Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Monday, February 8, 2010

Ubahsuai Rumah - Pentingnya Lukisan Perspektif 3D


Assalamualaikum & Salam sejahtera! Maaf kerana lama tidak mengemaskini blog & terimakasih kerana masih sudi berkunjung ke blog ini. Dalam post kali ini, saya ingin menekankan kepentingan lukisan perspektif 3D atau 'perspective drawing' dalam konteks ubahsuai rumah.

Apa perlunya lukisan perspektif 3D?
Lukisan 3d ini adalah gambaran 3 dimensi yang menunjukkan rekabentuk rumah dari pelbagai sudut. Biasanya lukisan perspektif 3D dibuat dengan merujuk kepada pelan rumah sediada yang telah disiapkan untuk rujukan klien.

Lukisan perspektif 3D membantu klien melihat dengan lebih lanjut gambaran ubahsuai rumah yang bakal disiapkan. Dengan ini klien dapat melihat aspek estetika rekabentuk yang dicadangkan dan boleh membuat tambahan atau perubahan pada pelan rumah sebelum kerja ubahsuai dimulakan.

Lukisan perspektif 3D biasanya akan disediakan oleh akitek atau pereka dalaman dengan penggunaan perisian 3D (3d software) terkini. Lukisan perspektif 3D akan dibuat bagi menunjukkan ruang dalaman dan bahagian luar rumah atau kediaman yang diubahsuai bagi membantu klien membuat keputusan tentang rekabentuk ubahsuai rumah yang dicadangkan.

Biasanya, klien agak kurang faham jika disajikan dengan lukisan 2D atau pelan ubahsuai rumah yang hanya memaparkan gambaran pelan, bahagian tepi atau belakang rumah. Tapi dengan adanya lukisan perspektif 3D yang berwarna, klien akan lebih mudah faham tentang rekabentuk ubahsuai rumah (dalam & luar) dan biasanya mereka sangat suka dan gembira dengan paparan lukisan perspektif 3D.

Jika anda seorang pemilik rumah dan ingin membuat ubahsuai rumah, mahukah anda melihat lakaran pelan 2d (2 dimensi) yang membosankan? Atau mahukah saya tunjukkan anda gambaran serta lukisan perspektif 3D yang memaparkan ubahsuai rumah anda yang telah siap, dalam dan luar? Dengan lukisan perspektif 3D, anda boleh 'berjalan' di dalam dan di luar rumah anda dan mengalami suasana 'sebenar' sebelum rumah anda dibina.

BERMINAT?
Jika anda sudah mempunyai pelan ubahsuai rumah dan berminat untuk mendapatkan khidmat penyediaan lukisan perspektif 3D, sila hubungi saya; Izwan di 019-6904405 atau email saya di imosdesign(at)yahoo.com

Selamat mengubahsuai rumah anda!

Mutiara Pengubat Jiwa