Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Showing posts with label pihak majlis. Show all posts
Showing posts with label pihak majlis. Show all posts

Wednesday, January 15, 2025

Apakah tindakan yang perlu dibuat jika pemilik mengubahsuai rumah sebelum mendapat permit selepas pelan dikemukakan ke PBT?


Pembinaan dihentikan atas arahan PBT kerana belum mendapat permit 

Assalamualaikum & salam sejahtera. Kali ini saya nak bincang tentang apakah tindakan yang perlu dibuat jika pemilik rumah mengubahsuai rumah sebelum mendapat permit dari PBT selepas pelan dikemukakan ke PBT. 


Jika pemilik rumah mengubahsuai rumah sebelum mendapat permit dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selepas pelan dikemukakan, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:


Memberi Notis kepada PBT

Pemilik rumah perlu segera memberitahu PBT mengenai perubahan yang telah dilakukan. Jika perubahan tersebut melibatkan pelanggaran terhadap undang-undang atau syarat yang ditetapkan dalam pelan yang diluluskan, pemilik rumah mungkin perlu membuat permohonan pembetulan atau permohonan permit ubahsuai yang baru.


1. Menghentikan Kerja Pengubahsuaian

Jika kerja pengubahsuaian diteruskan tanpa permit yang sah, PBT berhak untuk mengeluarkan arahan berhenti kerja. Oleh itu, pemilik rumah perlu menghentikan segala kerja pengubahsuaian sehingga permit yang sah diperoleh.


.2. Pembetulan atau Permohonan Permit

Pemilik rumah perlu menghantar semula pelan yang telah disesuaikan (jika perlu) untuk mendapatkan kelulusan daripada PBT. Pelan ini mungkin perlu dikaji semula oleh pihak PBT untuk memastikan ia mematuhi semua peraturan dan undang-undang tempatan.


3. Potensi Denda atau Tindakan Undang-Undang

Jika pengubahsuaian telah dilakukan tanpa permit yang sah, pemilik rumah boleh dikenakan denda atau tindakan undang-undang oleh PBT. Denda tersebut boleh berbeza mengikut peraturan setempat dan seriusnya kesalahan.


4. Mematuhi Prosedur yang Ditetapkan

Pemilik rumah perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh PBT dan memastikan bahawa semua pengubahsuaian dilakukan mengikut garis panduan yang sah.


Amat penting untuk memahami bahawa mendapatkan permit sebelum memulakan kerja pengubahsuaian adalah langkah penting untuk mengelakkan masalah undang-undang dan memastikan keselamatan serta kesesuaian struktur rumah.


CONTOH MASALAH UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM 2025

a. Pemilik melantik perunding kemukakan pelan ke MBSA untuk dapatkan permit ubahsuai rumah.

b. Sementara menunggu kelulusan pelan, pemilik mengarahkan kontraktor untuk memulakan kerja ubahsuai rumah dan engkar nasihat perunding untuk bersabar menunggu sehingga mendapat permit kelulusan pelan dahulu.

c. Pihak MBSA membuat lawatan di tapak dan mendapati rumah sedang dalam kerja pembinaan, lalu mengarahkan kontraktor menghentikan kerja pembinaan serta-merta. 

d. MBSA menghubungi perunding dan memberi amaran tentang kesalahan pemilik rumah.

e. Dalam kes ini, MBSA boleh merobohkan binaan haram tersebut, pemilik boleh didenda sehingga RM25k atau lebih. Perunding pula boleh didenda dan digantung lesen praktik sebagai akitek@pelukispelan oleh Lembaga Akitek.

f. Untuk selesaikan masalah di atas, pemilik perlu membuat rayuan kepada MBSA. Peluang untuk mendapat kebenaran mengekalkan binaan yang telah dibina bergantung kepada budi bicara pihak MBSA. KLIK SINI UNTUK CARA MEMBUAT RAYUAN KE MBSA.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK & PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

Monday, August 19, 2024

Kelebihan memohon permit ubahsuai rumah | Risiko ubahsuai rumah tanpa permit

 Permit ubahsuai rumah dari PBT memberi banyak manfaat kepada anda


Assalamualaikum & salam sejahtera!

Anda ada bajet nak ubahsuai rumah, tapi fikiran masih berbelah bahagi, sama ada nak mohon permit ubahsuai rumah atau terus buat ubahsuai tanpa permit

Antara sebabnya adalah untuk jimatkan kos dari bayar perunding sediakan pelan, serta menunggu masa yang lama 1-2 bulan untuk dapatkan kelulusan pelan+permit ubahsuai dari pihak majlis.


A. KELEBIHAN MEMOHON PERMIT UBAHSUAI RUMAH

Untuk makluman anda, memohon permit ubahsuai rumah mempunyai beberapa kelebihan, antaranya adalah :


1. Pematuhan Undang-Undang: 

Memastikan bahawa kerja ubahsuai mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan, mengelakkan denda atau masalah undang-undang di kemudian hari.


2. Keselamatan:

Menjamin bahawa kerja ubahsuai dilakukan mengikut standard keselamatan yang ditetapkan, mengurangkan risiko kemalangan atau kerosakan struktur.


3. Perlindungan Insurans: 

Membantu memastikan perlindungan insurans rumah anda sah, kerana kerja tanpa permit mungkin tidak dilindungi jika berlaku tuntutan.


4. Peningkatan Nilai Hartanah:

Meningkatkan nilai pasaran rumah anda dengan memastikan ubahsuai mematuhi kod bangunan, yang penting untuk pembeli masa depan.


5. Pengawasan Profesional: 

Membolehkan pemeriksaan dilakukan yang dapat mengesan masalah awal, memastikan kerja dilakukan dengan kualiti dan ketahanan yang baik.


B. RISIKO UBAHSUAI RUMAH TANPA PERMIT

Melakukan ubahsuai rumah tanpa permit boleh memberi kesan buruk, antaranya termasuk:


1. Denda dan Tindakan Undang-Undang: 

Anda mungkin dikenakan denda atau tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan untuk kerja tanpa permit.


2. Keselamatan: 

Tanpa pemeriksaan dan pemantauan profesional, kerja ubahsuai mungkin tidak memenuhi standard keselamatan, yang boleh mengakibatkan kemalangan atau kerosakan.


3. Masalah Insurans: 

Insurans rumah anda mungkin tidak melindungi kerosakan atau kemalangan yang berlaku akibat kerja ubahsuai tanpa permit.


4. Kesukaran untuk Jual Rumah: 

Pembeli mungkin menuntut bukti bahawa kerja ubahsuai mematuhi kod bangunan, dan kerja tanpa permit boleh menyebabkan masalah dalam transaksi jual beli.


5. Pembaikan dan Kos Tambahan:

Anda mungkin perlu membayar kos tambahan untuk membetulkan atau mendapatkan permit bagi kerja yang telah dilakukan tanpa kebenaran.


Secara keseluruhannya, memohon permit membantu memastikan bahawa ubahsuai rumah anda adalah selamat, sah, dan berbaloi. Manakala membuat ubahsuai tanpa permit boleh mengakibatkan pelbagai isu yang mempengaruhi keselamatan, kewangan, dan nilai hartanah anda.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM


Friday, June 3, 2022

Ubahsuai rumah tanpa kelulusan PBT berdepan risiko keselamatan

 Ubah suai tanpa kelulusan PBT berdepan risiko keselamatan

NURUL HUDA HUSAIN | | 29 Mei 2022

Pengubahsuaian dengan membuat binaan tambahan bangunan sangat bahaya kalau tidak mengikut undang-undang. - Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Sarly


SHAH ALAM - Binaan tambahan bangunan terhadap rumah strata tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh dilakukan kerana ia boleh mendatangkan bahaya pengguna yang lain sekiranya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Pensyarah Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Sarly Adre Sarkum berkata, permohonan kepada PBT itu penting bagi membolehkan penilaian dilakukan sebelum kelulusan diberikan.

“(Pemilik rumah strata) tidak boleh membuat binaan tambahan kerana sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada PBT, maksudnya kita tidak boleh membuat (ubah suai rumah) tanpa meminta kebenaran kerana ada undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Kalau semua orang (katakanlah) boleh buat binaan tambahan di mana-mana ruang rumah, sebagai contoh di pintu depan dan menghalang laluan pihak lain, ia boleh memberi kesan kepada keselamatan.

“Jadi, pengubahsuaian dengan membuat binaan tambahan bangunan sangat bahaya kalau tidak mengikut undang-undang.

“Masyarakat juga harus faham apabila undang-undang diwujudkan, ia bukan dilakukan sesuka hati tetapi mengambil kira semua faktor khususnya keselamatan, pengudaraan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah sambungan terhadap rumah strata tidak boleh dibuat dan kesan kepada keselamatan pengguna lain.

Sarly Adre berkata, semua pihak perlu sedar bahawa setiap modifikasi rumah perlu melalui proses permohonan terlebih dahulu dengan PBT masing-masing.

“Kalau pemilik membuat binaan tambahan bangunan di kediaman masing-masing tanpa kebenaran pihak berkuasa maknanya tidak tidak ada sesiapa yang tahu apa yang pemilik itu lakukan dan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini siapa pula yang akan bertanggungjawab,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/204530/BERITA/Nasional/Ubah-suai-tanpa-kelulusan-PBT-berdepan-risiko-keselamatan

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Masalah Ubahsuai Rumah - Duduk Pangsapuri Tapi Bercita Rasa Banglo

 Duduk pangsapuri tapi bercita rasa banglo

IZWAN ROZLIN | | 01 Jun 2022

Unit di tingkat dua Flat Taman Dato Harun, Petaling Jaya yang diubah suai sehingga mengubah reka bentuk asal.

BARU-BARU ini tular beberapa keping gambar pengubahsuaian melampau yang dilakukan sesetengah pemilik pangsapuri di sekitar Lembah Klang yang mengundang kritikan netizen.

Gambar yang tular melibatkan kawasan pangsapuri di Taman Dato Harun, Petaling Jaya dan Flat UTM AU3/1, Ampang jelas menunjukkan ia diubah suai tanpa kebenaran malah berisiko kepada pemilik kediaman lain.

Pengubahsuaian yang dibuat bukan sahaja mengganggu struktur bangunan malah ia juga tidak melalui pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Akibatnya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terpaksa merobohkan binaan tambahan dan struktur binaan dibuat pemilik kediaman terbabit kerana tidak mendapat kelulusan.

MPAJ dalam kenyataannya memberitahu, tindakan mengubah suai rumah tanpa kelulusan mengikut Akta 133 dan Akta 757 bakal mendatangkan pelbagai risiko dan masalah kepada penduduk setempat.

Jelasnya, isu keselamatan penduduk sekitar perlu diambil kira, malah dikhuatiri pula boleh mengganggu kerja-kerja menyelamat sekiranya berlaku sebarang malapetaka seperti kebakaran dan sebagainya.

Kita perlu ingat kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 iaitu lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja.

Malah tindakan notis dan roboh serta-merta boleh dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik rumah yang melakukan pengubahsuaian tanpa mendapat kelulusan di kawasan pentadbiran.

Ini bukan soal hendak aniaya pemiliknya, semua orang ada impian mahu miliki rumah besar dan cantik, tapi sebelum lakukan pengubahsuaian kena periksa dan ambil tahu apakah pengubahsuaian yang akan dibuat itu nanti tidak akan mendatangkan masalah.

Baik pemilik pangsapuri ataupun rumah teres, jangan lakukan pengubahsuaian sewenang-wenangnya tanpa kelulusan.

Ini kerana bukan setakat mendatangkan bahaya kepada penghuninya malah turut menerima tempias risikonya melibatkan jiran satu blok atau sebelah rumah.

Jangan kerana sikap pentingkan diri, keselamatan seluruh kejiranan anda diperjudikan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/204961/ANALISIS-SEMASA/Duduk-pangsapuri-tapi-bercita-rasa-banglo

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Mutiara Pengubat Jiwa