Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Showing posts with label tong roro. Show all posts
Showing posts with label tong roro. Show all posts

Tuesday, September 9, 2025

Perlukah mohon permit ubahsuai rumah dari PBT jika pemilik hanya membuat ubahsuai ruang dalam rumah sahaja?

Tambahan kabinet dapur tak perlu mohon permit PBT



Assalamualaikum & salam sejahtera & selamat menyambut bulan kemerdekaan! 
Kali ini saya nak bincangkan masalah ubahsuai rumah; Perlukah mohon permit ubahsuai rumah dari PBT jika pemilik hanya membuat ubahsuai ruang dalam rumah sahaja? 

Secara amnya, anda perlu memohon permit ubahsuai daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), walaupun hanya membuat ubahsuai ruang dalaman rumah sahaja, jika kerja tersebut melibatkan perubahan struktur sedia ada, penambahan keluasan, atau boleh mempengaruhi keselamatan dan kesihatan bangunan.

Peraturan ini adalah di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS). PBT yang berbeza mungkin mempunyai sedikit perbezaan dari segi garis panduan, namun prinsip asasnya adalah sama.


Situasi yang lazimnya memerlukan permit ubahsuai:

a. Menambah atau memecah dinding struktur: 
Walaupun hanya dinding di dalam rumah, jika ia adalah dinding penanggung beban (load-bearing wall), ia memerlukan kelulusan PBT kerana boleh menjejaskan kestabilan bangunan.

b. Mengubah suai bilik air atau dapur yang melibatkan penukaran paip atau pemindahan lokasi yang signifikan: 
Ini mungkin memerlukan kelulusan PBT terutamanya jika ia melibatkan sistem perparitan atau bekalan air utama.

c. Menambah atau mengurangkan keluasan bilik/ruang: 
Sebarang penambahan atau pengurangan keluasan lantai yang ketara boleh dianggap sebagai perubahan struktur.

d. Mengubah suai bumbung atau siling yang melibatkan struktur: 
Walaupun anda tidak menambah tingkat, pengubahsuaian pada struktur bumbung atau siling yang utama memerlukan permohonan.

e. Memasang atau mengubah suai sistem elektrik atau mekanikal yang besar: 
Contohnya, mengubahsuai pendawaian utama.


Aktiviti yang mungkin tidak memerlukan permit (tetapi perlu disahkan dengan PBT):

a. Mengecat semula rumah: Kerja mengecat biasa di dalam rumah.
b. Menukar jubin lantai atau dinding: Sekiranya tidak melebihi had keluasan tertentu (contohnya, 6.5 meter persegi seperti yang dinyatakan dalam beberapa garis panduan).
c. Memasang kabinet dapur atau almari (built-in cabinets): Ini biasanya dikategorikan sebagai kerja kecil.
d. Memasang penghawa dingin atau kipas.
e. Mengganti pintu atau tingkap sedia ada (melainkan ia melibatkan perubahan saiz atau struktur asal).


Mengapa penting untuk memohon permit?

1. Untuk mengelakkan denda: 
PBT mempunyai kuasa untuk mengenakan denda atau mengarahkan anda merobohkan semula bahagian yang diubah suai tanpa kebenaran.

2. Keselamatan bangunan: 
Ubahsuai yang tidak betul boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan rumah anda.

3. Nilai hartanah: 
Rumah yang diubah suai tanpa kelulusan mungkin menghadapi masalah semasa proses penjualan.

4. Kepatuhan undang-undang: 
Memastikan anda mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.


CADANGAN ;

Cara terbaik adalah menghubungi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan anda (seperti Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya) dan bertanya mengenai jenis ubahsuai yang anda ingin lakukan. Mereka boleh memberikan panduan yang tepat sama ada permit diperlukan atau tidak, serta prosedur yang perlu diikuti. Anda juga boleh merujuk kepada arkitek atau pelukis pelan berdaftar untuk mendapatkan nasihat profesional. 



 

Sunday, May 4, 2014

Ubahsuai Rumah Shah Alam - MBSA ambil alih khidmat Tong Roro Alam Flora

http://www.PelukisPelan.co.nr

Assalamualaikum & salam sejahtera! Dah lama saya tak menulis dalam blog ini; saya doakan anda para pengunjung blog dalam keadaan sihat belaka insyaAllah, amin! Ringkas cerita, pada 2 Mei 2014 Jumaat petang saya ke Jabatan Bangunan, tingkat 8 MBSA untuk mengemukakan pelan bagi klien saya yang ingin mengubahsuai rumah beliau di seksyen 30.

Alhamdulillah hasil semakan pegawai di kaunter didapati semua dokumen yang saya kemukakan adalah lengkap; tapi takleh submit jugak sebab hari dah petang & MBSA hanya proses pelan waktu pagi sahaja; aaarggh! Jadi kena datang semula hari Isnin pagi...


Cuma ada perkara baru yang telah dipinda oleh MBSA dan berkuatkuasa pada 1 Mei 2014 dan hal ini dimaklumkan melalui notis yang telah ditampal di tingkat 8 serta disahkan oleh staf yang bertugas pada hari tersebut. Dibawah adalah snapshot notis yang saya ambil di MBSA.


http://www.PelukisPelan.co.nr

Bermula pada 1 Mei 2014, khidmat Penyediaan Tong RORO Alam Flora telah diambil alih oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar MBSA.

Biasanya dalam prosedur ubahsuai rumah di Shah Alam yang terdahulu, klien perlu menandatangani 4 helai borang Alam Flora & sediakan deposit RM1000 untuk khidmat penyewaan tong roro bagi mengumpul sisa bahan binaan. Borang ini akan dikemukakan ke MBSA oleh akitek/perunding bersama pelan ubahsuai rumah. Borang lama tersebut adalah seperti dibawah;



Jadi selepas mendapat maklumat ini dari Jabatan Bangunan tingkat 8, saya terus ke tingkat 4, Jabatan Perkhidmatan Bandar untuk mendapat maklumat lanjut. Saya difahamkan oleh pegawai kaunter Jabatan Perkhidmatan Bandar bahawa prosedur ini masih baru dan belum di'implementasi'kan sistem tersebut antara Jabatan Bangunan & Jabatan Perkhidmatan Bandar.

Oleh kerana masalah diatas, buat masa ini mana-mana akitek/perunding yang mengemukakan pelan ubahsuai ke MBSA & mendapat kelulusan ubahsuai pada awal Mei ini adalah terkecuali dari membayar deposit tong roro sebanyak RM1000. Yahooo jimat duit beb!

NANTI SAT! JANGAN DOK YAKYAKYEY LAGI!
Jabatan Perkhidmatan Bandar telah mengeluarkan borang sewaan tong roro yang baru dan jumlah deposit yang perlu dibayar adalah tinggi sikit aje, iaitu RM1270 hehe...borang tersebut adalah seperti dibawah;



NASIHAT SAYA
Dalam masa yang terdekat ini, jika anda ingin jimat kos dari bayar sewa tong roro, cepat2 lantik akitek/perunding untuk submit plan ke MBSA dan terus dapatkan kelulusan ubahsuai rumah & jimat duit anda! Jumpa lagi dalam post yang akan datang & selamat mengubahsuai rumah anda!


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH & SUBMISSION KE MBSA

Mutiara Pengubat Jiwa