Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Wednesday, May 6, 2015

Panduan & Tips Rayuan Ubahsuai Balkoni Melebihi Had Anjakan Bangunan di Shah Alam



Contoh rekabentuk tambahan balkoni kepada rumah endlot 2 tingkat

Assalamualaikum & salam sejahtera! Kali ini saya nak kongsikan satu 'case study' bagaimana saya telah menguruskan rayuan ubahsuai Balkoni Melebihi Had Anjakan Bangunan hingga pelan dikemukakan & mendapat kelulusan ubahsuai dari MBSA. Dalam artikel ini, nama & alamat penuh klien tidak saya paparkan untuk menjaga privasi beliau, kecuali jenis rumah & seksyen lokasi rumah di Shah Alam.

Klien saya adalah pemilik rumah teres 2 tingkat jenis endlot di seksyen 32 & ingin mengubahsuai rumah bahagian hadapan, tepi, atas & bawah. Ubahsuai bahagian tepi tiada masalah kerana masih dalam had anjakan yang dibenarkan, cuma klien ingin membina balkoni melebihi had anjakan depan 20'. Dibawah adalah kronologi kerja yang saya uruskan dari bulan Januari hingga Mac 2015 ;

JANUARI 2015
- Klien melantik saya sebagai perunding rekabentuk ubahsuai rumah beliau di seksyen 32
- beliau ingin mengubahsuai balkoni melebihi had anjakan & minta saya uruskan rayuan tersebut
- Saya sediakan surat rayuan ubahsuai balkoni disertakan lakaran kasar pelan & submit ke MBSA
- dalam tempoh 14 hari saya ulang-alik ke MBSA untuk follow-up status rayuan
- MBSA keluarkan jawapan kepada rayuan; dibenarkan ubahsuai balkoni melebihi had dengan syarat yang ketat
- dibawah adalah surat rayuan dari klien yang telah dikemukakan & surat jawapan dari MBSA

Surat rayuan ke MBSA

Surat jawapan MBSA kepada rayuan ubahsuai
Pandangan sisi had anjakan melebihi 20' yang dibenarkan oleh MBSA selepas rayuan

- selepas mendapat surat jawapan dari MBSA, merujuk kepada had ubahsuai yang dibenarkan dalam surat tersebut, baru saya sediakan cadangan rekabentuk ubahsuai kepada klien dalam bentuk pelan 2d & 3d.
- Dibawah adalah video 3d cadangan pertama design ubahsuai rumah tersebut kepada klien saya.




FEBRUARI 2015
- suka dimaklumkan bahawa rekabentuk ubahsuai dalam video di atas telah dipinda sebanyak 3 kali dan klien bersetuju dengan design flat roof bagi tambahan depan & tepi.
- semua pelan rekabentuk ubahsuai dalam 2d/3d dihantar kepada klien melalui emel untuk semakan beliau
- selepas rekabentuk terakhir disemak oleh klien & dipersetujui, baru saya sediakan pelan ubahsuai sebenar bersaiz A1 dengan detail drawing yang lengkap untuk dikemukakan ke MBSA
- pelan submission siap & saya emel kepada klien untuk semakan beliau sebelum dicetak

MAC 2015
- Pelan dicetak & ditandatangani oleh klien sebelum submission ke MBSA.
- Klien serahkan semua dokumen2 yang diperlukan beserta bayaran proses pelan MBSA
- Pelan dikemukakan ke MBSA; 2 kali saya resubmit pelan selepas disemak MBSA & buat pembetulan atas pelan & akhirnya pelan mendapat kelulusan ubahsuai serta permit kerja seperti gambar dibawah. 2 kali submission dibuat pada hari berlainan selepas pelan2 dibaiki.



www.PelukisPelan.co.nr
Pelan telah diluluskan MBSA


NOTA PENTING
Rayuan ubahsuai balkoni melebihi had anjakan
seperti kes diatas jika dibenarkan oleh MBSA akan dikenakan syarat yang ketat, antaranya pemilik rumah perlu mendapatkan kebenaran dari jiran sebelah rumah, membayar denda & mematuhi syarat pelan yang telah diluluskan sewaktu pembinaan. 

Sebarang ubahsuai yang melencong dari kelulusan pelan mempunyai risiko akan dirobohkan. Jadi selepas mendapat kelulusan ubahsuai, patuhilah syarat yang dikenakan untuk keselamatan & kebaikan anda serta jiran sekeliling. 

Saya harap panduan & tips ubahsuai rumah kali ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin membuat ubahsuai balkoni di kawasan Shah Alam. Terimakasih kerana sudi membaca blog ini & selamat mengubahsuai rumah anda!

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK UBAHSUAI RUMAH & SUBMISSION PELAN KE MBSA

Mutiara Pengubat Jiwa