Assalamualaikum &
Salam sejahtera. Kali
ini saya nak kongsikan satu case study rayuan ubahsuai rumah berkembar 1
tingkat di seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor D.E. yang telah saya
uruskan dari peringkat rayuan+rekabentuk+pelan+submission hingga mendapat
kelulusan dari MBSA.
Klien
telah melantik saya untuk menguruskan rayuan ubahsuai rumah & penyediaan pelan tambahan rumah ke MBSA. Klien ingin
mengubahsuai rumah di bahagian tepi & belakang yang melebihi had anjakan
yang dibenarkan. Saya telah menyediakan surat rayuan & lakaran pelan tambahan rumah
tersebut & kemukakan ke MBSA pada 22/12/2016.
Surat rayuan yang telah dikemukakan ke MBSA |
Sementara
menunggu MBSA menjawab rayuan kepada klien, saya telah membuat proposal
rekabentuk tambahan ubahsuai rumah yang dikehendaki oleh klien seperti dibawah;
Contoh rekabentuk tambahan ubahsuai rumah semidi seksyen 30 |
1.
Dalam masa yang sama, setiap minggu saya akan buat semakan rayuan sebanyak 2
kali di MBSA. Pada 24/1/2017, MBSA telah keluarkan surat jawapan kepada rayuan
& membenarkan klien membuat tambahan
melebihi had anjakan seperti yang diminta; dengan syarat melantik akitek/perunding
untuk menguruskan kerja2 tersebut & membayar sejumlah denda kerana membuat
tambahan melebihi had yang dibenarkan.
Surat jawapan MBSA kepada rayuan ubahsuai rumah |
2.
Selepas mendapat jawapan dari MBSA, saya telah menyediakan pelan detail drawing @ submission drawing bersaiz A1. Kerja2
penyediaan pelan mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Pelan yang siap telah
dicetak dan ditandatangani oleh klien. Pelan2 yang disediakan adalah seperti
dibawah;
Pelan detail drawing saiz A1 untuk dikemukakan ke MBSA |
3.
Pelan yang lengkap bersama dokumen2 kemudian dikemukakan ke MBSA;
-
Hari pertama ; 1st submission hasil semakan MBSA didapati ada perkara2 teknikel
yang perlu dibaiki/tambah dalam pelan. Saya kembali ke ofis & membaiki
pelan2 tersebut.
-
Hari ke-2 - 2nd submission hasil semakan MBSA didapati ada lagi sedikit
pembaikan yang perlu dibuat kepada pelan. Saya kembali ke ofis & membaiki
pelan2 tersebut.
-
Hari ke-3 - 3rd submission hasil semakan MBSA didapati pelan2 telah
lengkap diperbetulkan dan terus diproses oleh pegawai di kaunter.
4.
Bil proses pelan/denda dikeluarkan selepas pelan2 diproses & saya terus
membayar semua bil2 tersebut dengan wang yang diamanahkan oleh klien. MBSA
kemudian menyerahkan notis/surat pengambilan pelan lulus yang memaklumkan tarikh/masa untuk saya
datang mengambil pelan lulus & permit mulakerja.
Alhamdulillah,
pada 4pm bertarikh 8/2/2017, pihak MBSA telah mengeluarkan pelan lulus, surat
lulus & permit mula kerja. Saya telah mengambil dokumen2 tersebut &
menyerahkan kepada klien bersama resit2 proses pelan yang telah dibayar kepada
MBSA. Dibawah adalah dokumen kelulusan yang telah dikeluarkan MBSA.
a.
Dalam case study ini, nama klien & alamat tidak dinyatakan untuk menjaga
privasi klien saya.
b.
Rayuan ubahsuai rumah melebihi had anjakan jika dibenarkan MBSA akan dikenakan denda 20x ganda mengikut jumlah bil proses pelan yang dikira
berdasarkan keluasan tambahan rumah yang melebihi had anjakan.
c.
Jumlah wang untuk bayaran bil/denda MBSA perlu diserahkan oleh klien kepada
perunding atau akitek anda pada hari submission untuk membayar fee MBSA jika
pelan diproses pada hari yang sama atau esok harinya. MBSA berhak menolak
submission pelan jika ada pembetulan yang perlu dibuat kepada pelan & perlu
dikemukakan pada hari yang lain.
d.
Walaupun MBSA menjamin kelulusan pelan
dalam 1hari, hal ini hanya berlaku jika PELAN YANG DIKEMUKAKAN ADALAH 100% PERFECT & TIADA CACAT CELA!
Bagi akitek@perunding yang biasa mengemukakan pelan2 ke pihak majlis, tiada jaminan bahawa pelan yang dikemukakan pada 1st
submission akan terus diproses & mendapat kelulusan dihari yang sama.
Semasa pelan disemak dengan teliti oleh pegawai di kaunter, biasanya akan ada
perkara2 teknikel dalam pelan yang perlu dibetulkan atau dokumen2 yang tidak
cukup perlu ditambah oleh klien.
Dalam hal ini pelan2 akan dibawa pulang,
dibaiki semula oleh perunding & dikemukakan ke MBSA pada lain hari sehingga
pihak MBSA berpuashati dengan pelan/dokumen yang telah lengkap diperbaiki maka
barulah pelan akan diproses untuk
kelulusan.
Jika
anda ingin mengubahsuai rumah melebihi
had anjakan yang dibenarkan, anda perlu membuat rayuan & melantik perunding/akitek untuk menguruskan
kerja2 tersebut hingga ke peringkat submission & mendapat kelulusan pihak
majlis.
Masa yang diambil untuk semua urusan di atas mungkin sekitar 2-3 bulan
atau lebih, bergantung kepada macam2 hal terutama jika ada banyak hari cuti
umum atau jika klien banyak membuat pindaan kepada rekabentuk pelan atau lain2 hal yang tidak dijangka. Jadi anda
& perunding/akitek perlu berbincang & merancang sebaik2nya tempoh untuk
mendapatkan kelulusan pelan sebelum memulakan
kerja ubahsuai rumah.
Diharap
tips & panduan ubahsuai rumah
kali ini memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin mengubahsuai rumah melebihi
had anjakan yang dibenarkan. Jumpa lagi dalam post yang akan datang &
selamat mengubahsuai rumah anda!