Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!
create your own banner at mybannermaker.com!

HAD UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM

HASIL KERJA IMOS

Showing posts with label majlis daerah. Show all posts
Showing posts with label majlis daerah. Show all posts

Wednesday, June 11, 2025

Kenapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lewat mengeluarkan kelulusan pelan ubahsuai rumah setelah pelan dikemukakan ke PBT?

 

Submit ke Majlis Perbandaran Planet Zargus untuk kelulusan pelan cepat!


Kenapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lewat mengeluarkan kelulusan pelan ubahsuai rumah setelah pelan dikemukakan ke PBT?

Assalamualaikum & salam sejahtera! Banyak klien saya yang bertanya, kenapa PBT lambat keluarkan permit kelulusan pelan sampai berbulan-bulan ya?

Terdapat beberapa sebab mengapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lewat mengeluarkan kelulusan pelan ubahsuai rumah setelah pelan dikemukakan. Berikut adalah antara sebab-sebab lazim:


1. Dokumen Tidak Lengkap atau Tidak Mengikut Piawaian

Pelan yang dikemukakan mungkin tidak lengkap, tidak mengikut spesifikasi teknikal yang ditetapkan, atau tidak mematuhi Garis Panduan PBT.

Contohnya, kekurangan dokumen sokongan seperti salinan hak milik, surat kebenaran tuan tanah, atau pelan arkitek yang tidak disahkan.


2. Pemeriksaan Teknikal Memerlukan Masa

PBT perlu mendapatkan ulasan teknikal dari pelbagai jabatan seperti:

  • Jabatan Kejuruteraan
  • Jabatan Perancang Bandar
  • Jabatan Bangunan
  • Bomba (jika berkaitan)

Kadang-kadang ada keperluan untuk lawatan tapak sebelum kelulusan diberi.


3. Beban Kerja PBT yang Tinggi

Permohonan yang diterima oleh PBT mungkin sangat banyak, tetapi kakitangan dan pegawai terhad.

Proses semakan mungkin tertangguh kerana keutamaan diberikan kepada projek yang lebih besar atau mendesak.


4. Isu Perundangan atau Zon

Pelan ubah suai mungkin melibatkan kawasan rizab, sempadan lot, atau bertentangan dengan zoning (zon guna tanah).

Ini memerlukan semakan lanjut, rundingan, atau pindaan sebelum boleh diluluskan.


5. Kegagalan Mengikuti Proses atau Respons Lambat dari Pemohon

Kadang-kadang PBT telah memberi komen atau permintaan untuk pembetulan, tetapi pemohon lambat memberi maklum balas atau membuat pindaan.

Setiap pembetulan pelan yang dibaiki oleh perunding (akitek@pelukis pelan) akan dikemukakan semula dan memanjangkan tempoh semakan oleh pegawai di PBT.


6. Gangguan Sistem atau Isu Dalaman

Sistem permohonan dalam talian (seperti OSC Online) mengalami gangguan teknikal.

Atau berlaku isu dalaman seperti mesyuarat jawatankuasa ditangguh, pertukaran pegawai, dsb.


Cadangan

Jika anda menghadapi kelewatan:

  • Semak status permohonan secara dalam talian atau hubungi terus PBT.
  • Pastikan dokumen lengkap dan terkini.
  • Rujuk arkitek atau pelukis pelan anda untuk mempercepat pembetulan jika perlu
  • Buat surat rasmi kepada PBT untuk mendapatkan maklum balas bertulis jika terlalu lama.


    ADA PERTANYAAN KEPADA PBT ANDA?

    Jika anda ada pertanyaan berkaitan masalah ubahsuai rumah di kawasan PBT anda, boleh hubungi PBT di kawasan anda, sila klik link ini untuk melihat senarai PBT di Selangor.


    KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM


    Friday, June 3, 2022

    Ubahsuai rumah tanpa kelulusan PBT berdepan risiko keselamatan

     Ubah suai tanpa kelulusan PBT berdepan risiko keselamatan

    NURUL HUDA HUSAIN | | 29 Mei 2022

    Pengubahsuaian dengan membuat binaan tambahan bangunan sangat bahaya kalau tidak mengikut undang-undang. - Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Sarly


    SHAH ALAM - Binaan tambahan bangunan terhadap rumah strata tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh dilakukan kerana ia boleh mendatangkan bahaya pengguna yang lain sekiranya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

    Pensyarah Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Sarly Adre Sarkum berkata, permohonan kepada PBT itu penting bagi membolehkan penilaian dilakukan sebelum kelulusan diberikan.

    “(Pemilik rumah strata) tidak boleh membuat binaan tambahan kerana sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada PBT, maksudnya kita tidak boleh membuat (ubah suai rumah) tanpa meminta kebenaran kerana ada undang-undang yang perlu dipatuhi.

    “Kalau semua orang (katakanlah) boleh buat binaan tambahan di mana-mana ruang rumah, sebagai contoh di pintu depan dan menghalang laluan pihak lain, ia boleh memberi kesan kepada keselamatan.

    “Jadi, pengubahsuaian dengan membuat binaan tambahan bangunan sangat bahaya kalau tidak mengikut undang-undang.

    “Masyarakat juga harus faham apabila undang-undang diwujudkan, ia bukan dilakukan sesuka hati tetapi mengambil kira semua faktor khususnya keselamatan, pengudaraan dan sebagainya,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah sambungan terhadap rumah strata tidak boleh dibuat dan kesan kepada keselamatan pengguna lain.

    Sarly Adre berkata, semua pihak perlu sedar bahawa setiap modifikasi rumah perlu melalui proses permohonan terlebih dahulu dengan PBT masing-masing.

    “Kalau pemilik membuat binaan tambahan bangunan di kediaman masing-masing tanpa kebenaran pihak berkuasa maknanya tidak tidak ada sesiapa yang tahu apa yang pemilik itu lakukan dan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini siapa pula yang akan bertanggungjawab,” katanya.

    Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/204530/BERITA/Nasional/Ubah-suai-tanpa-kelulusan-PBT-berdepan-risiko-keselamatan

    © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

    KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

    Mutiara Pengubat Jiwa