Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Showing posts with label khidmat. Show all posts
Showing posts with label khidmat. Show all posts

Tuesday, August 5, 2025

Apakah kelebihan dan kekurangan jika menggunakan kontraktor ubahsuai rumah yang tiada sijil CIDB?

 

Pemilik berbincang dengan kontraktor ubahsuai rumah


Assalamualaikum & salam sejahtera! Terimakasih kerana sudi singgah di blog kecil ini. Menggunakan kontraktor ubahsuai rumah yang tidak mempunyai sijil CIDB (Construction Industry Development Board) boleh memberikan beberapa kelebihan dan kekurangan yang perlu dipertimbangkan secara serius. Berikut ialah penjelasannya:


Kelebihan Menggunakan Kontraktor Tanpa Sijil CIDB


1. Kos Lebih Rendah

Kontraktor tanpa sijil CIDB mungkin menawarkan harga yang lebih murah kerana mereka tidak menanggung kos pendaftaran, yuran lesen, atau pematuhan standard industri.


2. Fleksibiliti dalam Perundingan

Mereka mungkin lebih terbuka untuk rundingan dari segi harga, kaedah kerja, dan jadual kerja.


3. Mudah Ditemui di Pasaran Tempatan

Ramai kontraktor kecil atau bebas beroperasi tanpa sijil, jadi lebih banyak pilihan jika hanya mahu kerja kecil atau ubah suai ringan.


Kekurangan Menggunakan Kontraktor Tanpa Sijil CIDB


1. Tiada Jaminan Kualiti Kerja

Tanpa sijil CIDB, tiada jaminan bahawa kontraktor itu berkemahiran, bertauliah atau mengikut standard kerja pembinaan yang selamat dan berkualiti.


2. Risiko Tertipu atau Penipuan

Sukar untuk mengambil tindakan undang-undang jika berlaku penipuan, kelewatan projek, atau kontraktor lari kerana mereka tidak berdaftar di bawah badan penguatkuasa rasmi.


3. Tiada Perlindungan Insurans

Kontraktor CIDB biasanya perlu menyediakan insurans pekerjaan (contohnya: insurans pekerja, kerosakan harta benda). Tanpa CIDB, pemilik rumah mungkin terpaksa menanggung sendiri kerugian jika berlaku kemalangan atau kerosakan.


4. Masalah Permit dan Kelulusan Majlis

Beberapa majlis perbandaran mewajibkan penggunaan kontraktor bertauliah (berdaftar dengan CIDB) untuk projek ubahsuai tertentu. Jika tidak, permohonan ubah suai boleh ditolak.


5. Pelanggaran Undang-Undang

Mengikut undang-undang Malaysia, kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan melebihi nilai tertentu wajib berdaftar dengan CIDB. Gagal berbuat demikian boleh menyebabkan denda kepada kontraktor dan juga pemilik rumah dalam kes tertentu.


Kesimpulan dan Cadangan

Jika ubah suai rumah hanya kerja kecil (contoh: pasang kabinet dapur, cat rumah, tukar jubin) mungkin masih boleh guna kontraktor tanpa sijil CIDB, dengan risiko yang dikawal.

Tetapi untuk kerja besar seperti pecah dinding, ubah struktur rumah, tambah tingkat, atau sambungan rumah, sangat disarankan guna kontraktor berdaftar dengan CIDB.


Tips Jika Tetap Mahu Guna Kontraktor Tanpa Sijil CIDB:

a. Buat perjanjian hitam putih (quotation + surat perjanjian).

b. Minta rujukan projek terdahulu.

c. Bayar ikut fasa kerja, jangan bayar penuh awal.

d. Simpan resit, komunikasi, dan bukti transaksi.


Saya harap tips dan panduan ringkas di atas dapat membantu pemilik rumah membuat pilihan yang sesuai dengan kemampuan & bajet mereka dalam urusan ubahsuai rumah. Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang!


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM


Sunday, May 4, 2014

Ubahsuai Rumah Shah Alam - MBSA ambil alih khidmat Tong Roro Alam Flora

http://www.PelukisPelan.co.nr

Assalamualaikum & salam sejahtera! Dah lama saya tak menulis dalam blog ini; saya doakan anda para pengunjung blog dalam keadaan sihat belaka insyaAllah, amin! Ringkas cerita, pada 2 Mei 2014 Jumaat petang saya ke Jabatan Bangunan, tingkat 8 MBSA untuk mengemukakan pelan bagi klien saya yang ingin mengubahsuai rumah beliau di seksyen 30.

Alhamdulillah hasil semakan pegawai di kaunter didapati semua dokumen yang saya kemukakan adalah lengkap; tapi takleh submit jugak sebab hari dah petang & MBSA hanya proses pelan waktu pagi sahaja; aaarggh! Jadi kena datang semula hari Isnin pagi...


Cuma ada perkara baru yang telah dipinda oleh MBSA dan berkuatkuasa pada 1 Mei 2014 dan hal ini dimaklumkan melalui notis yang telah ditampal di tingkat 8 serta disahkan oleh staf yang bertugas pada hari tersebut. Dibawah adalah snapshot notis yang saya ambil di MBSA.


http://www.PelukisPelan.co.nr

Bermula pada 1 Mei 2014, khidmat Penyediaan Tong RORO Alam Flora telah diambil alih oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar MBSA.

Biasanya dalam prosedur ubahsuai rumah di Shah Alam yang terdahulu, klien perlu menandatangani 4 helai borang Alam Flora & sediakan deposit RM1000 untuk khidmat penyewaan tong roro bagi mengumpul sisa bahan binaan. Borang ini akan dikemukakan ke MBSA oleh akitek/perunding bersama pelan ubahsuai rumah. Borang lama tersebut adalah seperti dibawah;



Jadi selepas mendapat maklumat ini dari Jabatan Bangunan tingkat 8, saya terus ke tingkat 4, Jabatan Perkhidmatan Bandar untuk mendapat maklumat lanjut. Saya difahamkan oleh pegawai kaunter Jabatan Perkhidmatan Bandar bahawa prosedur ini masih baru dan belum di'implementasi'kan sistem tersebut antara Jabatan Bangunan & Jabatan Perkhidmatan Bandar.

Oleh kerana masalah diatas, buat masa ini mana-mana akitek/perunding yang mengemukakan pelan ubahsuai ke MBSA & mendapat kelulusan ubahsuai pada awal Mei ini adalah terkecuali dari membayar deposit tong roro sebanyak RM1000. Yahooo jimat duit beb!

NANTI SAT! JANGAN DOK YAKYAKYEY LAGI!
Jabatan Perkhidmatan Bandar telah mengeluarkan borang sewaan tong roro yang baru dan jumlah deposit yang perlu dibayar adalah tinggi sikit aje, iaitu RM1270 hehe...borang tersebut adalah seperti dibawah;



NASIHAT SAYA
Dalam masa yang terdekat ini, jika anda ingin jimat kos dari bayar sewa tong roro, cepat2 lantik akitek/perunding untuk submit plan ke MBSA dan terus dapatkan kelulusan ubahsuai rumah & jimat duit anda! Jumpa lagi dalam post yang akan datang & selamat mengubahsuai rumah anda!


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH & SUBMISSION KE MBSA

Mutiara Pengubat Jiwa