Salam sejahtera & selamat datang ke blog Panduan & Tips Ubahsuai Rumah! Blog ini adalah sebagai panduan & tips ringkas undang-undang ubahsuai rumah khusus kepada anda yang ingin mengubahsuai rumah di Shah Alam. Blog ini juga boleh dijadikan maklumat umum garispanduan ubahsuai rumah untuk semua pemilik rumah di Malaysia. Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips terbaru untuk manfaat anda. Diharap blog kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua pemilik rumah sebelum dan selepas mengubahsuai kediaman anda. Selamat mengubahsuai rumah anda!

Wednesday, June 22, 2011

Pelan Banglo 1 Tingkat - Visual 3D Rekabentuk Banglo



Sekadar perkongsian, video di atas adalah presentation kepada klien yang ingin membina rumah banglo 1 tingkat di tanah kampung milik beliau di Sepang. Pada awal Mei 2011, saya telah menyediakan rekabentuk plan & visual 3D banglo tersebut & video ini adalah rekabentuk banglo ke-3 yang telah dipersetujui oleh klien.

Dalam projek ini, pihak klien telah memudahkan kerja saya dengan menyediakan contoh pelan banglo yang disukai beliau yang di ambil dari majalah. Dengan berpandukan contoh pelan banglo tersebut, lebih 40% dari pelan tersebut diubah dan dikecilkan selepas berbincang dengan klien. Ini dilakukan untuk meminimakan kos dan bajet pembinaan.

Saya telah menyiapkan 'working drawing' lengkap untuk pembinaan & sekarang sedang menunggu pelan RC dari jurutera untuk dihantar kepada klien. Jika anda ingin membina banglo setingkat di tanah kampung & berminat untuk mendapatkan khidmat saya, sila layari lamanweb baru saya di sini
http://www.PelukisPelan.co.nr

Monday, June 20, 2011

Tips & Panduan Ubahsuai Dapur Dengan Bajet Kecil


Adoi, letih rasanya bila teringatkan dapur yang sentiasa berkecah! Dapur yang sudah bertahun-tahun digunakan sudah tentu mendatangkan kebosanan, ditambah lagi dengan pelbagai kerosakan kecil pada kabinet, sinki, laci dapur dsb.

Jika anda bercadang untuk mengubahsuai dapur tetapi tidak mempunyai bajet yang cukup untuk menggantikan kabinet atau kaunter dapur yang baru, saya sediakan beberapa tips dan panduan untuk membantu anda menghias & mengubahsuai dapur anda menjadi ceria hanya dengan mengeluarkan sedikit belanja ubahsuai yang kecil.


Berikut adalah tujuh tips ubahsuai dapur dengan bajet kecil ;

1. Warnakan dapur dengan cat baru

Cari dan pilihlah warna cat yang ceria atau bersih dan cat semula dinding dapur anda. Jika anda suka suasana dapur yang terang dan riang, cuba pilih warna cat seperti kuning, biru segar, hijau nipis atau putih bersih untuk menghidupkan kawasan dapur anda.


2. Tukar langsir tingkap lama dengan yang baru

Tukar langsir lama anda dengan yang baru, atau jika tingkap anda sebelum ini dibiarkan kosong, letakkan langsir tingkap baru. Pilih warna langsir yang akan menyerlahkan lagi dinding yang telah dicat baru. Anda boleh mencuba kombinasi langsir putih di dinding kuning atau biru (atau apa sahaja warna dinding kecuali putih) atau bagi dinding putih cuba kombinasi langsir kuning cerah atau terang, atau separuh corak yang mana gandingan warna langsir dan cat baru akan membantu menambah suasana 'sejuk mata memandang' di ruang dapur anda.


3. Tukar alas meja baru

Beli kain alas meja baru untuk digandingkan dengan tona warna langsir dan cat dapur yang baru. Kadang-kadang benda kecil seperti ini akan menimbulkan perubahan besar dan menghasilkan suasana dapur yang ceria, tenang dan terang tanpa perlu anda berbelanja besar untuk mengubahsuai semua peralatan dapur sehingga membazir.


4. Tukar lampu dapur lama dengan yang baru

Jika bajet kecil anda masih mengizinkan, tukar lampu dapur lama dengan yang baru. Hal ini benar-benar boleh menukar gaya dan menyerlahkan seri dapur anda. Untuk dapur kecil atau dapur yang mempunyai siling rendah, anda boleh letakkan lampu dinding yang baru. Jika anda mempunyai dapur yang lebih besar dengan siling yang tinggi, anda boleh meletakkan lampu gantung yang baru.


5. Tukar sinki lama dengan yang baru
Tukar sinki lama anda dengan sinki baru yang murah tapi lebih moden dan bergaya. Lebih-lebih lagi jika sinki lama telah pudar warnanya atau banyak kesan calar, maka sinki lama memang patut terus diganti baru.


6. Tukar tombol laci & kabinet dapur baru
Satu lagi kaedah ubahsuai dapur dengan bajet kecil ialah dengan menukar tombol laci & tombal kabinet dapur lama dengan yang baru. Ramai yang tak sedar bahawa perubahan yang kecil dan mudah seperti menukar tombol besi lama laci/kabinet kepada tombol besi yang baru dan bersinar akan lebih menyerlahkan suasana 'eksklusif' dapur lama anda.

7. Hias sebahagian dinding dapur dengan jubin atau kertas bercorak

Untuk menyerlahkan lagi keindahan dapur, anda boleh letakkan kepingan jubin bercorak atau kertas dinding bercorak kepada sebahagian ruang dinding di atas kabinet dapur. Hiasan ini akan menambahkan lagi kehebatan dapur anda serta menyerlahkan sebahagian dinding dapur.
Untuk menghias sebahagian dinding dapur dengan jubin bercorak, anda boleh membeli jubin dekorasi stok lama atau lebihan jubin ubahsuai yang tidak digunakan dengan harga murah di mana-mana kedai jubin atau kedai hardware.

Kesimpulan;

Sebenarnya ada banyak lagi tips & panduan ubahsuai dapur dengan bajet kecil, tapi cukuplah dulu 7 tips diatas sebagai pemangkin untuk anda mengubahsuai dapur dengan ringkas serta berjimat cermat. Yang penting ialah kerja ini boleh anda lakukan sendiri dan hasil ubahsuai dapur ini sudah pasti akan menggembirakan anda; dapur lama menjadi cantik semula & jimat kos ubahsuai dapur!

Saturday, June 11, 2011

Stor Kayu - 5 Tips Bagaimana Membina Stor Kayu Sendiri & Jimat Wang!


Assalamualaikum & Salam sejahtera!

Ramai orang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh membina sendiri Stor Kayu di belakang rumah tanpa membeli Stor Kayu yang mahal giller di kedai-kedai! Ya, dengan adanya internet, hal ini menjadi mudah kerana terdapat ribuan pelan Stor Kayu yang lengkap dengan panduan membina Stor Kayu langkah-demi-langkah. Anda boleh beli pelan Stor Kayu secara online atau download percuma dari internet. Dalam post kali ini, saya nak kongsi 5 tips ringkas bagaimana anda boleh membina Stor Kayu sendiri.


Ada sesetengah orang merasakan bahawa membina Stor Kayu adalah mudah dan boleh dibuat secara hentam keromo! Jadi golongan ini pergi ke kedai hardware, beli beberapa alatan pertukangan dan beberapa papan kayu lalu balik ke rumah serta mula membina sendiri Stor Kayu secara main bedal aje! TIDAK! Ini prosedur yang kurang tepat!

Jika anda ingin membina Stor Kayu yang cantik, kemas dan tahan lama, anda WAJIB merujuk kepada pelan Stor Kayu yang menggariskan langkah-demi-langkah cara membina Stor Kayu dengan betul. Dengan merujuk kepada pelan Stor Kayu barulah hasil pertukangan anda menjadi kemas dan anda akan bangga dengan hasil kerja anda! Jiran-jiran yang melihat hasil kerja anda pun mungkin akan mengupah anda membina stor kayu untuk mereka! Boleh buat duit $$$$ beb!

OK, Berhenti berangan!
Berikut adalah antara langkah yang perlu anda lakukan;

1. Lokasi Stor Kayu

Anda mesti bermula dengan menentukan di mana lokasi Stor Kayu yang sesuai di laman rumah anda; di belakang, depan atau di tepi rumah? Pastikan anda mencari sudut dan lokasi Stor Kayu yang sesuai dan kedudukan Stor Kayu tersebut tidak mengganggu pagar rumah jiran atau melanggar undang-undang bangunan pihak majlis daerah kawan perumahan anda.


2. Bahan Tapak Asas Stor Kayu

Langkah berikutnya ialah menentukan bahan 'foundation' atau tapak asas bagi menempatkan Stor Kayu anda. Nak guna Konkrit slab? Atau tapak kayu? Hal ini terpulang kepada anda, tapi ingat jika anda bercadang untuk memindahkan Stor Kayu tersebut, tapak kayu boleh dibuka/dipindahkan dengan mudah. Manakala tapak konkrit akan kekal dan perlu dipecahkan. Banyak rekabentuk Stor Kayu sekarang dibina dengan menggunakan tapak 'foundation' kayu yang kemas dan baik dari segi ketahanan dsb.

3. Jenis Rekabentuk Stor Kayu
Setelah memilih lokasi dan jenis 'foundation' yang akan anda gunakan untuk meletakkan Stor Kayu anda, sekarang anda perlu memilih pelan rekabentuk Stor Kayu yang anda inginkan. Ada banyak pelan rekabentuk Stor Kayu, contohnya dari sebuah Stor Kayu yang bersaiz sederhana berbentuk 4 segi hinggalah rekabentuk Stor Kayu yang lebih besar berbentuk L atau U atau Stor Kayu 2 tingkat! Dalam hal ini, pastikan anda memilih rekabentuk Stor Kayu yang sesuai dengan keperluan anda serta sesuai dengan lokasi sebelum mula membina Stor Kayu anda.


4. Saiz Stor Kayu

Saiz Stor Kayu amat penting; jika anda hanya menyimpan benda-benda kecil seperti pasu bunga, alat berkebun dan mesin pemotong rumput, sebuah Stor Kayu kecil bersaiz 10' x 12' mungkin sesuai untuk anda. Tetapi jika anda nak simpan mesin pemotong rumput roda 4, bermacam-macam alat pertukangan, dan ingin menyimpan perabot/buku lama dalam Stor Kayu, sudah tentu anda perlu membina Stor Kayu yang lebih besar.


5. Ruang Kerja dalam Stor Kayu

Dalam hal ini, jika anda menggunakan Stor Kayu anda sebagai kawasan kerja untuk bertukang dsb, maka keluasan ruang kerja perlu dipertimbangkan. Anda akan memerlukan lebih banyak ruang untuk bergerak di dalam Stor Kayu tersebut, sebagai contoh ketika bertukang, anda perlu bergerak untuk bekerja dan mengambil peralatan pertukangan yang diletakkan di dinding atau rak kayu. Jadi sudah tentu anda perlukan ruang Stor Kayu yang lebih luas.


Sebenarnya ada banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan jika anda bercadang untuk membina Stor Kayu sendiri, jadi 5 tips ringkas di atas adalah sebagai asas panduan dalam membantu anda membina Stor Kayu sendiri.
Dengan panduan dari pelan Stor Kayu yang lengkap serta perancangan yang tepat, anda akan mampu membina sebuah Stor Kayu dengan kos yang lebih murah daripada membeli Stor Kayu 'ready made' di kedai.

Projek membina Stor Kayu juga boleh dijadikan sebagai wadah untuk riadah seisi keluarga dan anda boleh mengajak kaum keluarga anda untuk sama-sama berseronok membina Stor Kayu tersebut.
Jimatkan wang, riadah bersama keluarga dan Selamat membina Stor Kayu anda! 

 

Tips Mendapatkan Pelan Banglo Percuma


Assalamualaikum & salam sejahtera! Terimakasih kerana masih sudi melawat blog yang tenggelam timbul ni (haha). Agak lama saya tak update blog ini & untuk makluman anda, pada bulan April yang lalu blog ini pernah 'disekat' oleh Google! AARRGH!
Rujuk masalah tersebut di sini ;- http://panduan-ubahsuai-rumah.blogspot.com/

Tapi alhamdulillah..dah selesai masalah tu..

OK! Ada klien yang bertanya, berapa harga untuk 1 set pelan banglo? Secara jujur saya akui, pelan banglo 1 tingkat atau pelan banglo 2 tingkat boleh didapati dengan percuma! Caranya ialah membuat carian di Google/Yahoo/Bing dengan menaip targeted keywords di bawah seperti ;
- pelan banglo
- pelan banglo 1 tingkat
- pelan banglo setingkat
- free bungalow plans

- download free bungalow plans
- free single storey bungalow plans

- download free 2 storey bungalow plans
- download free 2 storey bungalow plans

dan lain-lain variasi keyword longtail berkenaan 'pelan banglo' atau 'bungalow plans' yang boleh anda cari dengan menggunakan keyword tools percuma seperti AKT & Wordtracker.

Pelan-pelan percuma ini biasanya boleh dimuatturun dalam bentuk fail pdf atau jpeg. Dengan berpandukan pelan percuma ini, lebih mudah untuk anda berbincang dengan perunding/akitek anda untuk mendapatkan konsep & rekabentuk rumah yang sesuai dengan citarasa anda kerana sudah ada pelan rumah untuk rujukan.

Dengan pelan rumah percuma ini, anda boleh mendapatkan idea awal sebelum membina rumah atau banglo idaman anda. Pelan rumah percuma juga boleh anda gunakan untuk perbincangan dengan kontraktor bagi mendapat sebutharga asas untuk kos pembinaan rumah tersebut.

Dari pengalaman saya, kerja merekabentuk rumah banglo amat memudahkan saya jika klien sudah mempunyai pelan rumah banglo asas, hanya memerlukan pindaan kecil dari segi susunatur ruang serta lain-lain tambahan yang sesuai. Biasanya hasil perbincangan bersama klien akan dilakarkan di atas pelan percuma tersebut dan akan saya bina semula lakaran 2d serta 3d dengan komputer untuk dipersembahkan kepada klien melalui email & video seperti di SINI.

Pelan rumah percuma amat menjimatkan masa akitek/perekabentuk daripada membuang masa memerah otak (memecah otak?) untuk melakarkan rekabentuk rumah dan susunatur ruang yang diperlukan.

Jadi, sebelum anda berjumpa dengan akitek/perunding/pereka untuk mendapatkan tips dan idea rumah banglo idaman anda, dapatkan pelan rumah percuma dari internet dahulu! (Download lah banyak2 sampai pengsan!)

Selamat mencuba tips di atas!

NOTA PENTING!
Pelan banglo percuma yang anda download di internet biasanya adalah pelan asas & tidak boleh digunakan untuk dikemukakan ke pihak majlis untuk mendapat
kelulusan pelan pembinaan. Anda masih perlu melantik akitek/perunding untuk menyediakan pelan rekabentuk & 'working drawing' yang lebih 'detail' sesuai dengan syarat majlis bandaran di kawasan anda.

Mutiara Pengubat Jiwa