Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Friday, December 16, 2011

Tips & Panduan Pelaburan Emas & Perak ; Ulasan Ebook Rahsia Emas & Perak


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Asyik-asyik cerita pasal ubahsuai rumah sahaja, naik bosan la beb! FYI saya tengah demam panas & tak larat nak buat design/drawing, jadi kali ni saya nak kongsi info yang saya dapat tentang cara dan panduan membuat pelaburan emas dan perak. Info ni saya cari sebab dalam keadaan bisnes/ekonomi yang tak tentu hala sekarang, saya perlu buat back-up untuk support bisnes saya sebab saya bekerja sendiri secara full-time dan tak makan gaji.

Kisah bagaimana nak buat duit dengan pelaburan emas serta pelaburan perak yang saya jumpa dalam akhbar serta pelbagai artikel amat menarik hati saya. Ada banyak lamanweb & blog tentang pelaburan emas & silver yang saya jumpa, tapi semua info agak berterabur dan tidak tersusun. Saya pulak mencari 1 panduan lengkap 'step-by-step' yang menceritakan tentang kedua-duanya sekali (cara pelaburan emas/perak).

Ringkas cerita saya terjumpa dengan satu lamanweb, iaitu RahsiaEmasdanPerak.com. Lepas baca info menarik yang panjang giller dalam lamanweb ini, serta menyemak kredibiliti penulis ebook, saya pun belilah ebook tersebut walaupun harganya RM80, sebab ada jaminan wang dikembalikan selama 30 hari jika tak puashati serta dapat pulak 9 bonus percuma; 8 ebook bernilai RM680 dan 1 software Family Finance Planner bernilai RM53. Kaedah pembayaran amat mudah, saya bayar secara online via Maybank2u dan link download ebook diberikan melalui emel saya.

Oleh kerana saya ni agak pemalas dalam membuat review (haha) maka saya nak kongsi secara ringkas apa yang saya pelajari setelah baca ebook Rahsia Emas dan Perak secara sepintas lalu. Dalam ebook ini, saya dapat tahu bahawa harga emas dan perak adalah misteri. Kadang-kadang ianya naik mendadak. Kadang-kadang ianya menurun. Saya didedahkan dengan teknik bagaimana memastikan kalau harga itu harga yang betul untuk jual atau beli emas & perak. Ebook ini juga mendedahkan apa yang mendorong harga emas dan perak naik atau turun serta apa yang saya perlu buat dalam jangka masa panjang.

Ebook Rahsia Emas dan Perak juga mendedahkan apa yang menyebabkan emas itu penting dan kenapa ianya penting dan berapa saya boleh dapat jika saya melabur dalam emas. Ia menceritakan kaitan negara kita dengan kestabilan ekonomi Amerika Syarikat. Ebook ini juga membongkar apa kaitan negara India dan China dengan Malaysia jika anda ingin melabur dalam emas dan perak.

Dalam Ebook Rahsia Emas dan Perak, saya pelajari 8 faktor yang perlu diketahui sebelum melabur di dalam emas dan 4 faktor sebelum melabur dalam perak. Saya dapat tahu jenis-jenis penipuan yang berlaku di dalam pasaran emas serta dalam pasaran perak.

Ebook Rahsia Emas dan Perak menyenaraikan 33 sebab penting kenapa saya perlu membeli perak dan 14 sebab kenapa saya perlu membeli emas sekarang jugek! Ia mendedahkan tentang bagaimana kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat memberi impak kepada harga emas serta apa yang akan berlaku jika penawaran wang dollar US meningkat. Dalam ebook ini saya dapat tahu apa yang akan jadi dengan emas jika penawaran emas semakin sedikit dan jika permintaan semakin meningkat. Saya juga didedahkan dengan agensi-agensi yang mengawal komoditi di pasaran dan bagaimana sebahagian dari mereka memanipulasi harga komoditi.

Fuh, dah panjang berjela dah ni, kalau nak tau lagi kenalah beli sendiri ye! Jadi kesimpulannya jika anda sama seperti saya yang zero pengetahuan tentang pelaburan emas/perak, ebook Rahsia Emas dan Perak wajib anda miliki sebab ia adalah panduan lengkap khusus untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas dan perak sebagai salah satu kaedah menjana pendapatan.

Untuk info lanjut, sila layari WWW.RAHSIAEMASDANPERAK.COM

Mutiara Pengubat Jiwa