Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Thursday, December 11, 2008

Masalah Dan Soalan Pemilik Rumah

Apakah persoalan dan masalah yang selalu dihadapi oleh pemilik rumah?  Di bawah ini disenaraikan antara masalah yang selalu dihadapi dan dipersoalkan oleh para pemilik rumah yang ingin mengubahsuai rumah mereka; 

a. Berapakah had anjakan depan/tepi/belakang yang dibenarkan untuk saya ubahsuai rumah saya? 
b. Bolehkah saya bina lebih daripada had? Jika boleh, bagaimana caranya? 
c. Kalau saya bina dulu sebelum dapat kelulusan, apakah tindakan MBSA kepada saya? 
d. Perlukah saya lantik perunding atau akitek untuk kemukakan pelan ke MBSA? 
e. Saya nak buat loan ubahsuai rumah, apa yang perlu saya buat? 
f. Kalau saya dah dapat kelulusan pelan, jika saya bina lebih had adakah saya kena saman? 
g. Siapa nak uruskan hal pelan? saya kena buat semua ka? 
h. Bolehkah MBSA rekemen akitek atau perunding yang boleh saya percayai? 
i. Berapa saya kena bayar MBSA untuk dapat kelulusan pelan? 
j. Adakah cagaran yang perlu saya bayar? Bila boleh saya tuntut semula? 
k. Sampah dan sisa binaan siapa nak uruskan? 
l. Perlukah saya dapatkan kebenaran jiran? Kalau mereka tak bagi macamana? 
m. Rumah saya dah lama lebih 20 tahun, tak da CF macamana boleh ke ubahsuai? 
n. Rumah saya 1 tingkat boleh naik 2 tingkat ke? 
o. Kalau kena kompaun boleh minta diskaun ke? 
p. Rumah saya baru beli dari pemilik asal, belum tukar nama lagi, boleh ke ubahsuai?  

Sebenarnya, banyak lagi persoalan yang relevan kerana banyak masalah baru yang pasti timbul, jadi akan saya tambah & huraikan soalan-soalan di atas satu persatu dalam post yang akan datang, insyaAllah.

Mutiara Pengubat Jiwa