Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Wednesday, July 28, 2021

Prosedur Urusan di MBSA Semasa Lockdown PKP3.0 mulai 21 Julai 2021

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kepada klien & pembaca blog, saya ingin update keadaan semasa sekarang jika ingin berurusan dengan MBSA.  Anda perlu buat temujanji via borang online & hanya dibenarkan datang ke MBSA pada tarikh/masa yang diberikan. MBSA telah keluarkan notis panduan berurusan di kaunter MBSA bermula tarikh 21 Julai 2021 seperti dibawah, 



Jadi pengunjung yang ingin berurusan di MBSA perlu membuat temujanji dengan mengisi borang pada link di bawah ;

==> BORANG TEMUJANJI URUSAN MBSA <==


Peraturan yang digariskan untuk buat temujanji urusan di MBSA

Saya telah membuat temujanji MBSA tapi cuma dibenarkan berurusan tentang permit partition, permit awning, permit kabin & shed sementara sahaja. Urusan pelan ubahsuai rumah masih belum dibuka lagi!


MBSA hanya buka urusan permit sahaja
tapi urusan pelan ubahsuai rumah belum dibuka

MAKLUMAT PENTING - Urusan Pelan Ubahsuai Rumah MBSA Masih Belum di Buka

Sehingga tarikh artikel ini ditulis dalam blog pada 28/07/2021, semua urusan berkaitan dengan ubahsuai rumah di Jabatan Bangunan seperti ;

a. urusan semakan rayuan ubahsuai rumah, 

b. urusan submission plan ubahsuai rumah & banglo baru

c. urusan submission pindaan pelan yang telah disemak MBSA

dimaklumkan bahawa semua urusan a, b, c, di atas masih belum dibuka lagi kepada perunding yang mempunyai urusan pelan ubahsuai rumah.


SAYA MINTA MAAF KEPADA SEMUA KLIEN

Dengan rendah diri, saya mohon maaf kepada semua klien yang telah melantik saya kerana hingga kini sejak lockdown PKP3.0 bulan Mei 2021, saya tak dapat kemukakan pelan baru atau submit pelan pindaan ke MBSA. Saya juga tak dapat buat semakan rayuan ubahsuai rumah yang telah dikemukan ke MBSA.


URUSAN YANG DIBENARKAN DI JABATAN BANGUNAN MBSA

Buat masa ini Jabatan Bangunan hanya benarkan urusan yang berkaitan permit sahaja seperti permohonan permit bangunan sementara, permit partition kedai/kilang, permit awning/kabin dan permohonan lanjut tempoh permit.

Permohonan permit kelulusan pelan ubahsuai rumah masih belum dibuka lagi.


KENAPA PERMOHONAN PERMIT KELULUSAN PELAN MASIH BELUM DIBUKA MBSA?

Pada pandangan saya, mungkin hal ini berkaitan dengan SOP projek tapak pembinaan dimana kerajaan ingin mengelakkan berlaku kes COVID19 melalui kluster buruh binaan & pekerja kontrak yang bekerja di tapak pembinaan rumah @ bangunan.


BILA BOLEH KEMUKAKAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA?

Saya dimaklumkan bahawa MBSA hanya akan membuka kebenaran untuk urusan pelan ubahsuai rumah bergantung kepada kebenaran daripada pihak kerajaan negeri Selangor @ kerajaan Malaysia jika kes COVID19 telah turun dan kelonggaran diberikan kepada pembukaan urusan projek pembinaan kecil seperti projek ubahsuai rumah.


CADANGAN SAYA

Buat masa ini, saya harap pihak klien & orang ramai yang ingin berurusan dengan Jabatan Bangunan MBSA berkaitan hal ubahsuai rumah dapat bersabar dan kita tunggu sahaja arahan atau maklumat dari pihak kerajaan. Dalam masa yang sama insyaAllah saya akan update apa2 maklumat yang berkaitan dalam blog ini insyaAllah. Tuan/puan pengunjung blog boleh juga emelkan maklumat terkini MBSA jika ada ke pelukispelan1@gmail.com supaya boleh saya update dalam blog ini.

Terimakasih kerana bersabar & sama-sama kita berdoa agar musibah wabak COVID19 ini segera berakhir supaya kita dapat menjalani hidup seperti biasa. Jumpa lagi dalam blog post akan datang & stay safe!

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK & PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH DI KAWASAN SHAH ALAM


Mutiara Pengubat Jiwa