Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pengunjung blog. Sewaktu artikel ini ditaip, hari ini adalah hari kedua lockdown berkaitan Covid19 & saya doakan anda & keluarga selamat sejahtera dalam lindungan Allah SWT.
Suka saya maklumkan kepada para pembaca, bahawa dalam tempoh lockdown 18-31 Mac 2020 aktiviti saya adalah seperti dibawah ;
1. Saya masih bekerja menyiapkan rekabentuk & menyediakan plan ubahsuai rumah dari rumah saya 😄
2. Saya masih berurusan dengan klien melalui temujanji & perbincangan di tapak projek; perbincangan singkat & ringkas, ukurtapak & ambil gambar rumah yang nak diubahsuai
3. Semua hasil kerja yang disiapkan seperti drafplan+3d seperti biasa saya emel kepada klien untuk semakan, komen & pindaan.
Penangguhan Submission Plan & Semakan Rayuan di MBSA
MBSA telah menghentikan semua operasi dalam tempoh lockdown 18-31 Mac 2020, jadi saya mohon maaf kepada semua klien yang berkaitan kerana saya juga terpaksa menangguhkan semua urusan dibawah ;
1. Urusan semakan rayuan ubahsuai rumah & submission surat rayuan ke MBSA ditangguhkan sementara
2. Urusan submission pelan ubahsuai rumah yang telah siap ke MBSA ditangguhkan sementara
NOTIS PEMBERITAHUAN MBSA
Anda boleh membaca artikel makluman MBSA berkaitan penutupan operasi di sini;
==> http://www.mbsa.gov.my/ms-my/Berita/Halaman/penangguhan_sementara_operasi2020.aspx
PESAN SAYA
Marilah kita sama2 membantu pihak kerajaan & pihak berkuasa tempatan dalam usaha mencegah & membasmi wabak Covid-19 dalam tempoh yang diberikan ini supaya kita dapat kembali bekerja & bertugas dalam aktiviti masing2 seperti biasa.
Terimakasih kepada klien yang masih sudi menggunakan khidmat saya & terimakasih kepada klien yang bersabar dengan penangguhan submission plan mereka. Doa selamat untuk anda semua & jumpa lagi dalam artikel yang akan datang insyaAllah