Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Sunday, August 15, 2021

MBSA Buka Kaunter Perkhidmatan Permohonan Pelan & Permit Bermula 16 Ogos 2021

Syarat kebenaran permohonan pelan ubahsuai rumah & permit


Assalamualaikum & salam sejahtera. Berita baik kepada semua klien & pengunjung blog, Jabatan Bangunan MBSA akan membuka kaunter perkhidmatan pada 16hb Ogos 2021. 

Kaunter Jabatan Bangunan yang dibuka untuk perkhidmatan adalah ;

1. Kaunter permit - bagi permohonan permit bangunan sementara seperti awning, tangga, kabin, partition & shed sementara.

2. Kaunter pelan - melibatkan permohonan pelan ubahsuai rumah, pembelian pelan setara ubahsuai rumah, pelan banglo baru, pindaan pelan lulus dan yang berkaitan.


SYARAT BERURUSAN DI KAUNTER MBSA ;

1. Pastikan Jabatan yang ingin ditemui dan semua maklumat adalah betul serta tepat bagi membolehkan anda dihubungi semula. Hanya bagi perkhidmatan yang tiada dalam talian sahaja. 

2. Semua permohonan temujanji akan diselesaikan tidak lebih dari 14 hari dari tarikh temujanji dibuat. Hanya seorang sahaja dibenarkan hadir (penerima 2 dos lengkap vaksin) bagi  setiap temujanji.

3. Temujanji hanya pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 4 petang, dan tempoh temujanji di antara 15 - 20 minit sahaja. Sila hadir 10 minit awal sebelum waktu temujanji.

4. Pilihan tarikh dan masa adalah tertakluk kepada slot yang ada, pegawai khidmat pelanggan akan hantar pengesahan tarikh dan waktu melalui emel kepada pihak tuan/puan sebagai pengesahan temujanji.

5. Sesi temujanji akan dibatalkan sekiranya pemohon lewat hadir 15 minit daripada masa yang ditetapkan. Ketidakhadiran atau pembatalan temujanji memerlukan pemohon membuat sesi temujanji semula. 

6. SOP keselamatan COVID-19 hendaklah sentiasa dipatuhi sepanjang temujanji.

7. Pelanggan yang hadir perlu Imbas Kod -QR MySejahtera dan mengemaskini Penilaian Kesihatan MySejahtera ( status risiko rendah @ kontak rapat tidak bergejala sahaja dibenarkan masuk berurusan )

KLIK SINI UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI URUSAN MBSA


MAKLUMAT PENTING

Saya telah membuat temujanji dengan MBSA dan sedang menunggu tarikh submission yang akan ditetapkan MBSA. Kepada semua klien yang telah saya siap pelan sejak berbulan-bulan lepas, harap dapat bersabar & insyaAllah akan saya selesaikan submission pelan baru atau pelan pindaan satu-persatu mengikut jadual/tarikh yang diberikan MBSA kepada saya.

Termasuk juga urusan semakan rayuan ke MBSA yang telah dikemukakan sebelum Mei 2021 yang masih belum dapat jawapan, saya akan semak semua rayuan yang berkaitan. Semua pelan yang telah dikemukakan akan saya update kepada klien melalui email@whatsapp.

Terimakasih kerana sudi mengunjungi blog ini & jumpa lagi dalam post yang akan datang.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Mutiara Pengubat Jiwa