Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Friday, December 5, 2014

Ubahsuai Rumah 2 Tingkat ke 3 Tingkat di Shah Alam

Contoh ubahsuai rumah 2 tingkat ke 3 tingkat

Assalamualaikum & salam sejahtera! Terimakasih kerana masih sudi mengunjungi blog yang kerdil ini.... Kali ini saya nak bincangkan masalah ubahsuai rumah di Shah Alam, bolehkah Ubahsuai Rumah 2 Tingkat Jadi 3 Tingkat? Nak tau jawapannya; sila baca artikel case study dibawah sampai habis, kalau tak baca nanti tak laku pulak blog ni hehehehe...

Case Study Ubahsuai Rumah 2 Tingkat Jadi 3 Tingkat di Shah Alam

Ogos 2014
- Klien melantik saya untuk menguruskan pelan ubahsuai rumah teres 2 tingkat lot tepi di seksyen U13 & beliau bercadang untuk membuat tambahan rumah bahagian depan, tepi & tambahan loteng serta stor tangki air di atas bumbung flat roof sediada.
- Tambahan rumah bahagian tepi/depan takda masalah, tapi saya maklumkan bahawa untuk tambahan loteng serta stor tangki air di atas bumbung flat roof sediada perlu buat rayuan ke MBSA & jika dibenarkan baru saya boleh sediakan pelan untuk dikemukakan ke MBSA.
- Saya sediakan surat rayuan & ditandatangani klien & saya submit bersama lakaran pelan ubahsuai ke MBSA.

September 2014
- MBSA keluarkan surat jawapan kepada rayuan. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tambahan rumah bahagian depan & tepi 2 tingkat dibenarkan
- TAPI dukacita dimaklumkan bahawa tambahan loteng baru & stor tangki air tidak dibenarkan menjadi 3 tingkat.
- Selepas mendapat surat jawapan dari MBSA, saya buat temujanji di MBSA & berbincang dengan pegawai in-charge ubahsuai rumah seksyen U13.
- Hasil perbincangan tersebut, klien hanya dibenarkan membuat stor tangki air terbuka dengan flat roof & grill sahaja dan tidak dibenarkan membuat bilik loteng dengan tangga bersambung ke tingkat 2 dibawah. Bumbung stor tangki air tidak dibenarkan melebihi paras bumbung asal rumah.
- Klien setuju dengan syarat tersebut & saya mulakan kerja-kerja penyediaan pelan ke MBSA bermula Oktober 2014.

Dibawah ini adalah video rekabentuk ubahsuai rumah seksyen U13 yang saya cadangkan kepada klien merujuk kepada tambahan yang dibenarkan MBSA. 




November 2014
- Pelan siap dicetak & ditandatangani klien & telah dikemukakan ke MBSA
- 1st submission; Pelan telah disemak & dikomen oleh pegawai & perlu buat pembetulan/pindaan ke-1
- 2nd submission; Pelan telah disemak & dikomen oleh pegawai & perlu buat pembetulan/pindaan ke-2
- 3rd submission; Pelan telah disemak & diterima oleh MBSA, bil dikeluarkan & bayaran dibuat di kaunter G, MBSA
- Suka dimaklumkan bahawa submission plan di atas adalah 3x dalam 3 hari berasingan kerana saya perlu membawa pulang pelan2 untuk dibaiki/dipinda
- Dibawah adalah gambar surat akuan pelan diterima oleh MBSA & saya perlu datang hari berikutnya untuk mengambil pelan lulus & permit ubahsuai rumah.



Surat akuan pelan diterima MBSA


Akhirnya MBSA keluarkan permit ubahsuai rumah & pelan lulus dibawah! Alhamdulillah...



Jawapan kepada soalan; Bolehkah Ubahsuai Rumah 2 Tingkat Jadi 3 Tingkat di Shah Alam?

Ya dan tidak! Ya jika ubahsuai tersebut dibenarkan selepas rayuan anda diterima MBSA, tidak jika rayuan kena rejek! hehehe jangan marah nanti kena jual daaa. Ringkas cerita, jika anda perlu tambahan 3 tingkat, buat rayuan dulu ke MBSA & kemukakan sebab2 yang munasabah dalam surat tersebut beserta lakaran kasar saiz A4 tambahan 3 tingkat yang dicadangkan & submit ke tingkat 8, Jabatan Bangunan MBSA.

Saya harap tips ubahsuai rumah kali ini dapat membantu anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Jumpa lagi & selamat mengubahsuai rumah anda di tahun 2015!




Friday, September 12, 2014

Had Tambahan Ubahsuai Rumah Berkembar di Shah Alam

Assalamualaikum & salam sejahtera! Berapakah had anjakan tambahan ubahsuai rumah berkembar yang dibenarkan oleh MBSA di kawasan Shah Alam? Sila rujuk grafik dibawah ;



HAD UBAHSUAI RUMAH BERKEMBAR

Bagi rumah berkembar jenis lot tengah yang berkongsi pagar dengan jiran sebelah seperti grafik di atas, had tambahan rumah yang dibenarkan MBSA ialah;
- bahagian depan hingga 20' anjakan
- bahagian tepi hingga 10' anjakan
- bahagian belakang hingga 10' anjakan


Sila layari http://imosdesign.tripod.com/id1.html untuk melihat had anjakan bagi ubahsuai rumah berkembar jenis lot tepi.

Contoh had ubahsuai rumah berkembar adalah seperti video dibawah. Pelan bagi rumah berkembar di seksyen 9 ini telah mendapat kelulusan dari MBSA selepas pelan dikemukakan pada bulan Julai 2014.



TIPS TAMBAHAN
Jika anda ingin mengubahsuai rumah melebihi had anjakan yang dibenarkan kerana sebab2 tertentu, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan;
- buat lakaran pelan kasar tambahan yang dicadangkan
- sediakan surat rayuan & nyatakan sebab ubahsuai tersebut dibuat
- kemukakan kedua2nya ke tingkat 8, MBSA


InsyaAllah rayuan anda akan dijawab oleh MBSA dalam masa 14 hari bekerja; tapi belum tentu rayuan anda akan disokong & dibenarkan oleh MBSA! Jumpa lagi dalam post akan datang & selamat mengubahsuai rumah anda.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK & PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Friday, August 8, 2014

Belajar Cara Bertukang Kayu & Bina Perabot Sendiri



http://www.howtobuildanything.info/?hop=izwan73
Belajar cara bertukang kayu & bina perabot sendiri

Assalamualaikum & salam sejahtera! Nak jimat duit & buat kabinet dapur sendiri? Jom belajar bertukang kayu! Bertukang kayu bukan hanya hobi semata-mata, ia adalah satu cara yang baik untuk berehat sambil membina sesuatu yang cantik & bermanfaat. 


Ada pelbagai teknik bertukang kayu yang apabila digabungkan akan memudahkan anda mempelajari cara bertukang kayu walaupun anda orang baru belajar dan anda akan berkeyakinan untuk membuat kerja-kerja bertukang yang lebih rumit.

Sama ada anda berminat dalam bidang pertukangan kayu semata-mata untuk mengubahsuai rumah anda sendiri, membuat kabinet atau perabot rumah atau anda ingin masuk ke dalam profesion dalam pekerjaan komersial, terdapat pelbagai cara anda boleh belajar bertukang dalam industri pertukangan. Jika anda lebih suka belajar dari rumah, ilmu bertukang kayu boleh didapati melalui pelbagai jenis media. Anda juga boleh berhubung dengan orang baru dalam bidang pertukangan dan pakar-pakar dalam bertukang kayu secara online melalui forum dan persatuan.

Berikut adalah beberapa tips sebagai langkah awal untuk belajar cara bertukang kayu ;

1. Beli buku panduan cara bertukang kayu atau video panduan bertukang kayu dan bina perpustakaan sebagai rujukan di rumah anda sendiri. Kumpulkan seberapa banyak maklumat yang anda boleh sebelum membeli sebarang alat bertukang.

2. Bina koleksi alat bertukang anda dengan memulakan dengan peralatan asas bagi kerja kayu. Pertimbangkan untuk beli alat bertukang yang sesuai & sepadan dengan projek kecil yang anda akan mulakan. Mulakan dengan kit toolbox yang mudah dan beli alat-alat pertukangan yang anda perlukan untuk projek tersebut; semasa anda sedang membina perabot atau apa sahaja anda akan dapati bahawa anda akan beli pelbagai alat pertukangan tambahan dari masa ke semasa.

3. Mulakan latihan bertukang kayu dengan menggunakan papan kayu murah atau sisa papan kayu dan mahirkan diri dengan membina rangka asas perabot/kabinet sebelum beralih kepada kerja pertukangan yang lebih rumit. Kesilapan yang anda lakukan dalam kerja asas pertukangan ini akan membantu mengelakkan kesilapan yang mungkin berlaku semasa anda mula bertukang dengan menggunakan bahan/kayu yang lebih mahal.

4. Untuk mantapkan ilmu & kemahiran bertukang anda, cari kelas pertukangan di kolej komuniti kawasan anda atau mana-mana kelas pertukangan yang mengenakan yuran berpatutan. Sesiapa sahaja boleh belajar bertukang di Kolej Komuniti dengan yuran yang rendah walaupun ilmu tersebut hanya untuk kegunaan peribadi atau untuk berniaga. Banyak kolej komuniti menawarkan pelbagai kursus & pelbagai peringkat kemahiran dalam bidang kerja kayu.

5. Hubungi jabatan pendidikan masyarakat & komuniti di kawasan anda dan minta senarai kelas pertukangan kayu yang ada ditawarkan melalui sistem pendidikan peringkat kemahiran. Terdapat banyak program pendidikan komuniti yang menawarkan kelas kemahiran kerja kayu untuk semua peringkat umur yang berminat.

6. Cari dalam internet kumpulan/grup yang minat dalam hobi bertukang & kerja kayu di kawasan anda. Ramai tukang kayu menyertai kelab-kelab/forum atau organisasi direka khas untuk kemahiran mereka dan anda boleh sertai mereka untuk bertukar pendapat dan menimba ilmu pertukangan yang baru.

7. Cari maklumat tentang ilmu pertukangan & kerja kayu di perpustakaan tempatan anda dan dapatkan maklumat mengenai persatuan kerja kayu dan cara untuk menghubungi mereka.

BAHAN RUJUKAN YANG DISYORKAN;


Dibawah adalah bahan bacaan yang disyorkan sebagai rujukan & boleh dimuatturun ke komputer anda ;

1. Woodworking Profits - Panduan ini sesuai untuk belajar asas bertukang kayu dan anda diajar langkah demi langkah bertukang & memulakan bisnes pertukangan dengan modal kecil & bengkel yang kecil.
2. Teds Woodworking Plans - Panduan ini sesuai untuk anda yang dah mahir asas bertukang kayu & terdapat lebih 16,000 pelan & gambarajah perabot & kerja kayu untuk rujukan idea anda dalam merekabentuk & membina perabot anda sendiri.
3. My Shed Plans - Panduan ini menyenaraikan lebih 12,000 pelan/gambarajah untuk membina shed/stor & pelbagai rekabentuk perabot; sesuai bagi yang dah mahir asas bertukang kayu.
4. Joe's Deck Plans - Panduan ini mempunyai lebih 2440 pelan rujukan untuk pembinaan kerja kayu bagi membina perabot & binaan kerja kayu yang lebih kompleks di luar rumah.

Diharap semua tips yang dikongsikan akan membantu anda belajar bertukang kayu hingga mahir & mampu menjadikan hobi anda sebagai jalan untuk buat duit! Selamat bertukang kayu!


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK & PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA HINGGA MENDAPAT KELULUSAN PELAN


Saturday, July 12, 2014

Software Rekabentuk Rumah - Tips Memilih Perisian Rekabentuk Rumah



Anda teringin untuk merekabentuk rumah sendiri? Boleh! Tak perlu susah payah masuk U & belajar senibina! Ada banyak software Rekabentuk Rumah dalam internet yang percuma dan boleh dibeli dengan harga yang murah. Software atau perisian Rekabentuk Rumah yang mudah digunakan ini mudah dipelajari, hanya pilih/susun pelan rumah, drag & drop sahaja model perabot/tingkap/pintu tanpa perlu belajar melukis seperti perisian mahal yang digunakan akitek/jurutera.

Terdapat banyak aspek yang perlu difikirkan dalam perancangan untuk merekabentuk rumah impian anda, jadi anda perlu perisian reka bentuk yang serba boleh. Anda ingin perisian yang cukup canggih untuk mereka bentuk butiran terbaik pelan rumah anda, tetapi anda juga mahu perisian untuk mudah digunakan yang mempunyai sampel pelan rumah dan template bilik & model perabot. Yang terbaik adalah perisian reka bentuk rumah yang bukan sahaja mempunyai semua tools untuk rekabentuk @ ubahsuai sepenuhnya rumah anda tetapi juga mempunyai tools untuk rekabentuk landskap rumah anda.

Ciri-ciri perisian rekabentuk rumah
Sama ada anda seorang awam yang tak pandai baca pelan atau pengguna perisian rekabentuk rumah canggih, anda tentu mahukan perisian yang mudah untuk digunakan. Satu perisian mudah mampu memberi anda keupayaan untuk merekabentuk rumah impian anda dari mula sampai siap dengan pelan susunatur & visual 3D. Perisian yang mempunyai pelbagai contoh pelan rumah boleh membantu anda membiasakan diri dengan tools/template perisian tersebut dan juga memberikan anda idea untuk pelan lantai rumah anda.

Perisian reka bentuk rumah yang baik akan menawarkan tools yang memberi anda kebebasan rekabentuk maksima dalam setiap perincian, termasuk kesan lampu dan reka bentuk landskap. Kebanyakan software rekabentuk rumah yang terbaik menyediakan tools penganggar kos untuk memberikan anda anggaran berapa banyak kos yang diperlukan bagi menyiapkan projek pembinaan rumah anda.

Keupayaan untuk melihat hasil rekabentuk rumah anda adalah satu aspek penting dalam mana-mana perisian rekabentuk rumah. Kebanyakan aplikasi membenarkan anda untuk melihat rumah anda dalam bentuk 2D ​​dan 3D. Yang terbaik adalah perisian rekabentuk rumah yang membolehkan anda menetapkan sudut kamera seolah-olah anda boleh terbang & meneroka sebuah model digital 3D rumah anda.

Tools Rekabentuk & Pembinaan
Dalam merekabentuk rumah anda sendiri, anda memerlukan perisian dengan alat untuk memudahkan proses tersebut. Alat-alat seperti tools rekabentuk bumbung dan rangka rumah akan menjadikan proses reka bentuk lebih mudah. Tools ini juga membolehkan anda menambah sentuhan peribadi untuk reka bentuk rumah anda. Anda boleh menambah skim warna dan tekstur sama dengan bahan yang anda ingin tambah ke rumah anda. Selain itu, anda boleh menggunakan perisian untuk menggabungkan topografi rumah anda untuk melihat bagaimana rumah anda akan kelihatan di persekitarannya.

Perpustakaan Model Objek
Perisian yang mempunyai perpustakaan objek/model/perabot yang banyak adalah penting untuk melengkapkan reka bentuk anda. Perisian yang bagus mempunyai perpustakaan yang menawarkan beratus-ratus objek bagi rekabentuk dalaman dan luaran rumah anda. Perpustakaan model tumbuhan juga penting kerana ia membolehkan anda untuk membuat halaman berlandskap dengan jenis tumbuhan yang anda mahu. Banyak aplikasi reka bentuk rumah membolehkan anda untuk mengimport 2D atau gambar 3D ke dalam reka bentuk anda supaya anda boleh mempunyai gambar keluarga anda di dinding, lorong atau kabinet rumah yang dibuat di dalam bilik tidur anda.

Bantuan & Sokongan
Perisian reka bentuk rumah yang baik akan menawarkan bantuan dan sokongan yang jelas kepada anda, seperti panduan langkah-demi-langkah cara menggunakan perisian tersebut melalui ebook atau video. Maklumat dalam fail bantuan dan tutorial sepatutnya mudah untuk difahami dan tersusun. Pilihlah pengeluar perisian yang menawarkan bantuan telefon dan sokongan e-mel. Perisian tersebut perlu ada Forum pengguna, manual pengguna dan lain-lain sumber-sumber sokongan berharga untuk membantu anda jika anda mempunyai masalah semasa menggunakan perisian tersebut.

KESIMPULAN
Perisian rekabentuk rumah atau software rekabentuk rumah adalah alat bantuan yang berharga dalam membantu anda merancang untuk membina rumah anda. Ia menjimatkan masa & mampu merancang rekabentuk rumah serta bajet pembinaan rumah sekaligus membantu anda menjimatkan kos pembinaan. Rekabentuk rumah yang anda buat sendiri ini boleh dicadangkan kepada akitek/perunding yang akan menyediakan pelan pembinaan sebenar yang lebih terperinci untuk dikemukakan ke PBT bagi mendapat kelulusan pembinaan @ ubahsuai rumah.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI & SUBMISSION KE MBSA HINGGA LULUS

Tuesday, June 10, 2014

Borang Permohonan Ubahsuai Rumah MBSA Shah Alam

Contoh Borang Semakan Permohonan Ubahsuai Rumah MBSA Shah Alam

Assalamualaikum & salam sejahtera!  
Terimakasih kerana mengunjungi blog ini. Jika anda seorang pemilik rumah d Shah Alam & ingin mengubahsuai rumah, tentu anda membuat carian online tentang prosedur & Borang Permohonan Ubahsuai Rumah dari MBSA di Shah Alam. Dukacita dimaklumkan bahawa borang tersebut hanya boleh dibeli di MBSA secara offline di kaunter Jabatan Bangunan Tingkat 8, MBSA.

Borang tersebut adalah dalam 1 set lengkap setebal 5mm-10mm dan mengandungi beberapa set borang/dokumen lain yang perlu di isi sebelum dikemukakan bersama pelan ubahsuai rumah ke MBSA oleh akitek/perunding yang anda lantik.

Borang/dokumen ini semuanya akan dibeli & diisi oleh akitek/perunding, jadi anda tak perlu susah payah menguruskan hal tersebut. Hanya cari akitek/perunding, lantik mereka & semuanya akan diuruskan A-Z hingga pelan ubahsuai rumah anda mendapat permit & kelulusan ubahsuai rumah.

AWAS!
Dalam borang tersebut walaupun dinyatakan dengan jelas perkara/dokumen yang perlu disediakan oleh pemilik untuk dikemukakan ke MBSA, namun mengikut pengalaman saya ada perkara yang TIDAK dijelaskan dalam borang tersebut; maksud saya jika dokumen yang diminta tidak ada, bagaimana anda nak selesaikan masalah ni?

APA DOKUMEN YANG MBSA MINTA TAPI KADANG2 TAK ADA!?
Dibawah adalah senarai dokumen untuk dikemukakan bersama pelan ubahsuai ke MBSA, tapi kadang2 pemilik rumah gagal menyediakannya atas sebab2 yang tertentu. Jadi saya sertakan bersama dibawah cara untuk selesaikan masalah tersebut;

a. Cukai pintu tiada sebab rumah baru dapat CF - Bawa S&P dokumen/ic & sila ke Jabatan Penilaian tkt.2 lif B di MBSA & maklumkan masalah rumah anda tiada cukai pintu, isi borang & submit & anda akan diberikan surat pengesahan rumah belum dinilai.

b. Rumah tiada CF - Rumah lama dah siap lebih 20 tahun tiada CF seperti rumah kos rendah & rumah kelompok di seksyen 17, 18 & 19. Buat surat akuan ringkas mengesahkan bahawa rumah anda tiada CF sejak 20 tahun lalu & sertakan salinan S&P sebagai bukti.

c. Surat kebenaran jiran - Jiran pulak degil taknak bagi kebenaran ubahsuai & sign surat/borang! Jadi anda boleh buat surat akujanji bertanggungjawab atas ubahsuai yang melibatkan struktur bersebelahan rumah jiran seperti porch, pagar etc.

d. Tandatangan Pemilik atas pelan - Jika tandatangan berbeza seperti dalam S&P dokumen, pemilik rumah perlu sediakan surat pengesahan bahawa tandatangan adalah dari pemilik asal; hal ni biasanya terjadi jika klien saya adalah otai pencen & dah lama tak sign dokumen2.

e. Surat akuan kematian - Biasanya surat ini MBSA akan minta jika dalam permohonan ubahsuai rumah ada 2 pemilik & 1 pemilik dah gol (gol tu mati daa).

NAK DAPATKAN KELULUSAN PELAN UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM?
Senang sahaja, cari & lantik akitek/perunding yang berpengalaman mengemukakan pelan ke MBSA hingga lulus & semuanya akan beres insyaAllah! Jumpa lagi dalam post yang akan datang!


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK & PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Monday, May 12, 2014

Masalah Ubahsuai Rumah - Wajib Sediakan Pintu Keluar Belakang Rumah


Assalamualaikum & salam sejahtera! Kali ini saya nak kongsi satu masalah ubahsuai rumah di Shah Alam iaitu 'Kewajiban Menyediakan Pintu Keluar di Belakang Rumah'. Hal ini adalah berkaitan dengan mana-mana rumah yang mempunyai jalan 5' @ 10' dibelakang rumah.

Pada bulan April 2014, saya telah mengemukakan pelan ubahsuai rumah ke MBSA bagi klien saya yang ingin mengubahsuai rumah teres 2 tingkat jenis end-lot di seksyen U16, Shah Alam. 


Semasa submission pertama, pelan-pelan telah disemak & didapati beberapa perkara perlu ditambah & dibaiki dalam pelan. Gambar dibawah adalah komen dari MBSA terhadap pelan tersebut. Perhatikan komen nombor 4, MBSA arahkan supaya dikekalkan @ dibuat baru pintu keluar ke jalan belakang (nama & alamat klien dipadamkan untuk menjaga privasi klien).


http://www.PelukisPelan.co.nr
Borang komen dari MBSA

http://www.PelukisPelan.co.nr
Pelan menunjukkan tiada pintu keluar ke belakang

Saya kemudian pulang ke pejabat, baiki pelan-pelan tersebut, cetak semula, minta klien sign atas pelan & pada hari berikutnya saya re-submit semula ke MBSA. Dibawah adalah pelan bahagian belakang yang telah dibaiki & disediakan pintu keluar ke belakang ;




Alhamdulillah selepas submission ke-2, pelan telah diterima dan mendapat kelulusan ubahsuai rumah & permit mulakerja seperti dibawah.





http://www.PelukisPelan.co.nr
 
KESIMPULAN & PENGAJARAN
Jika anda ingin mengubahsuai bahagian belakang rumah & mempunyai jalan 5' @ 10' 'service lane' dibelakang rumah, sila kekalkan pintu belakang sediada atau tambah pintu keluar ke belakang kerana ini adalah 'fire exit' yang diwajibkan oleh MBSA untuk keselamatan anda.

Jumpa lagi & selamat mengubahsuai rumah anda.
KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK & PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Sunday, May 4, 2014

Ubahsuai Rumah Shah Alam - MBSA ambil alih khidmat Tong Roro Alam Flora

http://www.PelukisPelan.co.nr

Assalamualaikum & salam sejahtera! Dah lama saya tak menulis dalam blog ini; saya doakan anda para pengunjung blog dalam keadaan sihat belaka insyaAllah, amin! Ringkas cerita, pada 2 Mei 2014 Jumaat petang saya ke Jabatan Bangunan, tingkat 8 MBSA untuk mengemukakan pelan bagi klien saya yang ingin mengubahsuai rumah beliau di seksyen 30.

Alhamdulillah hasil semakan pegawai di kaunter didapati semua dokumen yang saya kemukakan adalah lengkap; tapi takleh submit jugak sebab hari dah petang & MBSA hanya proses pelan waktu pagi sahaja; aaarggh! Jadi kena datang semula hari Isnin pagi...


Cuma ada perkara baru yang telah dipinda oleh MBSA dan berkuatkuasa pada 1 Mei 2014 dan hal ini dimaklumkan melalui notis yang telah ditampal di tingkat 8 serta disahkan oleh staf yang bertugas pada hari tersebut. Dibawah adalah snapshot notis yang saya ambil di MBSA.


http://www.PelukisPelan.co.nr

Bermula pada 1 Mei 2014, khidmat Penyediaan Tong RORO Alam Flora telah diambil alih oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar MBSA.

Biasanya dalam prosedur ubahsuai rumah di Shah Alam yang terdahulu, klien perlu menandatangani 4 helai borang Alam Flora & sediakan deposit RM1000 untuk khidmat penyewaan tong roro bagi mengumpul sisa bahan binaan. Borang ini akan dikemukakan ke MBSA oleh akitek/perunding bersama pelan ubahsuai rumah. Borang lama tersebut adalah seperti dibawah;



Jadi selepas mendapat maklumat ini dari Jabatan Bangunan tingkat 8, saya terus ke tingkat 4, Jabatan Perkhidmatan Bandar untuk mendapat maklumat lanjut. Saya difahamkan oleh pegawai kaunter Jabatan Perkhidmatan Bandar bahawa prosedur ini masih baru dan belum di'implementasi'kan sistem tersebut antara Jabatan Bangunan & Jabatan Perkhidmatan Bandar.

Oleh kerana masalah diatas, buat masa ini mana-mana akitek/perunding yang mengemukakan pelan ubahsuai ke MBSA & mendapat kelulusan ubahsuai pada awal Mei ini adalah terkecuali dari membayar deposit tong roro sebanyak RM1000. Yahooo jimat duit beb!

NANTI SAT! JANGAN DOK YAKYAKYEY LAGI!
Jabatan Perkhidmatan Bandar telah mengeluarkan borang sewaan tong roro yang baru dan jumlah deposit yang perlu dibayar adalah tinggi sikit aje, iaitu RM1270 hehe...borang tersebut adalah seperti dibawah;



NASIHAT SAYA
Dalam masa yang terdekat ini, jika anda ingin jimat kos dari bayar sewa tong roro, cepat2 lantik akitek/perunding untuk submit plan ke MBSA dan terus dapatkan kelulusan ubahsuai rumah & jimat duit anda! Jumpa lagi dalam post yang akan datang & selamat mengubahsuai rumah anda!


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH & SUBMISSION KE MBSA

Mutiara Pengubat Jiwa