| Contoh penyediaan visual 3d rekabentuk ubahsuai rumah lot tepi seksyen 19 Shah Alam |
Assalamualaikum & salam sejahtera! Waktu artikel ini ditulis hari Jumaat 20 Mac 2026, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu 21 Mac 2026. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!
Kali ini saya nak bincang tentang masalah ubahsuai rumah di kawasan Shah Alam; selepas pelan dikemukakan ke MBSA, berapa lama tempoh masa menunggu untuk mendapatkan kelulusan pelan ubahsuai rumah?
Sebelum itu, anda perlu tahu aliran proses yang dilalui untuk mendapat kelulusan pelan ubahsuai rumah dari MBSA seperti dibawah ;
PROSES PENYEDIAAN PELAN & KEMUKAKAN PELAN HINGGA MENDAPAT KELULUSAN
1. Melantik perunding (akitek @ pelukis pelan)
2. Perunding sediakan proposal pelan 2d & visual 3d rekabentuk ubahsuai rumah untuk semakan klien (2 minggu)
3. Penyediaan detail drawing pelan submission selepas klien setuju dengan pelan & rekabentuk (2 minggu)
4. Penyediaan pelan struktur oleh jurutera ; jika ubahsuai melibatkan tambahan 2 tingkat (1 minggu)
5. Kemukakan pelan secara online ke One-stop-centre MBSA (tunggu 7 hari)
6. Terima bil proses pelan, bil permit & bil tong roro dari MBSA; klien transfer duit kepada perunding untuk bayar di MBSA,
7. MBSA beri tarikh temujanji untuk submission ke kaunter selepas bayaran dibuat.
8. Perunding kemukakan pelan & dokumen hardcopy ke kaunter OSC MBSA pada tarikh temujanji (tunggu 14-30 hari selepas submission)
9. Selepas MBSA semak pelan, perunding ambil ulasan pelan & buat pindaan/pembetulan kepada pelan (1 minggu) dan buat temujanji tarikh kemukakan pelan pindaan pada pegawai yang proses pelan.
10. Perunding hadir temujanji kemukakan pelan pindaan kepada pada pegawai untuk proses kelulusan (tunggu kelulusan 14hari-30hari)
11. Perunding semak notis kelulusan online, jika lulus boleh terus ambil di MBSA.
Secara ringkas, dibawah ini saya kongsikan tempoh masa 3 pelan ubahsuai rumah yang saya uruskan dari penyediaan pelan, submission hingga mendapat kelulusan dari MBSA;
1. KELULUSAN PELAN UBAHSUAI RUMAH TERES 2 TINGKAT LOT TEPI SEKSYEN 32 SHAH ALAM
1a. Foto dibawah menunjukkan pelan & dokumen telah dikemukakan online ke lamanweb OSC MBSA pada tarikh 8-10-2025
1b. Selepas submission online disemak, OSC keluarkan bil proses plan, bil permit letak bahan binaan & bil tong roro untuk dibayar klien. Lepas bayaran dibuat, OSC akan beri tarikh temujanji untuk kemukakan pelan+dokumen hardcopy ke kaunter OSC MBSA.
Foto dibawah menunjukkan pelan hardcopy telah dikemukakan di kaunter OSC MBSA pada tarikh 21-10-2025
1c. Foto dibawah menunjukkan pelan yang diluluskan oleh MBSA pada tarikh 5 Januari 2026
1d. Jangkamasa mendapat kelulusan pelan ubahsuai rumah seksyen 32 di atas dari tarikh submission online hingga pelan diluluskan adalah sekitar 4 bulan.
2. KELULUSAN PELAN UBAHSUAI RUMAH TERES SETINGKAT LOT TEPI SEKSYEN 18 SHAH ALAM
2a. Foto dibawah menunjukkan pelan & dokumen telah dikemukakan online ke lamanweb OSC MBSA pada tarikh 6-10-2025
2b. Selepas submission online disemak, OSC keluarkan bil proses plan, bil permit letak bahan binaan & bil tong roro untuk dibayar klien.
Lepas bayaran dibuat, OSC akan beri tarikh temujanji untuk kemukakan pelan+dokumen hardcopy ke kaunter OSC MBSA.
Foto dibawah menunjukkan pelan hardcopy telah dikemukakan di kaunter OSC MBSA pada tarikh 21-10-2025.
2c. Foto dibawah menunjukkan pelan yang diluluskan oleh MBSA pada tarikh 16 Januari 2026
2d. Jangkamasa mendapat kelulusan pelan ubahsuai rumah seksyen 18 dari tarikh submission online hingga pelan diluluskan adalah sekitar 4 bulan.
3. KELULUSAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KLUSTER 2 TINGKAT DI SEKSYEN 35 SHAH ALAM
3a. Foto dibawah menunjukkan pelan & dokumen telah dikemukakan online ke lamanweb OSC MBSA pada tarikh 19-9-2025.
3b. Selepas submission online disemak, OSC keluarkan bil proses plan, bil permit letak bahan binaan & bil tong roro untuk dibayar klien.
Lepas bayaran dibuat, OSC akan beri tarikh temujanji untuk kemukakan pelan+dokumen hardcopy ke kaunter OSC MBSA.
Foto dibawah menunjukkan pelan hardcopy telah dikemukakan di kaunter OSC MBSA pada tarikh 3-10-2025
3c. Foto dibawah menunjukkan pelan yang diluluskan dikeluarkan oleh MBSA pada tarikh 19 Januari 2026.
3d. Jangkamasa mendapat kelulusan pelan ubahsuai rumah kluster seksyen 35 dari tarikh submission online hingga pelan diluluskan adalah sekitar 4 bulan.
NOTA PENTING ; Nama & alamat rumah klien, nombor fail pelan serta nama pegawai MBSA saya padamkan untuk menjaga privasi klien & staf MBSA
BANDINGKAN TEMPOH KELULUSAN PELAN MBSA;
1. Proses permohonan kelulusan pelan terdahulu sebelum sistem OSC MBSA; 1-2 bulan
klik sini ==> https://proseskelulusanpelan.blogspot.com/2023/10/case-study-proses-permohonan-kelulusan_69.html
2. Proses permohonan kelulusan pelan terkini melalui sistem OSC MBSA; 3-4 bulan
KESIMPULAN
a. Kelulusan pelan ubahsuai rumah di Shah Alam mengambil masa lebih kurang 4 bulan untuk dikeluarkan oleh MBSA selepas pelan dikemukakan oleh perunding.
b. Saya cadangkan agar anda rancang tempoh masa penyediaan pelan ubahsuai rumah anda, contohnya jika anda ingin ubahsuai rumah pada bulan Disember 2026, anda perlu lantik perunding pada bulan Julai@Ogos 2026 untuk sediakan pelan ubahsuai rumah & kemukakan pelan ke MBSA pada bulan September 2026 untuk mendapatkan kelulusan pada bulan Disember 2026 atau Januari 2027.
Saya harap artikel kali ini membantu pemilik rumah di Shah Alam untuk merancang tempoh masa untuk mengubahsuai rumah anda. Jumpa lagi dalam artikel akan datang & selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!
KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA




