Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Showing posts with label risiko. Show all posts
Showing posts with label risiko. Show all posts

Monday, August 19, 2024

Kelebihan memohon permit ubahsuai rumah | Risiko ubahsuai rumah tanpa permit

 Permit ubahsuai rumah dari PBT memberi banyak manfaat kepada anda


Assalamualaikum & salam sejahtera!

Anda ada bajet nak ubahsuai rumah, tapi fikiran masih berbelah bahagi, sama ada nak mohon permit ubahsuai rumah atau terus buat ubahsuai tanpa permit

Antara sebabnya adalah untuk jimatkan kos dari bayar perunding sediakan pelan, serta menunggu masa yang lama 1-2 bulan untuk dapatkan kelulusan pelan+permit ubahsuai dari pihak majlis.


A. KELEBIHAN MEMOHON PERMIT UBAHSUAI RUMAH

Untuk makluman anda, memohon permit ubahsuai rumah mempunyai beberapa kelebihan, antaranya adalah :


1. Pematuhan Undang-Undang: 

Memastikan bahawa kerja ubahsuai mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan, mengelakkan denda atau masalah undang-undang di kemudian hari.


2. Keselamatan:

Menjamin bahawa kerja ubahsuai dilakukan mengikut standard keselamatan yang ditetapkan, mengurangkan risiko kemalangan atau kerosakan struktur.


3. Perlindungan Insurans: 

Membantu memastikan perlindungan insurans rumah anda sah, kerana kerja tanpa permit mungkin tidak dilindungi jika berlaku tuntutan.


4. Peningkatan Nilai Hartanah:

Meningkatkan nilai pasaran rumah anda dengan memastikan ubahsuai mematuhi kod bangunan, yang penting untuk pembeli masa depan.


5. Pengawasan Profesional: 

Membolehkan pemeriksaan dilakukan yang dapat mengesan masalah awal, memastikan kerja dilakukan dengan kualiti dan ketahanan yang baik.


B. RISIKO UBAHSUAI RUMAH TANPA PERMIT

Melakukan ubahsuai rumah tanpa permit boleh memberi kesan buruk, antaranya termasuk:


1. Denda dan Tindakan Undang-Undang: 

Anda mungkin dikenakan denda atau tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan untuk kerja tanpa permit.


2. Keselamatan: 

Tanpa pemeriksaan dan pemantauan profesional, kerja ubahsuai mungkin tidak memenuhi standard keselamatan, yang boleh mengakibatkan kemalangan atau kerosakan.


3. Masalah Insurans: 

Insurans rumah anda mungkin tidak melindungi kerosakan atau kemalangan yang berlaku akibat kerja ubahsuai tanpa permit.


4. Kesukaran untuk Jual Rumah: 

Pembeli mungkin menuntut bukti bahawa kerja ubahsuai mematuhi kod bangunan, dan kerja tanpa permit boleh menyebabkan masalah dalam transaksi jual beli.


5. Pembaikan dan Kos Tambahan:

Anda mungkin perlu membayar kos tambahan untuk membetulkan atau mendapatkan permit bagi kerja yang telah dilakukan tanpa kebenaran.


Secara keseluruhannya, memohon permit membantu memastikan bahawa ubahsuai rumah anda adalah selamat, sah, dan berbaloi. Manakala membuat ubahsuai tanpa permit boleh mengakibatkan pelbagai isu yang mempengaruhi keselamatan, kewangan, dan nilai hartanah anda.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM


Friday, June 3, 2022

Ubahsuai rumah tanpa kelulusan PBT berdepan risiko keselamatan

 Ubah suai tanpa kelulusan PBT berdepan risiko keselamatan

NURUL HUDA HUSAIN | | 29 Mei 2022

Pengubahsuaian dengan membuat binaan tambahan bangunan sangat bahaya kalau tidak mengikut undang-undang. - Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Sarly


SHAH ALAM - Binaan tambahan bangunan terhadap rumah strata tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh dilakukan kerana ia boleh mendatangkan bahaya pengguna yang lain sekiranya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Pensyarah Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Sarly Adre Sarkum berkata, permohonan kepada PBT itu penting bagi membolehkan penilaian dilakukan sebelum kelulusan diberikan.

“(Pemilik rumah strata) tidak boleh membuat binaan tambahan kerana sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada PBT, maksudnya kita tidak boleh membuat (ubah suai rumah) tanpa meminta kebenaran kerana ada undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Kalau semua orang (katakanlah) boleh buat binaan tambahan di mana-mana ruang rumah, sebagai contoh di pintu depan dan menghalang laluan pihak lain, ia boleh memberi kesan kepada keselamatan.

“Jadi, pengubahsuaian dengan membuat binaan tambahan bangunan sangat bahaya kalau tidak mengikut undang-undang.

“Masyarakat juga harus faham apabila undang-undang diwujudkan, ia bukan dilakukan sesuka hati tetapi mengambil kira semua faktor khususnya keselamatan, pengudaraan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah sambungan terhadap rumah strata tidak boleh dibuat dan kesan kepada keselamatan pengguna lain.

Sarly Adre berkata, semua pihak perlu sedar bahawa setiap modifikasi rumah perlu melalui proses permohonan terlebih dahulu dengan PBT masing-masing.

“Kalau pemilik membuat binaan tambahan bangunan di kediaman masing-masing tanpa kebenaran pihak berkuasa maknanya tidak tidak ada sesiapa yang tahu apa yang pemilik itu lakukan dan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini siapa pula yang akan bertanggungjawab,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/204530/BERITA/Nasional/Ubah-suai-tanpa-kelulusan-PBT-berdepan-risiko-keselamatan

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Mutiara Pengubat Jiwa