Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Tuesday, June 30, 2015

Had Tambahan Ubahsuai Rumah di Shah Alam V.2

Assalamualaikum & salam sejahtera! Merujuk kepada artikel yang lalu, terkini saya telah menyediakan tambahan 4 video visual 3d lakaran kasar had anjakan ubahsuai rumah yang dibenarkan oleh MBSA. Dalam empat video di bawah, semua had anjakan bangunan bagi tambahan rumah yang ditunjukkan adalah sama dengan rumah jenis 1 tingkat atau 2 tingkat.

Paparan video dibawah menunjukkan had ubahsuai rumah bagi;

1. Rumah banglo jenis lot tepi @ corner lot
2. Rumah banglo jenis middle-lot
3. Rumah teres 1 tingkat kepada 2 tingkat jenis lot tengah (middle lot)
4. Rumah teres 1 tingkat kepada 2 tingkat jenis lot tepi @ corner lot










Saya juga telah menyediakan blog khas untuk rujukan had tambahan ubahsuai rumah bagi kawasan Shah Alam & anda boleh melayarinya di sini ;

==> http://had-ubahsuai-rumah.blogspot.com

Saya harap paparan video di atas dapat memberi penjelasan tentang had ubahsuai rumah yang dibenarkan oleh MBSA bagi kawasan Shah Alam. Jika ada sebarang pertanyaan tentang had ubahsuai rumah yang tidak saya paparkan dalam blog ini, anda boleh hantar pertanyaan anda ke emel pelukispelan1@gmail.com & insyaAllah saya akan cuba menjawabnya sekadar mampu.

Diharap tips ubahsuai rumah kali ini akan memberi manfaat kepada semua pembaca blog & jumpa lagi dalam post yang akan datang, insyaAllah. Selamat berpuasa & selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!



Sunday, June 21, 2015

Had Anjakan Tambahan Ubahsuai Rumah di Shah Alam kawasan MBSA


Assalamualaikum & Salam sejahtera! Anda nak ubahsuai rumah tapi masih pening dengan had ubahsuai yang dibenarkan MBSA? Ramai lagi yang masih keliru tentang had tambahan ubahsuai rumah yang dibenarkan oleh MBSA bagi kawasan perumahan di Shah Alam. Untuk membantu anda mendapatkan gambaran yang jelas tentang had tambahan ubahsuai rumah di Shah Alam, saya telah menyediakan 4 video visual 3d lakaran kasar had anjakan ubahsuai rumah yang dibenarkan oleh MBSA.

Paparan video dibawah menunjukkan had ubahsuai rumah bagi;

1. Rumah teres jenis lot tepi @ corner lot
2. Rumah teres jenis lot tepi @ end-lot (middle-lot)
3. Rumah berkembar @ semidi jenis middle-lot
4. Rumah banglo jenis middle-lot










KLIK SINI UNTUK MENONTON VIDEO HAD TAMBAHAN UBAHSUAI BAGI 7 JENIS RUMAH


Dalam empat video di atas, walaupun saya tunjukkan semuanya mengenai had tambahan rumah jenis 1 tingkat, had anjakan bangunan bagi tambahan rumah yang ditunjukkan adalah sama dengan rumah jenis 2 tingkat.

Saya harap paparan video di atas dapat menjelaskan dengan terang tentang had ubahsuai rumah yang dibenarkan oleh MBSA. Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan sediakan lagi paparan video tentang had tambahan ubahsuai rumah lain seperti had ubahsuai rumah end-lot lorong tepi, rumah semidi-kluster, rumah zero-lot, rumah banglo jenis lot-tepi dan sebagainya. 


Diharap tips ubahsuai rumah kali ini akan memberi manfaat kepada semua pembaca blog & jumpa lagi dalam post yang akan datang, insyaAllah. Selamat berpuasa & selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK UBAHSUAI RUMAH & PENYEDIAAN PELAN KE MBSA

Monday, June 15, 2015

Dapatkan Kelulusan Ubahsuai Rumah dengan Pelan Setara MBSA @ Buku Standard Plan MBSA


http://www.PelukisPelan.co.nr

Maklumat tentang Pelan Setara MBSA

Assalamualaikum & salam sejahtera! Beberapa hari lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan & di kesempatan ini saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca Muslimin & Muslimat!

Anda ingin ubahsuai rumah, tapi nak jimat duit dari membayar kos pelan ubahsuai rumah tanpa melantik akitek/pelukispelan? Jangan risau bos! Gunakan Pelan Setara MBSA @ Standard Plan MBSA sahaja & dapatkan kelulusan pelan ubahsuai rumah dalam 1 hari!

Apakah kelebihan Pelan Setara MBSA @ Standard Plan MBSA?
 

Ianya mudah, anda sebagai pemilik rumah boleh beli buku Pelan Setara MBSA @ Standard Plan MBSA di tingkat 8 MBSA, harganya rm50 sahaja. Sewaktu pembelian, anda akan diterangkan cara2 mengisi borang/gambarajah tambahan rumah dalam buku Pelan Setara MBSA @ Standard Plan MBSA. Kemudian anda boleh isi borang & submit sendiri ke kaunter bersama dokumen2 yang diperlukan.

Apa dokumen yang diperlukan untuk submit bersama Pelan Setara MBSA

 
Dalam buku Pelan Setara MBSA sudah disediakan borang/gambarajah ubahsuai rumah yang anda boleh pilih dan isi, selebihnya dokumen tambahan yang perlu anda sediakan adalah seperti salinan kad pengenalan, cukai pintu, dokumen jualbeli rumah, salinan CF rumah asal & gambar rumah sediada.Jika semua dokumen & borang sudah lengkap diisi, submit ke Jabatan Bangunan MBSA tingkat 8 & insyaAllah anda akan dapat kelulusan ubahsuai rumah dalam masa 1 hari.
 

Kelemahan Pelan Setara MBSA @ Standard Plan MBSA
 
1. Hanya boleh digunakan oleh pemilik rumah jenis intermediate/lot-tengah & tidak boleh digunakan untuk mendapatkan kelulusan ubahsuai rumah bagi rumah tepi/endlot/semidi/banglo

 
2. Dokumen kelulusan Standard Plan MBSA tidak boleh digunakan untuk membuat loan ubahsuai rumah, dalam hal ini anda perlu melantik akitek/pelukispelan untuk menyediakan pelan ubahsuai rumah tersebut & submit ke MBSA & kemudian salinan pelan lulus bersaiz A1 disertakan surat lulus/permit boleh digunakan untuk memohon loan ubahsuai rumah.


3. Kelulusan ubahsuai rumah dengan Standard Plan MBSA tidak diberikan CF/CCC selepas rumah siap dibina, jadi risiko ditanggung sendiri oleh pemilik rumah. Dibandingkan dengan prodesur permohonan ubahsuai rumah yang mendapat kelulusan melalui pelan yang dilukis akitek/pelukispelan, perunding akan menjaga tapak ubahsuai rumah hingga siap dibina & mendapatkan CCC/CF dari MBSA selepas MBSA membuat pemeriksaan tapak.


Kenapa saya tak sediakan khidmat uruskan permohonan Standard Plan MBSA bagi pihak klien?

 
Standard Plan MBSA hanya boleh diuruskan oleh pemilik rumah sendiri dan saya tak mahu ambil kesempatan dengan membebankan klien dalam prosedur yang mereka boleh uruskan sendiri & dapat jimat kos. Dalam hal ini walaupun saya tak dapat untung dari fee perkhidmatan, tapi saya yakin dengan berkongsi maklumat percuma & menyelesaikan masalah orang lain maka Tuhan akan murahkan rezeki saya insyaAllah.

Saya harap artikel kali ini dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mengubahsuai rumah jenis lot tengah dengan menggunakan Standard Plan MBSA. Jumpa lagi & selamat menjalani ibadah berpuasa!

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH & SUBMISSION KE MBSA


Mutiara Pengubat Jiwa