah serta Universiti

4. PEREKA CIPTA

5. IM

6. Usahawan dan ramai lagi..


APA YANG PROFESIONAL BUAT DENGAN GOOGLE SKETCHUP ?
1.Merekabentuk projek/ bangunan skala kecil dan besar dengan saiz sebenar bernilai jutaan ringgit
2. Membuat ilustrasi/ visual mengenai construction

3. Merancang/ mendapat gambaran projek sebelum dilaksanakan untuk mengurangkan kos/ mengelakkan kerugian

4. Untuk presentation kepada client

5. Menghasilkan visual seperti realiti


ANDA BUKAN DARI GOLONGAN PROFESIONAL, APA
YANG ANDA BOLEH BUAT DENGAN GOOGLE SKETCHUP ?
1. Membuat GRAFIK - Boleh menghasilkan grafik yang hebat. Anda boleh membuat apa sahaja design grafik secara 3D. Boleh digunakan untuk menghasilkan design tshirt, design minisite, ecover 3D, icon, wallpaper, banner dan apa sahaja yang berkaitan dengan grafik design. Untuk jadikan grafik lebih hebat, boleh dimasukkan ke Adobe Photoshop atau Illustrator. Ini secara tak langsung boleh meningkatkan jualan produk dengan grafik 3D mengagumkan yang menarik perhatian.
2. Membuat PEMBENTANGAN (PRESENTATION)
- Aplikasi animasi mudah yang terdapat dalam Google Sketchup ini boleh digunakan untuk membuat pembentangan projek, assignment, dan lain- lain yang berkaitan dengan visual 3D yang boleh membuatkan orang yang melihatnya rasa kagum!
3. MEREKA CIPTA produk
- Boleh lakarkan idea dan mendapat gambaran dengan menghasilkan produk dengan ukuran sebenar yang boleh dikomersialkan seperti menghasilkan perabot, struktur besi, modifikasi komponen kereta dan sebagainya.
4. Membuat HIASAN DALAMAN/ UBAHSUAI RUMAH/ KEDAI/ OFIS
- Buat 3D rumah sendiri dan buat dekorasi rumah mengikut kreativiti seperti masukkan perabot, hiasan dinding, karpet dan sebagainya. Selepas mendapat gambaran, barulah keluarkan bajet untuk semua itu dan nikmatilah hasil kreativiti sendiri.Jangan risau kerana dengan perisian ini anda dapat membuat model 3D mengikut ukuran sebenar.
5. Membuat MODEL PAPERCRAFT - Boleh menghasilkan seni lipatan kertas (papercraft) dengan 3D kemudian boleh diprintkan dan dibina. Menghasilkan IDEA- IDEA KREATIF Boleh buat apa sahaja bentk, idea mengikut kreativiti yang datang daripda imaginasi sendiri.
6. dan macam- macam lagi....


APAKAH KELEBIHAN MENGGUNAKAN GOOGLE SKETCHUP ?
========================================
1. Membuat 3D dengan grafik yang memukau

2. Mudah untuk mereka bentuk

3. Menjimatkan masa mereka bentuk

4. Menjimatkan wang (elakkan kesilapan sebelum
membuat produk sebenar)
5. Membuat inovasi/ mencipta produk- produk baru

6. Meningkatkan kreativiti/ idea

7. Membuat presentation dengan mudah dan dapat menarik perhatian orang seperti client/ pelajar
8. Menyelesaikan masalah ruang dengan mudah
9. Boleh BUAT DUIT banyak,sikit dengan design.


Wah! Begitu banyak kegunaan perisian ini.Tak sangka semua orang boleh gunakannya.
Tetapi sebelum itu, anda perlu mempelajari dan memahami penggunaan perisian ini. Dapatkan panduan khas yang dapat membantu anda mempelajari program 3D dengan mudah, cepat dan murah tanpa membazir wang beribu-ribu menghadiri kursus @ kelas 3D.

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini ==> Panduan
3D Google Sketchup

Mutiara Pengubat Jiwa