Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Monday, November 26, 2012

MBSA Bekukan Permohonan Rayuan Ubahsuai Rumah Melebihi Had Anjakan


Assalamualaikum & Salam sejahtera! Berita gempar yang akan menjimatkan kos ubahsuai rumah! MBSA Bekukan Permohonan Rayuan Ubahsuai Rumah Melebihi Had Anjakan buat sementara waktu! 

Saya telah pergi ke Jabatan Bangunan, MBSA pada 26/11/2012 untuk urusan 'plan submission' dan juga membuat semakan kepada rayuan yang telah dikemukakan ke MBSA bagi pihak klien. Dua orang klien saya telah membuat permohonan untuk mengubahsuai rumah 1 tingkat menjadi 2 tingkat, jadi seperti biasa saya telah mengemukakan surat rayuan disertakan lakaran pelan cadangan ke MBSA pada bulan lepas.

Mengikut pengalaman saya, biasanya MBSA akan berikan kebenaran untuk ubahsuai rumah 1 tingkat menjadi 2 tingkat dengan syarat-syarat tambahan dan surat jawapan MBSA biasanya akan dihantar kepada klien melalui pos atau saya sebagai wakil akan mengambil surat ini di MBSA.

Tapi agak terkejut juga bila 2 surat jawapan MBSA yang saya ambil memaklumkan bahawa pihak MBSA telah membekukan semua permohonan ubahsuai yang melebihi had anjakan yang dibenarkan. Saya dimaklumkan bahawa pihak majlis sedang berusaha untuk menyediakan garispanduan terbaru dalam masa yang terdekat ini. Jadi jika anda masih ingin buat permohonan ubahsuai melebihi had yang dibenarkan, kenalah tunggu ya! 

Gambar dibawah adalah salah satu contoh surat jawapan MBSA; nama & alamat klien serta nombor fail surat saya padam untuk privasi klien saya.




AWAT JADI LAGU NI HAA?

Pihak MBSA memaklumkan bahawa tujuan pembekuan permohonan ini adalah disebabkan oleh faktor keselamatan yang telah dicetuskan oleh isu rumah roboh di seksyen 7 dan seksyen 27. Isu rumah roboh di seksyen 7 Shah Alam telah diketahui ramai melalui media, tapi kes rumah roboh di seksyen 27 tidak disebarkan oleh media. 

Saya difahamkan bahawa dalam kes rumah roboh di seksyen 27, pemilik telah membuat rayuan untuk tambahan rumah bahagian belakang melebihi anjakan dan telah diluluskan oleh MBSA. Tapi selepas ubahsuai siap dibina, berlaku kejadian tanah runtuh dibelakang rumah tersebut dan merosakkan tambahan yang baru dibina.

Jadi MBSA telah bertindak membekukan semua rayuan & permohonan ubahsuai rumah yang melebihi had anjakan atas faktor keselamatan untuk mengelakkan sebarang komplikasi & kemalangan yang akan merugikan pemilik rumah dari aspek nyawa dan harta.

ADA BERITA BAIK!

Walaubagaimanapun, saya dimaklumkan bahawa MBSA masih membenarkan permohonan ubahsuai rumah biasa yang menepati had anjakan yang dibenarkan. Permohonan seperti ini tak perlu buat surat rayuan, hanya lantik akitek/perunding untuk sediakan pelan dan kemukakan ke MBSA untuk mendapat kelulusan 1 hari macam prosedur biasa.

Saya harap berita terbaru yang terkini lagi sensasi ini (hahaha) akan menjadi panduan untuk para pemilik rumah di Shah Alam membuat persediaan sebelum mengubahsuai rumah anda. Insya-Allah, jumpa lagi dalam post yang akan datang!

p/s - Saya & klien tengah pening ni sebab design pelan nak kena rombak semula kerana dalam surat tu MBSA tak kasi buat lebih dari had anjakan...poning palo den...

Monday, November 19, 2012

Kos Ubahsuai Rumah - Contractor Pro Mudahkan Kerja Mengira Kos Pembinaan Projek Anda!




 

Anda tengah pening kepala macamana nak kira bajet kos untuk mengubahsuai rumah anda? Jangan risau beb, sebab Perisian Contractor Pro akan membantu setelkan masalah anda!

Amende Perisian Contractor Pro ni brader?

Perisian Contractor Pro ini dibangunkan oleh jurutera perisian bersama seorang kontraktor berpengalaman yang amat memahami keperluan seorang kontraktor binaan dan beliau tahu apa yang diperlukan untuk berjaya dalam bisnes sebagai kontraktor ubahsuai & pembinaan.

Terdapat banyak manfaat dalam program perisian Contractor Pro ini, dan ia dibangunkan untuk membantu orang awam yang ingin mengira kos anggaran untuk mengubahsuai rumah sebelum melantik kontraktor binaan. Perisian Contractor Pro amat berguna untuk para kontraktor yang bergiat dalam sektor pembinaan untuk memudahkan kerja susunatur jadual pembinaan, penyenaraian klien, membuat senarai pembekal bahan binaan dan membuat anggaran kos pembinaan serta pengiraan kos ubahsuai rumah klien.

Perisian Desktop Pro juga menawarkan semua keperluan yang diperlukan untuk membantu para kontraktor dalam menguruskan perniagaan dan membina pangkalan data pelanggan mereka. Harga perisian Contractor Pro adalah amat berpatutan dan mampu dimiliki jika dibandingkan dengan perisian 'estimate' yang lain.

Siapa yang sesuai menggunakan perisian Contractor Pro ini?

 
Contractor Pro amat mudah digunakan & amat wajib dimiliki oleh para kontraktor, akitek, perunding reka, pereka dalaman atau sesiapa sahaja yang bergiat dalam bidang rekabentuk/pembinaan yang ingin mempercepatkan kerja-kerja membuat anggaran kos untuk bahan binaan, kerja pembinaan & ubahsuai bangunan.
Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana perisian Contractor Pro dapat membantu anda membuat anggaran kos pembinaan atau kos ubahsuai rumah anda, sila layari lamanweb http://www.ContractorProSoftware.net.tf

Mutiara Pengubat Jiwa