Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Friday, March 24, 2017

Case Study - Rayuan Ubahsuai Rumah Berkembar 1 Tingkat di Seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam.



Assalamualaikum & Salam sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan satu case study rayuan ubahsuai rumah berkembar 1 tingkat di seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor D.E. yang telah saya uruskan dari peringkat rayuan+rekabentuk+pelan+submission hingga mendapat kelulusan dari MBSA.


Klien telah melantik saya untuk menguruskan rayuan ubahsuai rumah & penyediaan pelan tambahan rumah ke MBSA. Klien ingin mengubahsuai rumah di bahagian tepi & belakang yang melebihi had anjakan yang dibenarkan. Saya telah menyediakan surat rayuan & lakaran pelan tambahan tersebut & kemukakan ke MBSA pada 22/12/2016.


Surat rayuan yang telah dikemukakan ke MBSA


Sementara menunggu MBSA menjawab rayuan kepada klien, saya telah membuat proposal rekabentuk tambahan ubahsuai rumah yang dikehendaki oleh klien seperti dibawah;

Contoh rekabentuk tambahan ubahsuai rumah semidi seksyen 30

1. Dalam masa yang sama, setiap minggu saya akan buat semakan rayuan sebanyak 2 kali di MBSA. Pada 24/1/2016, MBSA telah keluarkan surat jawapan kepada rayuan & membenarkan klien membuat tambahan melebihi had anjakan seperti yang diminta; dengan syarat melantik akitek/perunding untuk menguruskan kerja2 tersebut & membayar sejumlah denda kerana membuat tambahan melebihi had yang dibenarkan

Surat jawapan MBSA kepada rayuan ubahsuai rumah

2. Selepas mendapat jawapan dari MBSA, saya telah menyediakan pelan detail drawing @ submission drawing bersaiz A1. Kerja2 penyediaan pelan mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Pelan yang siap telah dicetak dan ditandatangani oleh klien. Pelan2 yang disediakan adalah seperti dibawah;

Pelan detail drawing saiz A1 untuk dikemukakan ke MBSA

3. Pelan yang lengkap bersama dokumen2 kemudian dikemukakan ke MBSA; 
 
- Hari pertama ; 1st submission hasil semakan MBSA didapati ada perkara2 teknikel yang perlu dibaiki/tambah dalam pelan. Saya kembali ke ofis & membaiki pelan2 tersebut.
- Hari ke-2 - 2nd submission hasil semakan MBSA didapati ada lagi sedikit pembaikan yang perlu dibuat kepada pelan. Saya kembali ke ofis & membaiki pelan2 tersebut.
- Hari ke-3 - 3rd submission hasil semakan MBSA didapati pelan2 telah lengkap diperbetulkan dan terus diproses oleh pegawai di kaunter. 

4. Bil proses pelan/denda dikeluarkan selepas pelan2 diproses & saya terus membayar semua bil2 tersebut dengan wang yang diamanahkan oleh klien. MBSA kemudian menyerahkan notis/surat pengambilan pelan lulus yang memaklumkan tarikh/masa untuk saya datang mengambil pelan lulus & permit mulakerja.


Alhamdulillah, pada 4pm bertarikh 8/2/2016, pihak MBSA telah mengeluarkan pelan lulus, surat lulus & permit mula kerja. Saya telah mengambil dokumen2 tersebut & menyerahkan kepada klien bersama resit2 proses pelan yang telah dibayar kepada MBSA. Dibawah adalah dokumen kelulusan yang telah dikeluarkan MBSA.

Pelan lulus & permit mulakerja MBSA


a. Dalam case study ini, nama klien & alamat tidak dinyatakan untuk menjaga privasi klien saya.

b. Rayuan ubahsuai rumah melebihi had anjakan jika dibenarkan MBSA akan dikenakan denda 20x ganda mengikut jumlah bil proses pelan yang dikira berdasarkan keluasan tambahan rumah yang melebihi had anjakan.

c. Jumlah wang untuk bayaran bil/denda MBSA perlu diserahkan oleh klien kepada perunding atau akitek anda pada hari submission untuk membayar fee MBSA jika pelan diproses pada hari yang sama atau esok harinya. MBSA berhak menolak submission pelan jika ada pembetulan yang perlu dibuat kepada pelan & perlu dikemukakan pada hari yang lain.
 
d. Walaupun MBSA menjamin kelulusan pelan dalam 1hari, hal ini hanya berlaku jika PELAN YANG DIKEMUKAKAN ADALAH 100% PERFECT & TIADA CACAT CELA! 
Bagi akitek@perunding yang biasa mengemukakan pelan2 ke pihak majlis, tiada jaminan bahawa pelan yang dikemukakan pada 1st submission akan terus diproses & mendapat kelulusan dihari yang sama. Semasa pelan disemak dengan teliti oleh pegawai di kaunter, biasanya akan ada perkara2 teknikel dalam pelan yang perlu dibetulkan atau dokumen2 yang tidak cukup perlu ditambah oleh klien. 

Dalam hal ini pelan2 akan dibawa pulang, dibaiki semula oleh perunding & dikemukakan ke MBSA pada lain hari sehingga pihak MBSA berpuashati dengan pelan/dokumen yang telah lengkap diperbaiki maka barulah pelan akan diproses untuk kelulusan.


Jika anda ingin mengubahsuai rumah melebihi had anjakan yang dibenarkan, anda perlu membuat rayuan & melantik perunding/akitek untuk menguruskan kerja2 tersebut hingga ke peringkat submission & mendapat kelulusan pihak majlis. 

Masa yang diambil untuk semua urusan di atas mungkin sekitar 2-3 bulan atau lebih, bergantung kepada macam2 hal terutama jika ada banyak hari cuti umum atau jika klien banyak membuat pindaan kepada rekabentuk pelan atau lain2 hal yang tidak dijangka. Jadi anda & perunding/akitek perlu berbincang & merancang sebaik2nya tempoh untuk mendapatkan kelulusan pelan sebelum memulakan kerja ubahsuai rumah.

Diharap tips & panduan ubahsuai rumah kali ini memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin mengubahsuai rumah melebihi had anjakan yang dibenarkan. Jumpa lagi dalam post yang akan datang & selamat mengubahsuai rumah anda!


Mutiara Pengubat Jiwa