Jika anda sedang mencari contoh Pelan Rekabentuk Rumah Banglo 1 tingkat atau Pelan Rumah Banglo 2 tingkat yang sesuai dengan suasana dan rekabentuk di Malaysia serta sesuai dengan bajet anda, tak usah buang masa lagi! Saya cadangkan anda layari lamanweb Pelan banglo.
Saya dapati lamanweb Pelan banglo amat mesra pengguna kerana ia membantu pemilik rumah mendapatkan pelan rumah yang lengkap terutama dalam penyediaan lukisan skematik dan lukisan kerja yang boleh dicetak dan digunakan untuk rujukan pembinaan atau dikemukakan ke PBT bagi proses mendapatkan kelulusan pelan.
Saya sendiri suka melayari lamanweb Pelan banglo bagi mendapatkan idea-idea ubahsuai rumah, tapi usah risau; saya tidak bersaing dengan RekabentukRumah kerana saya hanya mengkhusus dalam kerja-kerja rekabentuk pelan ubahsuai rumah di Shah Alam sahaja dibawah MBSA.
Manakala Pelan banglo pula menjual pelan rumah ready-made dan lebih tertumpu kepada jualan rekabentuk pelan rumah sediada di dalam koleksi rekabentuk mereka. Pelan banglo tidak menyediakan perkhidmatan melukis pelan ubahsuai rumah dan tidak mengemukakan pelan kepada PBT untuk mendapatkan kelulusan.
Saya dapati semua rekabentuk pelan yang ditawarkan di lamanweb Pelan banglo mengambil kira keperluan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 termasuklah anjakan bangunan, keluasan dan tinggi minimum ruang yang disediakan, keperluan pencahayaan serta pengudaraan dan tepat dengan syarat-syarat asas yang digariskan oleh PBT.
KESIMPULAN
Dengan khidmat ini, Pelan banglo dapat membantu anda atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan gambaran rumah idaman mereka melalui kepakaran yang disediakan iaitu melalui koleksi lukisan skematik/lakaran, lukisan kerja dan juga 3D perspektif dan animasi. Saya harap di masa akan datang, Pelan banglo dapat menyediakan lebih banyak koleksi rekabentuk rumah online terbesar di Malaysia supaya ramai bakal pemilik rumah boleh memilih pelbagai koleksi rekabentuk rumah yang sesuai dengan citarasa mereka.
Dan yang paling best, dengan koleksi rekabentuk rumah yang banyak di lamanweb Pelan banglo, dapatlah saya cilok sikit-sikit idea rekabentuk rumah depa untuk saya apply dalam design saya! hehe jangan marah ya!