Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Thursday, January 13, 2022

Proses Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Tahun 2022 - Prosedur Submission Plan Online ke MBSA

 Assalamualaikum & salam sejahtera & selamat menyambut tahun baru 2022.

Bermula 1 Disember 2021, MBSA telah memperkenalkan proses baru submission pelan ubahsuai rumah iaitu melalui kaedah online secara emel. Di bawah adalah gambarajah proses berkenaan ;


Oleh kerana prosedur ini masih baru bagi saya, kali ini saya nak kongsi pengalaman baru saya dalam proses submission plan online via emel & proses mendapatkan kelulusan pelan setelah menggunakan sistem online MBSA. MBSA juga mensyaratkan semua dokumen termasuk pelan yang hendak di emel perlu disediakan dalam bentuk PDF

Anda boleh download borang submission plan online & dapatkan info lanjut dengan merujuk lamanweb MBSA di link dibawah ;

==> https://www.mbsa.gov.my/ms-my/mbsa/perkhidmatan/pelanpembangunan/Halaman/garis_panduan_tambahan_pindaan_di_dalam_kawasan_anjakan_bangunan.aspx


Berikut adalah proses yang saya lalui ;

1. Kerja rekabentuk pelan ubahsuai rumah

Klien telah melantik saya untuk khidmat penyediaan pelan tambahan rumah teres endlot & submission ke MBSA. Di bawah adalah visual rekabentuk 3d tambahan ubahsuai rumah klien di seksyen 29 yang dicadangkan.



2. Kerja penyediaan pelan submission ke MBSA

Setelah rekabentuk pelan 2d/3d dipersetujui klien, saya menyediakan detail drawing submission plan ke MBSA. Pelan yang siap saya emelkan kepada klien untuk semakan. Selepas klien bersetuju dengan pelan submission, beliau emelkan semua dokumen yang berkaitan untuk dikemukakan ke MBSA. Dibawah adalah pelan submission yang telah saya siapkan.



3. Submission plan ke MBSA melalui emel

Semua borang submission online telah saya isi, ditandatangani serta dicop secara digital & ditukar kepada PDF & semua dokumen dari klien telah saya upload & saya emel permohonan pelan ke MBSA seperti paparan emel dibawah ;



4. Akuan penerimaan pelan dari MBSA

MBSA telah menjawab semula emel saya dengan akuan penerimaan submission seperti dibawah ;



5. Sokongan dari MBSA selepas pelan disemak online

Selepas pelan yang dikemukakan disemak oleh MBSA, saya terima emel yang memaklumkan bahawa pelan telah disemak & disokong serta dibenarkan submit hardcopy plan atau submission secara fizikal di kaunter. 

Emel makluman sokongan MBSA kepada pelan yang telah dikemukakan secara online

Dalam emel tersebut MBSA telah sertakan;

a. surat sokongan online, 

b. borang akuan terima & penyerahan pelan 

c. borang kiraan pelan MBSA

Dokumen a,b & c perlu dicetak untuk dikemukakan di kaunter bersama dokumen lain. Antara syarat lain ialah mencetak semua borang online & ditandatangani semula oleh pemilik & akitek di atas borang & pelan sebelum dikemukakan ke MBSA.

Di atas ialah surat sokongan ke atas pelan yang diterima via emel dan perlu dicetak serta dikemukakan di kaunter.
 

Di atas adalah dokumen akuan terima & serahan pelan yang perlu dicetak & diserahkan di kaunter sewaktu serahan pelan secara fizikal.


6. Submission plan secara fizikal di MBSA

Selepas mencetak semua borang, dokumen & pelan dan ditandatangani oleh pemilik serta akitek, barulah saya kemukakan pelan-pelan di kaunter 13, tingkat G di MBSA. Oleh kerana semua pelan & dokumen telah disokong secara online, pegawai kaunter terus menerima dokumen & pelan dan menyerahkan keratan surat akuan penyerahan & penerimaan pelan oleh MBSA. 

Dibawah adalah dokumen bukti serahan pelan yang telah dikemukakan ke kaunter MBSA dan di cop oleh pegawai yang menerima dokumen.

Surat akuan penerimaan submission plan di kaunter MBSA


7. Semakan kelulusan pelan secara online

Selepas beberapa hari pelan dikemukakan ke MBSA, saya telah menyemak status pelan secara online melaui link ini ==> https://bit.ly/3HThk3N

Hasil semakan didapati pelan yang dikemukakan telah diluluskan & boleh di ambil pada tarikh yang diberikan iaitu 11 Januari 2022.

Semakan online senarai pelan-pelan yang telah diluluskan MBSA

8. Pembayaran bil proses pelan & pengambilan pelan lulus

Pada 12 Januari 2022, saya telah ke MBSA berurusan di kaunter 13 tingkat G. Saya serahkan surat akuan penyerahan & penerimaan pelan yang mengandungi nama pemilik serta nombor rujukan submission online. Pegawai kaunter menyerahkan bil proses pelan & saya bayar bil tersebut di kaunter. Resit bayaran diserahkan semula kepada pegawai & beliau serahkan semua dokumen kelulusan pelan kepada saya. Dibawah adalah resit bayaran & pelan lulus yang telah saya terima.

Pelan lulus & permit ubahsuai rumah diserahkan kepada saya selepas bil proses pelan dibayar.

KESIMPULAN

a. Proses submission plan online memudahkan perunding & menjimatkan masa serta menjimatkan kos perjalanan serta kos cetak pelan.

b. Prosedur bayaran bil proses pelan & penerimaan dokumen kelulusan selepas bil dibayar hari yang sama adalah lebih baik dari sistem terdahulu dimana perunding terpaksa menunggu 7 hingga 14 hari untuk mengambil pelan lulus selepas bil dibayar. 


NOTA PENTING;

Untuk menjaga privasi klien, akitek & pegawai MBSA yang terlibat, semua nama & alamat dalam gambar yang dipaparkan dalam blog ini telah saya padamkan.

Saya harap artikel ringkas (yang panjang giller) ini boleh menjadi panduan kepada klien yang ingin tahu proses & prosedur kelulusan pelan ubahsuai rumah di tahun 2022 & menjadi rujukan para perunding yang ingin mengemukakan pelan ubahsuai rumah ke MBSA. Terimakasih kerana sudi mengunjungi blog ini, mohon maaf jika ada kekurangan dalam artikel ini sebab saya malas nak tulis banyak2 daaa! Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang insyaAllah.

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

Mutiara Pengubat Jiwa