Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!

Saturday, June 11, 2011

Stor Kayu - 5 Tips Bagaimana Membina Stor Kayu Sendiri & Jimat Wang!


Assalamualaikum & Salam sejahtera!

Ramai orang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh membina sendiri Stor Kayu di belakang rumah tanpa membeli Stor Kayu yang mahal giller di kedai-kedai! Ya, dengan adanya internet, hal ini menjadi mudah kerana terdapat ribuan pelan Stor Kayu yang lengkap dengan panduan membina Stor Kayu langkah-demi-langkah. Anda boleh beli pelan Stor Kayu secara online atau download percuma dari internet. Dalam post kali ini, saya nak kongsi 5 tips ringkas bagaimana anda boleh membina Stor Kayu sendiri.


Ada sesetengah orang merasakan bahawa membina Stor Kayu adalah mudah dan boleh dibuat secara hentam keromo! Jadi golongan ini pergi ke kedai hardware, beli beberapa alatan pertukangan dan beberapa papan kayu lalu balik ke rumah serta mula membina sendiri Stor Kayu secara main bedal aje! TIDAK! Ini prosedur yang kurang tepat!

Jika anda ingin membina Stor Kayu yang cantik, kemas dan tahan lama, anda WAJIB merujuk kepada pelan Stor Kayu yang menggariskan langkah-demi-langkah cara membina Stor Kayu dengan betul. Dengan merujuk kepada pelan Stor Kayu barulah hasil pertukangan anda menjadi kemas dan anda akan bangga dengan hasil kerja anda! Jiran-jiran yang melihat hasil kerja anda pun mungkin akan mengupah anda membina stor kayu untuk mereka! Boleh buat duit $$$$ beb!

OK, Berhenti berangan!
Berikut adalah antara langkah yang perlu anda lakukan;

1. Lokasi Stor Kayu

Anda mesti bermula dengan menentukan di mana lokasi Stor Kayu yang sesuai di laman rumah anda; di belakang, depan atau di tepi rumah? Pastikan anda mencari sudut dan lokasi Stor Kayu yang sesuai dan kedudukan Stor Kayu tersebut tidak mengganggu pagar rumah jiran atau melanggar undang-undang bangunan pihak majlis daerah kawan perumahan anda.


2. Bahan Tapak Asas Stor Kayu

Langkah berikutnya ialah menentukan bahan 'foundation' atau tapak asas bagi menempatkan Stor Kayu anda. Nak guna Konkrit slab? Atau tapak kayu? Hal ini terpulang kepada anda, tapi ingat jika anda bercadang untuk memindahkan Stor Kayu tersebut, tapak kayu boleh dibuka/dipindahkan dengan mudah. Manakala tapak konkrit akan kekal dan perlu dipecahkan. Banyak rekabentuk Stor Kayu sekarang dibina dengan menggunakan tapak 'foundation' kayu yang kemas dan baik dari segi ketahanan dsb.

3. Jenis Rekabentuk Stor Kayu
Setelah memilih lokasi dan jenis 'foundation' yang akan anda gunakan untuk meletakkan Stor Kayu anda, sekarang anda perlu memilih pelan rekabentuk Stor Kayu yang anda inginkan. Ada banyak pelan rekabentuk Stor Kayu online, contohnya dari sebuah Stor Kayu yang bersaiz sederhana berbentuk 4 segi hinggalah rekabentuk Stor Kayu yang lebih besar berbentuk L atau U atau Stor Kayu 2 tingkat! Dalam hal ini, pastikan anda memilih rekabentuk Stor Kayu yang sesuai dengan keperluan anda serta sesuai dengan lokasi sebelum mula membina Stor Kayu anda.


4. Saiz Stor Kayu

Saiz Stor Kayu amat penting; jika anda hanya menyimpan benda-benda kecil seperti pasu bunga, alat berkebun dan mesin pemotong rumput, sebuah Stor Kayu kecil bersaiz 10' x 12' mungkin sesuai untuk anda. Tetapi jika anda nak simpan mesin pemotong rumput roda 4, bermacam-macam alat pertukangan, dan ingin menyimpan perabot/buku lama dalam Stor Kayu, sudah tentu anda perlu membina Stor Kayu yang lebih besar.


5. Ruang Kerja dalam Stor Kayu

Dalam hal ini, jika anda menggunakan Stor Kayu anda sebagai kawasan kerja untuk bertukang dsb, maka keluasan ruang kerja perlu dipertimbangkan. Anda akan memerlukan lebih banyak ruang untuk bergerak di dalam Stor Kayu tersebut, sebagai contoh ketika bertukang, anda perlu bergerak untuk bekerja dan mengambil peralatan pertukangan yang diletakkan di dinding atau rak kayu. Jadi sudah tentu anda perlukan ruang Stor Kayu yang lebih luas.


Sebenarnya ada banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan jika anda bercadang untuk membina Stor Kayu sendiri, jadi 5 tips ringkas di atas adalah sebagai asas panduan dalam membantu anda membina Stor Kayu sendiri.
Dengan panduan dari pelan Stor Kayu yang lengkap serta perancangan yang tepat, anda akan mampu membina sebuah Stor Kayu dengan kos yang lebih murah daripada membeli Stor Kayu 'ready made' di kedai.

Projek membina Stor Kayu juga boleh dijadikan sebagai wadah untuk riadah seisi keluarga dan anda boleh mengajak kaum keluarga anda untuk sama-sama berseronok membina Stor Kayu tersebut.
Jimatkan wang, riadah bersama keluarga dan Selamat membina Stor Kayu anda! 



Mutiara Pengubat Jiwa